.

Pengikut Blog Zaldeco

Faizal Zain Tenaga Pengajar/ Ziana Zain & Rozita Che Wan Juri Rancangan Ratu Rania @ ASTRO PRIMA


Nama Faizal Zain memang sudah tidak asing lagi dalam dunia dekorasi tempatan dan antarabangsa. Faizal Zain yang kerap kali terlibat dalam pelbagai program tv sudah banyak kali diundang menjadi juri profesional dalam pelbagai pertandigan dekorasi di Malaysia, mahu juga negara-negara jiran yang lain.


Terbaru, sekali lagi nama Faizal Zain diangkat dan diberi penghormatan sebagai salah seorang tenaga pengajar untuk rancangan realiti terbaru Astro yang diberi judul Ratu Rania. Rancangan di saluran Astro Prima ini adalah dengan kerjasama produk kecantikan Safi Rania, menampilkan para peserta dari pelbagai latar belakang.


Di samping Faizal Zain yang diundang untuk mengajar dalam segmen dekorasi, beberapa nama besar yang lain turut terlibat sebagai juri tetap seperti pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim, penyanyi popular Ziana Zain dan pelakon jelita Rozita Che Wan.



Kejayaan yang dikecapi Faizal Zain dalam dunia dekorasi sejak sedekat lebih, membuatkan namanya menjadi sebutan utama setiap kali adanya rancangan yang berunsurkan rekaan dalaman. Faizal Zain buat sekian kalinya akan mengacarakan sebuah lagi rancangan dekorasi saluran tv tempatan tidak lama lagi.



Faizal Zain menyatakan bahawa rancangan Ratu Rania bakal menjadi satu fenomena baru apabila membawakan pelbagai segmen menarik dan yakin rancangan ini mendapat sambutan ramai. Petang itu Faizal Zain tampil segak dengan busana rekaan Henas Haneesa dan solekan oleh Joline Manja. Di kesempatan itu juga Faizal Zain turut meluangkan masa ditemuramah oleh pihak media.


Jadi jangan lupa saksikan rancangan Ratu Rania setiap Rabu 9 malam, bermula 4 September 2013 di saluran Astro Prima.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment