.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Selebriti Pereka Dalaman Terkenal FAIZAL ZAIN


Mengintai ke kediaman terbaru dan yang ke-5 milik selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain, baru sahaja dimilikinya 4 bulan yang lalu dan melaburkan kos pengubahsuaian kecil hanya sekadar 50 ribu ringgit sahaja. Faizal Zain kini yang sibuk melakukan pelaburan hartanah, ingin menambah lagi kepelbagaian jenis kediaman bagi membolehkan beliau bereksperimentasi dalam sentuhan dekorasi. Baca seterusnya dalam KOSMO Ahad, 26 April 2015.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Idol Pereka Dalaman Berjaya - IKBN

Faizal Zain yang diiktiraf sebagai Idol Pereka Dalaman Berjaya telah menerima penghormatan oleh IKBN iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat(IKBNKL) yang merupakan institut kemahiran ke-20 yang dikendalikan dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) apabila dipilih sebagai sumber rujukan oleh para pelajar dan pensyarah sekaligus mengadakan sesi lawatan ke ZALDECO Showroom & ZALDECO Manufacturing serta sesi ramah mesra bersama selebriti pereka dalaman tekenal tanahair, Faizal Zain.


Puluhan para pelajar IKBN dan para pensyarah tiba ke ZALDECO Showroom bersama sebuah bas. Di ZALDECO Showroom pereka dalaman Faizal Zain meluangkan masa memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada semua pelajar dalam usahanya untuk membantu institusi-institusi pengajian tinggi untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti.


Selepas menjamu selera dengan jamuan yang disediakan oleh ZALDECO, semua pelajar dan pensyarah dibawa melawat ke ZALDECO Manufacturing bagi mendedahkan para pelajar akan kerja-kerja pembuatan dan keadaan di sebalik tabir dalam menghasilkan sesuatu sentuhan.


Faizal Zain dan ZALDECO sudah menjalin kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi dalam mengadakan bengkel-bengkel tambahan. Malah Faizal Zain juga sering menjadi pensyarah jemputan dalam penambahbaikan program-program yang dianjurkan oleh institusi-institusi yang menawarkan program yang berkaitan. Faizal Zain yang dilihat sebagai ikon dan idola sebagai seorang usahawan bumiputera dan pereka dalama yang amat berjaya sering menjadi pilihan para pelajar untuk didekati dan berkongsi ilmu pengetahuan untuk membimbing dan membuka laluan kepada mereka.


Faizal Zain amat sinonim dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Belia & Sukan Malaysia dalam membimbing para pelajar ke arah yang lebih baik. Faizal Zain berusaha keras sedaya mampu dalam memberikan kerjasama untuk melahirkan bakat-bakat anak muda dalam menjadi seorang ikon di masa hadapan.


Faizal Zain dan ZALDECO amat berbangga jika mendapat lebih banyak peluang untuk bekerjsama dengan institusi-institusi yang lain dalam pelbagai program tambahan yang boleh diadakan. Faizal Zain juga akan membuat beberapa kerjasama lagi dengan institusi dan kolej-kolej untuk mengadakan sesi pembelajaran dan bengkel tambahan. Malah Faizal Zain juga akan menyandang beberapa lagi pengiktirafan dan anugerah sepanjang tahun ini dalam kejayaan dan empayar yang dibinanya selama ini.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Ikon Kolej Komuniti


Selebriti pereka dalaman terkenal tanah air kini telah dilantik sebagai duta dan ikon KOLEJ KOMUNITI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Lebih dari sedekad kredibiliti beliau dalam bidang rekaan dalaman akan dijadikan panduan untuk kolej melahirkan pelajar dan para pelapis bagi kesinambungan kejayaan yang dikecapi anak bumiputera ini. Kejayaan demi kejayaan diperolehi, sebagai pemenang anugerah, penulis akhbar No.1 Harian Metro, sebagai selebriti Talk Show PKNS (Karnival Perumahan) dan banyak lagi.


Selesai sudah majlis penuh gilang-gemilang 'Icon Talk' dan acara perlantikan selebriti pereka dalaman terkenal tanah air, iaitu Faizal Zain dari ZALDECO INSPIRATIONS sebagai duta dan ikon rasmi Kolej Komuniti Shah Alam.


Majlis dihadiri ramai tetamu kehormat dari Jabatan-jabatan Kerajaan dan dihadiri ratusan ibu-bapa dan para pelajar yang ingin mendekati selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain yang berkongsi kejayaan peribadi dan memberi panduan untuk menjadi pereka dalaman yang berjaya seperti beliau.


Dewan Anggerik bangunan UMNO Shah Alam yang dibanjiri orang ramai untuk mengikuti penjelasan lebih dekat bagaimana melahirkan seorang pereka dalaman yang berjaya membuatkan suasana dewan gamat hingga ramai yang tidak cukup tempat duduk. Namun bukanlah keselesaan yang dipentingkan oleh hadirin, sebaliknya ilmu dan pencerahan yang dikongsikan secara ekskusif oleh Faizal Zain yang menjadi matlamat utama kehadiran para tetamu.


Dengan menjadi Duta dan Ikon Kolej Komuniti, Faizal Zain berharap pihak kolej dan dirinya dapat melahirkan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang rekaan dalaman bagi memenuhi kehendak kerjaya hari ini.


Faizal Zain juga akan mengadakan bengkel-bengkel khas bersama para pelajar bagi mendekatkan lagi diri beliau kepada para pelajar sekaligus membimbing agar pelajar benar-benar bersedia untuk berada di dalam bidang kerjaya yang sebenar.


Faizal Zain juga berharap dapat melahirkan lebih banyak pereka dalaman handalan bagi menjadi pelapis beliau di dalam meneruskan legasi rekaan dalaman tanah air untuk terus berada di mata dunia.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lembaran 2015 dibuka penuh meriahnya, bersama selebriti pereka dalaman Faizal Zain yang kini merupakan penulis tetap akhbar sensasi Harian Metro. Dapatkan naskah Harian Metro setiap Sabtu bersama satu muka surat penuh ruangan yang dikelolakan oleh Faizal Zain... 'INSPIRASI DEKO'.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dan Salwa Abd Rahman dalam SELAMAT PAGI 1MALAYSIA (RTM 1) November 2014


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bersama selebriti pereka dalaman terkenal, Faizal Zain dalam sebuah majalah akan datang.
 Tunggu...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan majalah Anjung Seri keluaran 1 November ini, bersama selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain, sebagai pereka dalaman pilihan untuk ruangan 'Kondo/Apartment Pilihan'

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan majalah MEDIA HIBURAN edisi 1 November 2014, bersama artis Faizal Zain menghiasi ruangan 'Lifestyle Artis'...berkongsi pelbagai perkembangan terbaru karier seni sebanyak 5 muka surat.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan majalah popular Mingguan Wanita, menyingkap figura pereka dalaman berpengaruh, Faizal Zain, dilabel antara Ikon Lelaki Sukses yang berjaya menempa nama dalam bidang rekaan dalaman tanah air...di pasaran sekarang!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersama selebriti pereka dalaman terkenal tanah air, Faizal Zain, dalam Harian Metro keluaran 11 Oktober 2014, 'KARYA DIKAGUMI SABAN HARI'
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam NASI LEMAK KOPI O (TV9) - Sesi Kedua, 13 September 2014



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam NASI LEMAK KOPI O (TV9) - Sesi Pertama, 6 September 2014





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam FEMININ (RTM 1) Istimewa hari Raya 2014



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bersama Selebriti Pereka Dalaman Terkenal, FAIZAL ZAIN di dalam akhbar Berita Harian, Sabtu, 21 Jun 2014. Selamat Membaca!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jangan lupa dapatkan akhbar Harian Metro hari ini (Jumaat 28 Mac 2014) bersama cover sisipan M (Harian Metro) paparan dan temubual eksklusif bersama artis dan selebriti terkenal Faizal Zain.

Baca Online di: HARIAN METRO
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MH 370, Angakara Siapa?...dapatkan Sinar Harian hari ini 16 Mac 2014, sambil tu baca juga artikel selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sini dipaparkan beberapa siaran TV dan muat turun rancangan/persembahan selebriti terkenal Faizal Zain sebagai pereka dalaman mahupun penyanyi yang sempat dirakam buat tontonan semua.

FAIZAL ZAIN - SEBAGAI PEREKA DALAMAN

Faizal Zain dalam NONA (TV3) 23 Feb & 9 Mac 2014

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain (ZALDECO) muncul dalam rancangan NONA di TV3 pada 23 Februari 2014 dan 9 Mac 2014, berbicara mengenai wallpaper dan pelekat dinding. Pada mereka yang terlepas, boleh lah menonton di sini.

)

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam MHI (TV3) - Ikon Pereka Dalaman Malaysia

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain (ZALDECO) muncul dalam rancangan MHI di TV3 pada 6 Februari 2013 setelah memenangi beberapa anugerah dan di label sebagai Ikon Pereka Dalaman Malaysia.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam MHI (TV3) - Idea & Dekorasi Bilik Mandi

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain (ZALDECO) muncul dalam rancangan MHI di TV3 pada 4 Oktober 2012 berbicara mengenai sentuhan dekorasi bilik mandi.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam NUANSA AIDILFITRI (Astro) - Dekorasi Ruang Tamu

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain (ZALDECO) menjadi pengacara rancangan NUANSA AIDILFITRI di Astro 180 pada 12 julai 2013 bersiaran sepanjang bulan Ramadan.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam INTAI-INTAI DEKO (TV3) - Dekorasi Kediaman

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain (ZALDECO) muncul dalam rancangan INTAI-INTAI DEKO di TV3 pada 9 Disember 2011 berbicara mengenai sentuhan dekorasi kediaman.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam RATU RANIA (ASTRO) - Tenaga Pengajar

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain (ZALDECO) muncul dalam rancangan RATU RANIA di Astro Prima pada 2 Oktober 2013 sebagai tenaga pengajar kepada semua peserta.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam NUANSA AIDILFITRI (Astro) - Dekorasi Anjung Rumah

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain (ZALDECO) menjadi pengacara rancangan NUANSA AIDILFITRI di Astro 180 pada 19 julai 2013 bersiaran sepanjang bulan Ramadan.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain di KARNIVAL PKNS (SACC Mall) - Talk Show

Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain (ZALDECO) menjadi pengacara Talk Show di Karnival PKNS 10 November 2013.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FAIZAL ZAIN - SEBAGAI PENYANYI

Faizal Zain dalam SELAMAT PAGI 1MALAYSIA (TV1)

Persembahan Faizal Zain & Rohana Jalil di SPM1 pada 4 Ogos 2013 untuk promosi lagu Nuansa Aidilfitri.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain dalam MHI (TV3)

Persembahan Faizal Zain, Rohana Jalil, Salwa Abd Rahman, Jaafar Onn & Sam Iskandar di MHI pada 23 Julai 2013 untuk promosi lagu Joget Riuh Raya.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Lagu Murakkab Rinduan

Faizal Zain & Salwa Abd Rahman dalam lagu Murakkab Rinduan.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Lagu Tenggelam Timbul

Faizal Zain & Jaafar Onn dalam lagu Tenggelam Timbul.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - LIVE di Majlis Tahunan Syarikat Korporat

Faizal Zain diundang membuat persembahan LIVE dalam sebuah majlis makan malam Tahunan Syarikat Korporat pada 11 Februari 2011.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Persembahan lagu Murakkab Rinduan

Faizal Zain & Salwa Abd Rahman dalam persembahan lagu Murakkab Rinduan.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Persembahan lagu Nuansa Aidilfitri

Faizal Zain & Rohana Jalil dalam lagu Nuansa Aidilfitri.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Persembahan Hari Jururawat

Faizal Zain di undang membuat persembahan Hari Jururawat Sedunia pada 12 May 2012.

)

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Persembahan LIVE di Restoran Pak Engku

Faizal Zain & Rohana Jalil diundang membuat persembahan di restoran Pak Engku dengan lagu Nuansa Aidilfitri.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Kali Terakhir Kulihat Wajahmu

Faizal Zain dengan lagu Kali terakhir Kulihat Wajahmu di dewan Filharmonik PETRONAS pada 25 Jun 2011.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Persembahan LIVE di Dorset Hotel

Faizal Zain dengan lagu Bersabarlah Sayang di persembahan LIVE di Dorset Hotel pada 15 Julai 2013.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - Persembahan LIVE di Mentara

Faizal Zain & Salwa abd Rahman dengan lagu Murakkab Rinduan di Mentara Ampang pada 22 Novemmber 2013.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain - DORONG 2013

Filem pendek arahan Faizal Zain dengan skrip juga dihasilkannya sendiri.

)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain & Nana AF Dalam Baby Boo - Astro Ria


Memiliki pengaruh yang besar dalam dunia rekaan dalaman, nama Faizal Zain bukan lagi asing malah pereka dalaman popular ini sering menjadi pilihan para penerbit & pengarah untuk menghasilkan rancangan bertemakan dekorasi kediaman. Rancangan-demi rancangan telah dihoskan oleh Faizal Zain, kini terbaru beliau sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah rancangan realiti yang berjudul Baby Boo, yang bakal bersiaran jam 7.30 malam bermula 22 Disember 2013 di saluran Astro Ria.


Menariknya kali ini, sentuhan magis Faizal Zain bakal memperlihatkan kebolehan beliau mencipta kecerian buat bilik bayi dan kanak-kanak. Artis yang menjayakan rancngan ini bersama beliau adalah Dj radio terkenal iaitu Nana AF.


Nana yang sarat mengandung ketika pengamaran ini berlangsung, bakal melahirkan anak kedua iaitu seorang bayi lelaki. Anak pertama Nana, seorang perempuan bakal berkongsi bilik tidur bersama adiknya nanti. Jadi tugasan digalaskan ke bahu Faizal Zain bagi mencipta satu sentuhan baru buat bilik tidur kanak-kanak ini.


Sentuhan Faizal Zain sememangnya telah terkenal dengan rekaan yang sering mengejutkan, tidak hairanlah beliau yang begitu mahir dalam pelbagai konsep rekaan dalaman, kelihatan begitu bersahaja dan mudah untuk menghasilkan satu sentuhan ceria untuk bilik kanak-kanak.


Kemahiran dan pengalaman yang utuh di dalam diri pereka dalaman ini membuatkan sentuhannya sering didambakan di dalam pelbagai rancangan dekorasi. Faizal Zain yang kini sarat dengan pelbagai jadual pengambaran masih tetap memberi komeitmen sepenuhnya buat sesuatu rancangan yang diacarakannya.


Serba sedikit dipaparkan kepada anda kerja-kerja di belakang tabir semasa proses pengambaran rancangan Baby Boo ini. Kepada mereka yang mempunyai impian untuk mendekorasi bilik anak-anak anda supaya tampil lebih menyerlah dan ceria, jangan lupa menghubungi kami di ZALDECO INSPIRATIONS.


Jadi jangan lupa menonton rancangan Baby Boo yang akan mula bersiaran 22 Desember 2013 ini, setiap jam 7.30 malam di Astro Ria, dan saksikan slot ini pada episod yang ke-7.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Dalam Ratu Rania - Astro Prima




Nama Faizal Zain memang sudah tidak asing lagi dalam dunia dekorasi tempatan dan antarabangsa. Faizal Zain yang kerap kali terlibat dalam pelbagai program tv sudah banyak kali diundang menjadi juri profesional dalam pelbagai pertandigan dekorasi di Malaysia, mahu juga negara-negara jiran yang lain.


Terbaru, sekali lagi nama Faizal Zain diangkat dan diberi penghormatan sebagai salah seorang tenaga pengajar untuk rancangan realiti terbaru Astro yang diberi judul Ratu Rania. Rancangan di saluran Astro Prima ini adalah dengan kerjasama produk kecantikan Safi Rania, menampilkan para peserta dari pelbagai latar belakang.


Di samping Faizal Zain yang diundang untuk mengajar dalam segmen dekorasi, beberapa nama besar yang lain turut terlibat sebagai juri tetap seperti pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim, penyanyi popular Ziana Zain dan pelakon jelita Rozita Che Wan.



Kejayaan yang dikecapi Faizal Zain dalam dunia dekorasi sejak sedekat lebih, membuatkan namanya menjadi sebutan utama setiap kali adanya rancangan yang berunsurkan rekaan dalaman. Faizal Zain buat sekian kalinya akan mengacarakan sebuah lagi rancangan dekorasi saluran tv tempatan tidak lama lagi.



Faizal Zain menyatakan bahawa rancangan Ratu Rania bakal menjadi satu fenomena baru apabila membawakan pelbagai segmen menarik dan yakin rancangan ini mendapat sambutan ramai. Petang itu Faizal Zain tampil segak dengan busana rekaan Henas Haneesa dan solekan oleh Joline Manja. Di kesempatan itu juga Faizal Zain turut meluangkan masa ditemuramah oleh pihak media.


Jadi jangan lupa saksikan rancangan Ratu Rania setiap Rabu 9 malam, bermula 4 September 2013 di saluran Astro Prima.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Di PKNS Talk Show - SACC Mall




Bertempat di Karnival PKNS 2013 di SACC Mall, Shah Alam, telah berlangsung sebuah 'talk show' yang dihoskan oleh selebriti pereka dalaman popular, Faizal Zain. Faizal Zain telah dipilih sebagai ikon jualan dalam Karnival PKNS pada tahun ini. Faizal Zain dilihat mempunyai pengaruh yang besar di dalam dunia rekaan dan perumahan membuatkan beliau diberi kepercayaan mengendalikan persembahan pentas selama hampir 3 jam tanpa henti dalam karnival yang berlangsung dn menarik orang ramai untuk memenuhi ruang Karnival PKNS ini.


Dihadiri lebih ratusan pengunjung yang membanjiri ruang pameran SACC Mall yang rata-ratanya hadir untuk mendengar 'talk show' oleh Faizal Zain selain mengunjungi karnival perumahan yang telah disediakan oleh pihak PKNS.


Pelbagai jenis rumah yang ditawarkan pada karnival ini adalah dari pemaju PKNS, yang menawarkan kediaman lebih selesa dan rekaan yang menawan. Pengunjung juga bebas bertanya mengenai pelbagai proses jual beli kepada kakitangan PKNS yang bertugas pada karnival itu.


Faizal Zain yang sibuk memberi 'talk show' di atas pentas, sesekali dilihat diserbu pengunjung saat turun dari pentas untuk berehat seketika. Namun peluang itu diambil oleh rata-rata pengunjung untuk bertanya dengan lebih dekat lagi pelbagai soalan mengenai hiasan dalaman kepada Faizal Zain. Walaupun agak penat, Faizal tetap memenuhi setiap prtanyaan dan ramai juga yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Faizal Zain.


Pada karnival itu juga, ZALDECO membawakan pelbagai sample item hiasan dalaman seperti wallpaper, laminate floor, kabinet dapur dan pelbagai lagi. Malah pada hari itu juga ZALDECO menawarkan pelbagai promosi kepada pengunjung yang hadir. Talk show berakhir tepat jam 7 malam dan gamat atas sambutan yang diberikan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Dalam Drama Diari Mama - RTM 1

Meskipun sibuk di dalam dunia dekorasi, selebriti pereka dalaman Faizal Zain tetap memenuhi pelbagai undangan lakonan. Baru sahaja habis menjali pengambaran beberapa drama kini Faizal Zain sibuk pula menjalani pengambaran drama Diari Mama untuk saluran RTM1.


Di dalam drama ini, Faizal Zain memegang watak sebagai Dr. Hashim, yang merawat pesakit yang mengalami masalah buah pinggang. Faizal turut bergandingan dengan pelakon terkenal Lisdawati di samping pelakon jelita Jasmin Hamid.


Jadi jangan lupa saksikan drama ini nanti dan ikuti kisah hebat ini di dalam drama Diari Mama yang bakal bersiaran nanti.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Dalam Nuansa Aidilfitri



Nuansa Aidilfitri 2013 adalah sebuah rancangan seisi keluarga yang menampilkan pelbagai segmen menarik untuk persiapan menjelangnya hari raya yang bakal tiba. Faizal Zain dipilih untuk mengendalikan segmen dekorasi 'Ruang dan Deko' kerana latar belakangnya yang terkenal dengan sentuhan magis dan menawan. Pelbagai jenis kediaman dan pelbagai sentuhan dekorasi dilakukan, rancangan ini bersiaran sepanjang bulan Ramadhan 2013 di saluran TVi 180.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikanlah apa sahaja ruang buat pereka dalaman Faizal Zain, dengan kemahiran yang beliau miliki, ada sahaja kelainan sentuhannya yang diciptakan. Segalanya beliau kongsikan bersama apabila memaparkan bagaimana bermula sehingga akhir sentuhan pada setiap kali melakukan sentuhan dekorasi buat kediaman penonton yang bertuah di sepanjang pengambaran rancangan NUANSA AIDILFITRI 2013 ini.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara kredibiliti selebriti pereka dalaman Faizal Zain yang dikenali adalah daya kemampuan beliau mengubah atau magis sentuhannya dalam menghasilkan sentuhan dekorasi terhadap sesebuah ruang. Tidak hairanlah nama beliau sering terpapar di dalam pelbagai majalah, akhbar dan sering muncul di kaca tv dalam memberi pelbagai tunjuk ajar berlandaskan sentuhan dekorasi.

Mengacarakan rancangan NUANSA AIDILFITRI 2013, di dalam segmen Ruang dan Deko, nyata sentuhan Faizal Zain dapat diteliti satu persatu, dan anda lihatlah bagaimana keupayaan Faizal Zain mencetuskan aura dekorasi. Pengambaran ini di sebuah kediaman di Damansara.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadual padat penggambaran Nuansa Aidilfitri berterusan, namun masih sempat sedikit sedutan di belakang tabir dipaparkan buat tatapan anda, namun banyak lagi babak-babak menarik yang perlu anda tontoni di kaca tv nanti. Buat kediaman bertuah ini, selebriti pereka dalaman Faizal Zain membawakan sentuhan ‘Back to Basic’ ke atas ruang makan, mencetuskan rekaan ringkas penuh nostalgik menyerlahkan lagi ruang untuk santapan keluarga ini. Faizal sering melahirkan sentuhan berbeza pada setiap rancangan dengan idea penuh segar, menarik bukan…





























----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakaman yang berlansung di sebuah kediaman jenis apartmen ini menampilkan rekaan untuk ruang balkoni. Faizal sentiasa tampil dengan sentuhan segar, berikanlah apa pun jenis ruang kepada selebriti pereka dalaman ini, pasti transformasi yang dilakukannya cukup menyerlah.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kembara selebriti pereka dalaman dari rumah ke rumah masih berterusan dalam menghasilkan cetusan rekaan dalaman yang istimewa buat pemilik yang bertuah. Segalanya di dalam rancangan Nuansa Aidilfitri 2013 yang bakal bersiaran di kaca tv anda nanti.

Buat kediaman ini, Faizal Zain mencetuskan rekaan 'simple & glamour' menepati citarasa si pemilik yang telah sekian lama mengimpikan kediaman sedemikian rupa.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Penggambaran seterusnya berlangsung di sebuah kediaman teres di Cheras. Kali ini pereka dalaman Faizal Zain mencetuskan idea dekorasi ruang halaman rumah. Suasana penggambaran berlangsung sempurna dengan kerjasama tenaga kru dan semua yang terlibat. Buat ruang ini Faizal Zain mencipta sentuhan bertemakan Ala Nusantara.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sini dipaparkan sedikit situasi disebalik tabir pengambaran Nuansa Aidilfitri 2013, di mana selebriti pereka dalaman Faizal Zain sibuk mencetuskan sentuhan dekorasi buat kediaman peserta yang terpilih.

Untuk kediaman ini selebriti pereka dalaman Faizal Zain mencetuskan rekaan pejabat di dalam rumah. Menggabungkan warna-warna panas penuh tenaga, Faizal melahirkan ciptaan memukau ini dengan sentuhannya yang tersendiri.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Dalam Intai-intai Deko - TV3




video
Tonton siri Intai-Intai Deko bersama Pereka Dalaman Faizal Zain

Selesailah sudah sesi pengambaran sebuah rancangan dekorasi kediaman terbitan Media Prima untuk siaran TV3 yang mengundang juru hias dalaman Faizal Zain dari Zaldeco Inspirations untuk berkongsi tip-tip dan memberi ulasan semua yang berkaitan dengan hiasan dalaman.


Para kru sibuk memasang peralatan pengambaran




Rancangan yang diberi judul 'INTAI-INTAI DEKO' dan diterbitkan oleh penerbit Norlizah Yusoff bakal menampilkan pelbagai jenis kediaman indah dengan sentuhan artistik rekaletak dan cetusan dekorasi terbaik. Ianya akan bersiaran di TV3 dalam slot Senda Pagi, setiap Khamis jam 11.30 pagi.

Di sini kami bawakan sorotan belakang tabir sewaktu sesi pengambaran sedang berlangsung. Nantikan Zal, dari ZALDECO INSPIRATIONS di kaca TV anda untuk terus berkongsi cetusan rasa idea dekorasi...terima kasih atas sokongan tanpa henti!


Zal bersiap sedia sebelum sesi pengambaran bermula.



----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Juri Profesional Anugerah Prestij Idea Dekorasi 2013


Pusat Dagangan Dunia Putra, 2 Jun, berlangsunglah sudah Malam Anugerah Prestij Idea Dekorasi Impiana 2012/2013 dengan penuh gilang-gemilangnya. Pengiktirafan tertinggi diberikan kepada semua pemenang yang mencertuskan idea dekorasi kediaman dengan hadiah melebihi RM100 ribu ringgit. Pemenang dipilih oleh barisan juri professional termasuk selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain yang mengadili bagi kategori rekaan dalaman Teres, Semi-D, Flat, Apartment, Kondominium, Banglo & Premis Perniagaan. Faizal Zain malam itu tampil bersahaja serba oren dengan pakaian hasil cetusan idea pereka fesyen Maheran adly.


Pengalaman setelah sekian lama bergelumang dalam dunia dekorasi dan melihat pelbagai perubahan dan pembaharuan seiring zaman, selebriti pereka dalaman Faizal Zain dilihat sebagai juri yang berkaliber dan professional untuk menghakimi pertandingan dan memilih para pemenang. Kepercayaan besar yang digalaskan ke bahunya dipikul dengan baik dengan berlangsungnya penuh jayanya malam anugerah tersebut.


Bagi Faizal Zain, beliau melihat masyarakat hari ini sudah mula 'celik deko' apabila meletakkan elemen dekorasi kediaman di antara keperluan utama selain dari memiliki rumah. Faizal dipetik berkata "hari ini bagi masyarakat, setelah sahaja mereka membeli rumah, mereka akan terus memikirkan tentang konsep dan idea mendekorasi kediaman tersebut, tidak kiralah bajet besar atau kecil tetapi sentuhan dekorasi kediaman dilihat memainkan peranan utama". Turut tidak terkecuali memenangi sentuhan kediaman dekorasi menarik adalah pelakon kacak Karl Shafek, yang mempertaruhkan apartment miliknya.


Malam gemilang itu, Faizal turut melahirkan rasa gembira melihat perkembangan dunia dekorasi semakin berkembang di Malaysia, walaupun sedikit perlahan berbanding negara eropah dan barat yang menilai sentuhan dekorasi sebagai sentuhan seni paling utama dalam kehidupan.

Faizal juga melahirkan rasa syukur apabila kini negara semakin membuka mata dan mengiktiraf para penggiat sentuhan seni dekorasi dan pereka dalaman sepertinya yang telah sekian lama bergelumang di dalam jatuh bangunnya industri rekaan dalaman.



----------------------------------------------------------------------------------------------------

Selebriti pereka dalaman Faizal Zain sering diundang mengadili pelbagai pertandingan gubahan, dekorasi, dan menjadi juri dalam pelbagai lagi pertandingan seni halus. Kredibilitinya terus berada dalam kelas yang tersendiri membuatkan beliau kini dilantik menjadi juri profesional dalam satu anugerah berprestij tinggi dalam dunia dekorasi iaitu Anugerah Prestij Idea Dekorasi 2013.


Selebriti pereka dalaman Faizal Zain mengadili ratusan pencalonan daripada orang awam dalam sentuhan dekoarsi kediaman masing-masing yang telah dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya kategori kediaman teres, banglo, apartmen, kondominium, hotel dan premis perniagaan. Pencalonan ini hadir dari penyertaan orang ramai di dalam majalah dekorasi keluaran Karangkraf seperti majalah Impiana, Dapur, Apartmen dan Laman.


Dalam pengadilan Faizal Zain menitik beratkan hukum dekorasi yang betul, kreativiti, keaslian sentuhan, gabungan warna dan pencahayaan dan juga beberapa faktor yang lain lagi. Pemenang bakal menerima pelbagai hadiah menarik dan tajaan-tajaan yang cukup istimewa.


Seterusnya majlis pengumuman pemenang akan berlangsung pada malam gilang-gemilang Anugerah Prestij Idea Dekorasi 2013 yang bakal diadakan di PWTC tidak lama lagi.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain 'Charity Icon' - Kerja Amal Rumah Baitulfitrah


Perpindahan sekumpulan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal ke sebuah kediaman yang lebih selesa berjalan dengan lancar. Justeru majlis kerja amal dan pembukaan rumah anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal Baitulfitrah, Rawang bersama selebriti pereka dalaman Faizal Zain dan kerjasama ZALDECO INSPIRATIONS mendapat sambutan baik pelbagai pihak.


Kediaman baru ini yang jauh lebih besar dan selesa bakal menjadi tempat teduhan baut insan-insan istimewa ini. ZALDECO menaja sentuhan dekorasi cat dinding dan mengadakan program kuiz dan sukaneka untuk anak-anak yatim ini bersama dengan para pelajar dari UITM.


Turut memeriahkan majlis ialah bekas penyanyi tanah air yang popular satu masa dahulu menerusi lagu 'Bagaikan Puteri', iaitu Farra, yang sudi hadir memberi sedikit tazkirah kisah-kisah nabi dan teladan kepada semua penghuni rumah ini.


Sumbangan tajaan ZALDECO dan juga buah tangan oleh Farra sendiri diagih-agihkan kepada anak-anak yatim ini agar terpancar sedikit kegembiraan di kalangan mereka.


Majlis berlangsung dengan sempurna atas izin yang Maha Kuasa, dan segala perancangan terlaksa dengan suasana yang baik. Bagi semua yang turut terlibat menjayakan majlis ini bersama ZALDECO INSPIRATIONS, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga jasa anda akan terus dikenang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain 'Charity Icon' - Tabung Sayang MAISARAH


Alhamdulillah, tempoh hari selebriti pereka dalaman Faizal Zain tampil ke pejabat kutipan, menerima mock-up cek derma 'SAYANG MAISARAH' yang berlansung sejak September 2012 tahun lalu. Tabung ini ditubuhkan oleh ZALDECO bagi memberi sedikit sumbangan buat adik Nur Syifa Maisarah, berusia 4 tahun yang menderita Rate Syndrome. Kutipan ini adalah pemberian dari seluruh pelanggan ZALDECO apabila RM20 dari kos renovasi & dekorasi telah didermakan terus ke tabung ini. Semoga dengan sumbangan ikhlas anda, bakal menjadi suatu rahmat di akhirat kelak. Secara peribadinya, jutaan terima kasih kepada semua pelanggan ZALDECO dan para dermawan yang terlibat. Sesungguhnya tiada manusia yang di lahirkan sempurna. Selebriti pereka dalaman Faizal Zain akan memulakan tabung kutipan derma buat insan istimewa seterusnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------



Selebriti pereka dalaman Faizal Zain terus dilihat sebagai 'Charity Icon' apabila sering bekerjasama dengan pelbagai badan kebajikan dan tabung-tabung bantuan buat golongan yang perlu diberi perhatian.

Selesai sudah program kutipan amal Lambaian Syawal tempoh hari, terbaru beliau dipertanggungjawabkan menggalas tugas tabung sumbangan ikhlas kanak-kanak istimewa bernama Nur Syifa Maisarah, berusia 4 tahun yang menderita Rate Syndrome.

Si manja kecil ini menderita akibat otak yang semakin mengecil, pembesaran terbantut dan memerlukan penjagaan rapi sepenuhnya. Beliau juga yang memerlukan belakan terus menerus lampin pakai buang jenama Baby Like Super Extra amat memerlukan sumbangan ikhlas dari semua.

Bermula dari 25 September 2012 sehingga 31 Disember 2012, setiap bayaran dari pelanggan ZALDECO, RM20 akan disumbangkan untuk tabung yang diberi nama 'Sayang Maisarah'.

Sumbangan peribadi juga boleh terus disalurkan kepada akaun semasa Ambank ZALDECO (075-202-200406-6). Disamping kita sibuk mengindahkan dekorasi kediaman dapatlah juga kita memberikan sedikit sumbangan buat insan tersayang ini.

Moga jasa anda dibalas penuh kerahmatan dan keberkatan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain Di Majlis Amal Berbuka Puasa Yayasan Siti Khadijah


Selebriti pereka dalaman terkenal Faizal Zain juga tidak mahu melepasakan kesempatan dalam melakukan sedikit sedekah untuk keberkatan sepanjang bulan ramadan 2013 ini. Bertempat di Yayasan Siti Khadijah, Kota Damansara, satu majlis amal berbuka puasa dianjurkan oleh ZALDECO INSPIRATIONS yang turut dihadiri kakitangan, keluarga terdekat dan para wartawan.


Yayasan Siti hadijah menempatkan hampir 50 kanak-kanak yang rata-ratanya tergolong dalam golongn miskin, kurang berkemampuan dan anak yatim piatu. Kesemua kanak-kanak ini merupakan ahli tahfiz dan pengajaran berunsurkan Islam diterapkan sepenuhnya di sini.


Faizal Zain turut meluangkan masa dalam majlis ini, apabila bersama-sama semua penghuni Yayasan Siti Khadijah memeriahkan majlis yang bermula dengan tazkirah, berzanji dan zikir. Kemudian majlis berbuka puasa diteruskan selepas menunaikan solat magrib secara berjemaah.


Pelbagai hidangan menarik malam itu disediakan dan sedikit sumbangan duit raya turut diagih-agihkan. CD sinle lagu raya terbaru Faizal Zain duet bersama Rohana Jalil jug menjadi sumbangan kepada semua yang hadir.


Semoga dengan adanya majlis sebegini dapatlah kebahagian dan kegembiraan dikongsikan bersama-sama dengan semua penghuni Yayasan Siti Khadijah dan semoga Aidilfitri 2013 ini lebih bermakna buat mereka.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Faizal Zain 'Ikon Pereka Dalaman Anak Malaysia' - MHI, TV3

Selebriti pereka dalaman Faizal Zain bersiaran di dalam MHI TV3, liputan mengenai keperibadian dan latar belakang Faizal yang diangkat sebagai ikon selebriti pereka dalaman anak Malaysia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------- Selebriti pereka dalaman Faizal Zain sudah sekian lama mengetengahkan namanya di dalam arena seni reka dalaman. Tidak hairanlah beliau sering diundang menjadi perunding hiasan dalaman di dalam pelbagai majalah, rancangan tv, majlis dan peraduan. Nama Faizal Zain juga sinonim dengan pelbagai media massa apabila dirinya dilihat sebagai ikon pereka dalaman tempatan sehingga sering muncul di dalam pelbagai akhbar dan majalah. Selain aktif menulis Faizal Zain juga banyak memenuhi undangan pelbagai rancangan tv dari pelbagai saluran khusus menjerumus kepada bidang rekaan dalaman dan pengacaraan. Di sini kami paparkan antara rancangan tv dan keratan akhbar serta majalah berkaitan Faizal Zain yang sempat kami kumpulkan agar dapat anda ikuti bersama. Masih banyak rancangan tv dan keratan-keratan majalah serta akhbar yang tidak sempat disediakan untuk anda kerana salinanya tiada dalam simpanan kami.
Jom tonton & baca, klik link-link berikut:- 
----------------------------------------------------- AKHBAR & MAJALAH Faizal Zain (Akbar Harian Metro 4 Januari 2014) Faizal Zain (Majalah KELUARGA Februari 2013) Faizal Zain (Majalah DAPUR Januari-Februari 2013) Faizal Zain (Majalah ENF November 2012) Faizal Zain (Majalah IMPIANA Oktober 2012) Faizal Zain (Majalah SENI HIAS - 'Celoteh Deko' Mac - Oktober 2012) Faizal Zain (Akhbar BERITA HARIAN 16 September 2012) Faizal Zain (Majalah IMPIANA September 2012) Faizal Zain (Akhbar BERITA HARIAN 17 Ogos 2012) Faizal Zain (Majalah FEMAG Mac 2012) Faizal Zain (Majalah SENI HIAS September 2011) Faizal Zain (Majalah NUR Januari 2011) Faizal Zain (Majalah FEMAG November 2012) Faizal Zain (Majalah MINGGUAN WANITA November 2010) Faizal Zain (Majalah ANJUNG SERI Oktober 2010) Faizal Zain (Akhbar KOSMO 2010) Faizal Zain (Akhbar Utusan Malaysia 2010)