.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Seksyen 6, Wangsa Maju.

ZALDECO masih terlalu sibuk sepanjang minggu-minggu terakhir ramadhan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang terlalu banyak ke atas perkhidmatan lantai kayu lamina kami.




Berdasarkan sambutan yang cukup hebat pada Ramadhan sejak beberapa tahun yang lalu, ZALDECO mengambil inisiatif apabila menyediakan banyak bekalan lantai kayu lamina dan menyediakan beberapa tenaga kerja tambahan bagi menampung permintaan yang melonjak menjelangnya musim perayaan.





Namun tahun ini anggapan ZALDECO tersasar apabila permintaan lantai kayu lamina jauh melebihi dari apa yang kami jangkakan. Tempahan yang terlalu banyak membuatkan kami teramatlah sibuk ke sana-ke mari menyediakan perkhidmatan dan sedaya upaya memastikan semua permintaan lantai kayu lamina dapat disiapkan sebelum menjelangnya 1 Syawal.




Sepanjang Ramadhan ini semua kru kami keletihan termasuk saya sendiri yang kerap kali berbuka puasa hanya di dalam kenderaan apabila terpaksa memandu dari lokasi pelanggan ke pelanggan yang lain.

Namun apa yang lebih penting adalah kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami berikan.




Sememangnya pemasangan lantai kayu lamina menampilkan imej yang lebih baik dan menawan terhadap sesebuah ruang di dalam kediaman. Perbezaan yang ketara jelas terasa selepas proses pemasangan siap sepenuhnya.




Seperti kediaman ini yang memilih lantai kayu lamina, jelas tergambar akan kehebatannya, sentuhannya dan keselesaan yang di miliki lantai kayu lamina.

No comments:

Post a Comment