.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Kemasan Dinding

Dinding merupakan subjek utama di dalam sesuatu dekorasi ruang. Dari dindinglah mood dapat dibangkitkan. Segala penggunaan warna juga terletak pada dinding. Jadi pastikan mood dinding anda tepat dengan konsep atau pun tema yang cuba disampaikan.

Terdapat pelbagai medium kemasan untuk dinding. Di antara yang paling biasa digunakan ialah cat. Selain dari pilihan cat yang pelbagai warna, kertas dinding juga menjadi pilihan utama. Ada juga yang gemar melilih kemasan tiles mahupun jubin untuk melitupi keseluruhan atau pun sebahagian ruang dinding mereka. Tidak ketinggalan juga ada yang lebih cenderung memilih medium dari bahan kayu untuk melatari ruang dinding.

Apapun pilihan anda, setiap satu medium tersebut akan membawa impak yang berbeza-beza. Tidak semua medium tersenarai tadi sesuai untuk di gunakan pada semua ruang dinding. Jadi kebijaksanaan untuk memilihnya amatlah penting.

1.Cat
2.Kertas Dinding
3.Tiles & Jubin

---------------------------------------------------------------------------------------------

1. Cat

Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Kini terdapat pelbagai pilihan jenama cat di pasaran. Terdapat juga pelbagai jenis cat setiap satunya. Zaldeco lebih mensyorkan agar cat yang mudah dicuci seperti jenis 'easy clean' digunakan. Ianya tahan lebih lama malah mudah dibersihkan jika terdapat kotoran tanpa menanggalkan warna cat yang asal.

Cat terdiri dari campuran bahan air dan minyak. Cat yang berasaskan air lebih kepada 'matte effect' berbanding cat yang berasaskan minyak yang lebih licin dan berkilat.

Mengecat juga memerlukan teknik yang betul jika tidak hasilnya amat mendukacitakan. Warna dan pemilihan cat juga dapat membantu menaiktarafkan dekorasi ruang. Tetapi awas, jika anda tersalah memilih warna pada sesuatu ruang atau permukaan dinding, maka segala dekorasi anda akan terjejas dan konsep atau tema yang cuba dibawakan akan berwajah gagal.

Cat bewarna terang dapat meluaskan ruang, meninggikan siling dan menjauhkan jarak, manakala cat yang bewarna gelap akan menyempitkan ruang, merendahkan siling dan mendekatkan jarak.

Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa mood panas dan ringan berbanding cat yang berwarna gelap lebih cenderung membawa mood sejuk, ekslusif dan tenang.

--------------------------------------------------------------------------------------------

2.Kertas Dinding

Pemilihan kertas dinding merupakan alternatif kepada penggunaan cat. Namun pemilihannya haruslah lebih teliti. Terdapat berbagai-bagai corak kertas dinding yang boleh didapati. Pilihlah kertas dinding yang tahan lasak dan kalis air agar anda dapat menggunakanya dalam tempoh masa yang lama.

Penggunaan kertas dinding lebih mudah menghidupkan sesuatu konsep dan tema. Aura yang dimiliki kertas dinding cukup kuat. Setiap ruang yang dilitupi kertas dinding nyata nampak lebih menonjol dan hebat berbanding dinding polos tanpa kertas dinding.

Namun pemilihan coraknya haruslah tepat agar ruang dan tema yang cuba disampaikan ternyata setara.

Kertas Dinding Pelbagai Corak;





--------------------------------------------------------------------------------------------

3. Tiles & Jubin

Tiles dan jubin juga memainkan peranan dalam kemasan dinding. Kebanyakkan medium jenis ini diguna-pakai oleh unit-unit perniagaan termasuklah restauran, salon dan pejabat. Ianya lebih mudah dibersihkan dan mudah untuk dijaga.

Terdapat berbagai jenis permukaan dan warna serta corak tiles atau jubin yang boleh anda dapatkan di pasaran. Yang pastinya, ketiga-tiga aspek tadi perlu dititik-beratkan supaya kemasan dinding anda bersesuaian dengan konsep dan tema dekorasi.

Medium jenis ini juga datang dengan kepelbagaian saiz. Lazimnya untuk kediaman, kemasan tiles mahupun jubin ini akan diadaptasikan di ruang-ruang basah seperti dapur, bilik air dan tandas.

Tiles Dinding 40cm x 40cm;


Tiles Dinding Bercorak (30cm x 45cm);

Tiles Dinding (Brick) 30cm x 30cm;


Tiles Dinding 30cm x 40cm;