.

Pengikut Blog Zaldeco

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI REKAAN DEKORASI PELEKAT CERMIN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO - Putrajaya


ZALDECO INSPIRATIONS masih terus membekalkan Pelekat Cermin Dekorasi sejak sedekad lalu dan masih menjadi pembekal tunggal terbesar dalam menawarkan pelbagai rekaan pelekat cermin bagi menaikkan mood dekorasi kediaman mahupun kedai-kedai anda.


Selain rekaan yang tersedia, ZALDECO juga menerima tempahan rekaan baru khususnya magi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan konsep tersendiri. Buat pelanggan kami yang mebgusahakan kedai cenderahati ini terus mendapatkan khidmat rekaan pereka dalaman terkenal, Faizal Zain bagi dekorasi pelekat cermin pada bahagia pintu utama kedai.


Rekaan dan cetusan idea Faizal Zain semestinya menepati citarasa pelanggan, akhirnya sebuah rekaan ringkas yang menterjemahkan kedai cenderahati itu sendiri di hasilkan dalam tulisan tangan bebas beserta ikon-ikon barangan.


Pelekat cermin kami bukan sahaja mengindahkan gaya cermin pintu mahupun tingkap anda, malah ianya kalis haba dan tahan retakan, jika mengalami kemalangan ataupun jenayah, cermin pintu dan tingkap anda yang dipecahkan tidak mudah berderai dan menampilkan ciri-ciri keselamatan.


Pelekat cermin berdekorasi ini merupakan salah satu cetusan idea pereka dalaman tempatan terawal dalam sentuhan dekoarsi Malaysia. Faizal Zain membawa masuk cetusan idea ini sejak sedekad yang lalu apabila melihat cetusan dekorasi dari negara barat.


Dapatkan pelbagai lagi pelekat cermin, lihat dan buat pilihan anda sendiri. Pelekat cermin dekorasi ZALDECO seharusnya anda miliki hari ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO - Sepah Puteri, Kota Damansara

Selesai sudah pemasangan pelekat cermin ZALDECO di kediaman pelanggan di Kota Damansara. Kebiasaannya pelekat cermin ini dipasang sendiri oleh pembeli namun pelanggan ini mengambil inisiatif menjemput selebriti pereka dalaman Faizal Zain sendiri ke kediamannya sekaligus mahukan sentuhan peribadi beliau dalam pemasangan pelekat cermin.

Pelekat cermin dekorasi mula diperkenalkan oleh pereka dalaman Faizal Zain sejak 7 tahun yang lalu bagi menggantikan langsir mahupun untuk mencipta sedikit kelainan pada ruangan berkaca/bercermin seperti tingkap mahupun pintu. Sejak dicipta hingga kini tempahannya amat menggalakkan dan menjadi salah satu 'hot item' dan pembelian meliputi Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand. Bagi mereka yang ingin mengetahui cara pemasangannya jom lihat di bawah:-


Pertama sekali bersihkan bahagian cermin yang mahu dilekatkan dengan pelekat cermin. sembur sedikit air dengan sedikit sahaja sabun dan pastikan bahagian cermin tersebut bersih dari kotoran dan pastikan bahagian cermin itu terus basah.


Kemudian acukan pelekat cermin untuk memastikan saiz yang betul. Buka lapisan pelekat cermin perlahan-lahan sambil menyemburkan air (sedikit bersabun) terhadapnya. Pelekat cermin tidak boleh dibuka begitu sahaja tanpa membasahkannya untuk menggelakkan ia dari terkoyak dan melekat di tempat lain.


Pastikan semua bahagian pelekat cermin betul-betul basah dan juga permukaan cermin yang hendak dilekatkan dengan pelekat cermin juga dalam keadaan basah.


Secara perlahan-lahan lekatkan pelekat cermin yang dalam keadaan basah tadi terhadap permukaan cermin yang basah dan pastiakn kedudukannya. Kebiasaannya saiz pelekat cermin sedikit besar bagi memudahkan proses pemasangan.


Selepas melekatkannya dan memastikan kedudukannya yang betul, lurutkan segala basahan dan air-air yang terperangkap dengan perlahan-lahan tanpa menggoyakkannya.


Pastikan semua air dilurutkan keluar dan tiada lagi bebola udara yag terperangkap keatasnya. sekarang pastikan semuanya dalam keadaan kering.


Langkah terakhir dengan menggunakan pisau kecil dan pembaris besi, potong lebihan pelekat cermin agar bersesuaian dengan saiz cermin anda. Mudah bukan?...dapatkannya sekarang!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO - Petaling Jaya


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO - Jalan Klang Lama


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO - Jalan Ipoh


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO - TTDI Shah Alam




Pelekat cermin ZALDECO sememangnya sering menjadi sebutan. Malah koleksi kami sudah menjengah hampir seluruh Malaysia, samada yang kami hantar sendiri ke kediaman mereka ataupun yang telah kami poskan melalui pos laju dan skynet.

Jika Anda berhasrat untuk memilikinya, tidak kira di mana jua anda berada, segalanya mudah bersama ZALDECO.




Untuk kediaman pelanggan kami ini di TTDI Shah Alam, beliau memilih dari 3 corak koleksi kami untuk menghiasi pintu gelongsor utama dan tingkap kaca dua biliknya.

Lihatlah transformasi pelekat cermin dekorasi ZALDECO ke atas kediaman ini, amat menarik sekali...





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dekorasi Pelekat Cermin ZALDECO - Semenyih



Pelekat cermin ZALDECO antara salah satu sentuhan ekslusif ZALDECO apabila bahan ini tidak mudah anda dapati di pasaran. ZALDECO menawarkan puluhan rekaan pelekat cermin bagi menambah seri pintu cermin mahupun tingkap anda.




Satu sentuhan yang cepat yang dapat menaikkan seri cermin anda. Selain dari sentuhan langsir yang menawan, dekorasi pelekat cermin juga saling membantu menaikkan mood kepada sesuatu ruang.




Dengan menggunakan pelekat cermin dekorasi ZALDECO, anda boleh memilih sama masih menggunkan langsir atau pun tidak. Ternaya rekaan dan sentuhan ini bergitu fleksibel sekali. Ramai pelanggan telah memperolehi, anda pula bagaimana...




Anda boleh memilih pemasangan oleh team kami ataupun memasangnya sendiri. Caranya bergitu mudah. Pelanggan yang memesan dekorasi pelekat cermin kami datang dari seluruh negeri. Bagi mereka yang jauh tidak ada masalah kerana kami menghantarnya ke muka pintu anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dekorasi Pelekat Cermin ZALDECO - Taman Melati

Pelekat yang direka khas untuk dekorasi permukaan cermin pintu gelongsor dan juga tingkap ini banyak membantu menaikkan lagi mood dekorasi. Antara yang sempat kami paparkan adalah pemasangan pelekat ini tempoh hari di sebuah rumah pelanggan ZALDECO di Taman Melati.


Cermin pintu gelongsor tanpa pelekat cermin dekorasi tampak hambar dan tidak langsung menaikkan mood.




ZALDECO menawarkan pelbagai pilihan untuk Pelekat Cermin Dekorasi untuk anda suaipadankan dengan konsep kediaman anda. Kali ini pemilik kediaman memilih Pelekat Cermin Dekorasi 'Winter Sonata' dari koleksi siri Damai.


Lihatlah perbezaannya. Tiada lagi ruang polos, malah kini ruang yang hambar tampil menyerlah.



Anda juga seharusnya memiliki koleksi istimewa ini. Selain sebagai satu sentuhan dekorasi, Pelekat Cermin Dekorasi juga kalis haba, tahan panas dan mencegah retakan pada permukaan cermin. Maka ianya lebih selamat buat anda, anak-anak dan keluarga.

Hampir sebulan pereka dalaman Faizal Zain mengumpul idea dan membuat kajian tentang materialnya, lalu kini tampil koleksi ini yang memberi menfaat kepada semua pelanggan yang memilikinya. Ramai yang sudah mendapatkannya anda pula bagaimana?...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dekorasi Pelekat Cermin ZALDECO - Bukit Rahman Putra






----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dekorasi Pelekat Cermin ZALDECO - Kota Damansara

Nah...kini semakin banyak kediaman yang sudah mendapat sentuhan rekaan Faizal Zain yang cukup ekslusif iaitu Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO. Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO merupakan ciptaan yang cukup istimewa, anda tidak akan dapat memperolehinya di mana-mana.




Untuk memudahkan semua, semua pelekat ini dijual secara online, bermaksud jika anda inginkannya, anda hanya perlu rujuk semua koleksi pilihan yang kami tawarkan kemudian nyatakan ukuran yang anda mahu, lalu kami cetakkannya untuk anda. Jika anda berada diluar lembah kelang, kami boleh menghantarnya melalui Poslaju mahupun Skynet. Jadi anda tidak perlu bimbang di mana jua anda berada, Pelekat Cermin dekorasi ZALDECO tetap akan tiba di muka pintu anda.




Pelekat ini amat istimewa, selain menjadi sentuhan dekorasi terkini ianya juga boleh menggantikan langsir dan bidai anda. Ini bermaksud dengan pelekat ini tingkap mahupun pintu anda tidak lagi memerlukan langsir. Namun anda masih juga boleh suaipadankannya dengan langsir jika itu pilihan anda.


Ianya amat mudah dipasang. Anda boleh memilih untuk memasangnya sendiri ataupun mahukan perkhidmatan kami untuk pemasanggannya. Pelekat ini adalah idea asal pereka dalaman Faizal Zain, dalam menghasilkan satu sentuhan mudah dan ringkas buat dekorasi kediaman.

11 comments:

Unknown said...

harga kira mcm ne yea?

PAV/PVMA said...

Salam tuan,
mohon untuk dapatkan harga pelekat cermin bagi sliding door standard 2 panel siri damai aliran sungai dan tingkap 3 panel siri langit biru 3

zaldeco said...

harga kira sekaki persegi

mad_syim@yahoo.com said...

Sekaki persegi berapa tuan, paling murah? Yg penting org luar tak nampak walaupun pasang lampu didalam takperlu taruh langsir

Unknown said...

aslm tuan,. mcamana nk oder utk sliding door 2panel?

Unknown said...

Harga sekaki berapa..bleh hantar n pasang ke seri medan baru pahat tak?

goldeye said...

1 kaki berape

goldeye said...

1 kaki berape

Qasih Shafiq said...

macam mana cara nak beli pelekat cermin ni?

elqayyum said...

Cik..berapa harga 4 kaki x 2 kaki utk 5 set termasuk pos?

Unknown said...

Klu 2kaki tinggi 1kaki lebar 5 set berapa

Post a Comment