.

Pengikut Blog Zaldeco

Nuansa Aidilfitri 2013

Nuansa Aidilfitri 2013 adalah sebuah rancangan yang sesuai ditonton seisi keluarga, bakal bersiaran di RTM dan Astro, rancangan ini terbahagi kepada beberapa segmen.

Khususnya segmen dekorasi 'Ruang dan Deko' dihoskan oleh selebriti pereka dalaman Faizal Zain. Pelbagai jenis kediaman dan pelbagai sentuhan dekorasi akan dilakukan, jadi rancangan ini amat menarik untuk ditontoni. Jangan lupa saksikannya nanti sepanjang bulan Ramadhan 2013 ini!.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

DI BELAKANG TABIR NUANSA AIDILFITRI 2013

sepanjang mengacarakan rancangan NUANSA AIDILFITRI, banyak yang selebriti pereka dalaman FAIZAL ZAIN kongsikan bersama. jangan lupa menontonnya nanti bagi mengetahui pelbagai tip-tip sentuhan dekorasi dan bagaimana melakukan sentuhan transformasi terhadap sesebuah ruang. Nyata sentuhan Faizal Zain berbeza-beza untuk setiap episod dan cukup menyerlah. pada mereka yang mendambakan sentuhan sebegini buat kediaman anda, bolehlah terus berurusan dengan ZALDECO INSPIRATIONS


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikanlah apa sahaja ruang buat pereka dalaman Faizal Zain, dengan kemahiran yang beliau miliki, ada sahaja kelainan sentuhannya yang diciptakan. Segalanya beliau kongsikan bersama apabila memaparkan bagaimana bermula sehingga akhir sentuhan pada setiap kali melakukan sentuhan dekorasi buat kediaman penonton yang bertuah di sepanjang pengambaran rancangan NUANSA AIDILFITRI 2013 ini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara kredibiliti selebriti pereka dalaman Faizal Zain yang dikenali adalah daya kemampuan beliau mengubah atau magis sentuhannya dalam menghasilkan sentuhan dekorasi terhadap sesebuah ruang. Tidak hairanlah nama beliau sering terpapar di dalam pelbagai majalah, akhbar dan sering muncul di kaca tv dalam memberi pelbagai tunjuk ajar berlandaskan sentuhan dekorasi.

Mengacarakan rancangan NUANSA AIDILFITRI 2013, di dalam segmen Ruang dan Deko, nyata sentuhan Faizal Zain dapat diteliti satu persatu, dan anda lihatlah bagaimana keupayaan Faizal Zain mencetuskan aura dekorasi. Pengambaran ini di sebuah kediaman di Damansara.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadual padat penggambaran Nuansa Aidilfitri berterusan, namun masih sempat sedikit sedutan di belakang tabir dipaparkan buat tatapan anda, namun banyak lagi babak-babak menarik yang perlu anda tontoni di kaca tv nanti. Buat kediaman bertuah ini, selebriti pereka dalaman Faizal Zain membawakan sentuhan ‘Back to Basic’ ke atas ruang makan, mencetuskan rekaan ringkas penuh nostalgik menyerlahkan lagi ruang untuk santapan keluarga ini. Faizal sering melahirkan sentuhan berbeza pada setiap rancangan dengan idea penuh segar, menarik bukan…





























-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakaman yang berlansung di sebuah kediaman jenis apartmen ini menampilkan rekaan untuk ruang balkoni. Faizal sentiasa tampil dengan sentuhan segar, berikanlah apa pun jenis ruang kepada selebriti pereka dalaman ini, pasti transformasi yang dilakukannya cukup menyerlah.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kembara selebriti pereka dalaman dari rumah ke rumah masih berterusan dalam menghasilkan cetusan rekaan dalaman yang istimewa buat pemilik yang bertuah. Segalanya di dalam rancangan Nuansa Aidilfitri 2013 yang bakal bersiaran di kaca tv anda nanti.

Buat kediaman ini, Faizal Zain mencetuskan rekaan 'simple & glamour' menepati citarasa si pemilik yang telah sekian lama mengimpikan kediaman sedemikian rupa.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Penggambaran seterusnya berlangsung di sebuah kediaman teres di Cheras. Kali ini pereka dalaman Faizal Zain mencetuskan idea dekorasi ruang halaman rumah. Suasana penggambaran berlangsung sempurna dengan kerjasama tenaga kru dan semua yang terlibat. Buat ruang ini Faizal Zain mencipta sentuhan bertemakan Ala Nusantara.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sini dipaparkan sedikit situasi disebalik tabir pengambaran Nuansa Aidilfitri 2013, di mana selebriti pereka dalaman Faizal Zain sibuk mencetuskan sentuhan dekorasi buat kediaman peserta yang terpilih.

Untuk kediaman ini selebriti pereka dalaman Faizal Zain mencetuskan rekaan pejabat di dalam rumah. Menggabungkan warna-warna panas penuh tenaga, Faizal melahirkan ciptaan memukau ini dengan sentuhannya yang tersendiri.



1 comment:

Unknown said...

Salam..mcmna nk jadi peserta dlm rancangan nuansa aidilfitri ni? Saya ingin pihak zaldeco utk menghiaskan ruang makan yg kecil di rumah saya.

Post a Comment