.

Pengikut Blog Zaldeco

Faizal Zain Juri Profesional Anugerah Prestij Idea Dekorasi 2013


Pusat Dagangan Dunia Putra, 2 Jun, berlangsunglah sudah Malam Anugerah Prestij Idea Dekorasi Impiana 2012/2013 dengan penuh gilang-gemilangnya. Pengiktirafan tertinggi diberikan kepada semua pemenang yang mencertuskan idea dekorasi kediaman dengan hadiah melebihi RM100 ribu ringgit. Pemenang dipilih oleh barisan juri professional termasuk selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain yang mengadili bagi kategori rekaan dalaman Teres, Semi-D, Flat, Apartment, Kondominium, Banglo & Premis Perniagaan. Faizal Zain malam itu tampil bersahaja serba oren dengan pakaian hasil cetusan idea pereka fesyen Maheran adly.


Pengalaman setelah sekian lama bergelumang dalam dunia dekorasi dan melihat pelbagai perubahan dan pembaharuan seiring zaman, selebriti pereka dalaman Faizal Zain dilihat sebagai juri yang berkaliber dan professional untuk menghakimi pertandingan dan memilih para pemenang. Kepercayaan besar yang digalaskan ke bahunya dipikul dengan baik dengan berlangsungnya penuh jayanya malam anugerah tersebut.


Bagi Faizal Zain, beliau melihat masyarakat hari ini sudah mula 'celik deko' apabila meletakkan elemen dekorasi kediaman di antara keperluan utama selain dari memiliki rumah. Faizal dipetik berkata "hari ini bagi masyarakat, setelah sahaja mereka membeli rumah, mereka akan terus memikirkan tentang konsep dan idea mendekorasi kediaman tersebut, tidak kiralah bajet besar atau kecil tetapi sentuhan dekorasi kediaman dilihat memainkan peranan utama". Turut tidak terkecuali memenangi sentuhan kediaman dekorasi menarik adalah pelakon kacak Karl Shafek, yang mempertaruhkan apartment miliknya.


Malam gemilang itu, Faizal turut melahirkan rasa gembira melihat perkembangan dunia dekorasi semakin berkembang di Malaysia, walaupun sedikit perlahan berbanding negara eropah dan barat yang menilai sentuhan dekorasi sebagai sentuhan seni paling utama dalam kehidupan.

Faizal juga melahirkan rasa syukur apabila kini negara semakin membuka mata dan mengiktiraf para penggiat sentuhan seni dekorasi dan pereka dalaman sepertinya yang telah sekian lama bergelumang di dalam jatuh bangunnya industri rekaan dalaman.



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Selebriti pereka dalaman Faizal Zain sering diundang mengadili pelbagai pertandingan gubahan, dekorasi, dan menjadi juri dalam pelbagai lagi pertandingan seni halus. Kredibilitinya terus berada dalam kelas yang tersendiri membuatkan beliau kini dilantik menjadi juri profesional dalam satu anugerah berprestij tinggi dalam dunia dekorasi iaitu Anugerah Prestij Idea Dekorasi 2013.


Selebriti pereka dalaman Faizal Zain mengadili ratusan pencalonan daripada orang awam dalam sentuhan dekoarsi kediaman masing-masing yang telah dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya kategori kediaman teres, banglo, apartmen, kondominium, hotel dan premis perniagaan. Pencalonan ini hadir dari penyertaan orang ramai di dalam majalah dekorasi keluaran Karangkraf seperti majalah Impiana, Dapur, Apartmen dan Laman.


Dalam pengadilan Faizal Zain menitik beratkan hukum dekorasi yang betul, kreativiti, keaslian sentuhan, gabungan warna dan pencahayaan dan juga beberapa faktor yang lain lagi. Pemenang bakal menerima pelbagai hadiah menarik dan tajaan-tajaan yang cukup istimewa.


Seterusnya majlis pengumuman pemenang akan berlangsung pada malam gilang-gemilang Anugerah Prestij Idea Dekorasi 2013 yang bakal diadakan di PWTC tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment