.

Pengikut Blog Zaldeco

Ramlah Ram di pentas Sebening Syawal

Di kesempatan ini ZALDECO membawakan kepada anda rakaman sewaktu persembahan live penyanyi tersohor Ramlah Ram menerusi lagu 'Zapin Yang Tinggal' di atas pentas yang direka oleh ZALDECO. Sentuhan rekaan ZALDECO bukan sahaja pada pentas tetapi meliputi keseluruhan pusat membeli-belah Ampang Park Kuala Lumpur sempena kedatangan Aidilfitri.

Sentuhan ringkas ZALDECO yang bertemakan 'Sebening Syawal' menyerlahkan lagi mood hari raya kepada para pengunjung di pusat membeli belah Ampang Park.


Persembahan istimewa Ramlah Ram di atas pentas sentuhan ZALDECO.


Persembahan tarian di atas pentas rekaan ZALDECO.

Sempena kehadiran Syawal 2010, Zaldeco kembali menghiasi seluruh ruang pusat membeli-belah terkenal iaitu Ampang Park Shopping Centre yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Membawakan tema ringkas bermotifkan 'anak bulan', suasana syawal berjaya di hidupkan di segenap ruang.

Seperti kebiasaan pada musim-musim perayaan ZALDECO sering menjadi pilihan untuk melahirkan sentuhan dekorasi pada beberapa pusat membeli-belah terkenal di ibu kota. Buat tatapan pelayar-pelayar blog, sana-sini sekitar proses dekorasi 'Sebening Syawal'.

No comments:

Post a Comment