.

Pengikut Blog Zaldeco

Wallpaper ZALDECO - PPR Pantai Dalam

ZALDECO menawarkan ratusan koleksi wallpaper sesuai untuk pelbagai jenis kediaman dan pejabat. Tidak kira apa jua jenis kediaman anda, kehadiran wallpaper pada dinding rumah pasti membangkitkan suasana yang lebih menarik.




Pemasangan kami yang menggunakan teknik yang betul membuatkan wallpaper yang dipasang mampu bertahan bertahun-tahun lamanya. Dan tahukah anda, wallpaper memerlukan teknik pemasangan yang kemas agar cantuman corak dari satu wallpaper ke satu lagi wallpaper nampak sekata.




Untuk bahagian ruang tamu kediaman PPR Pantai Dalam ini, corak berjalur dari rona utama unggu dipilih bagi melatari keseluruhan feature wall. Dengan mudahnya sentuhan terbangkit dengan kehadiran wallpaper pada ruang ini. Corak berjalur tampil untuk rekaan moden dan sesuai baut penghuni yang berjiwa ringkas dan ranggi.




Bagi ruang bilik tidur utama pula kami menyarankan corak yang lebih romantis dan berkarekter. Corak berbunga dari gabungan hijau terkois dan unggu menjadi tema utama wallpaper rekaan ini.



Sejurus pemasangan selesai, kini bilik tidur tampil lebih mesra dan manis, sesuai buat kamar beradu dan menjadi terapi saat melepas penat lelah seharian.




Buat kediaman si puteri cilik pula, corak yang sedondon dipilih untuk melengkapi sentuhan moden bilik tidur ini. Rona yang lebih sepadan buat si manja, lalu merah jambu dipilih menjadi kemasan wallpaper bilik tidur kanak-kanak ini. Hasilnya cukup menyerlah.


2 comments:

Unknown said...

Boleh bg alamat,, contact nombor. Me 0178487485 que amir

Unknown said...

Boleh bg alamat,, contact nombor. Me 0178487485 que amir

Post a Comment