.

Pengikut Blog Zaldeco

Deko Laman



Usai sahaja melengkapkan ruang dalaman, ruang luaran dilupa jangan. Ini kerana ruang luaranlah yang menjadi penyuntik utama kepada aura dekorasi yang ingin anda sampaikan. Dari ruang luaran yang berkonsep dan menyerlah akan membawa pengunjung untuk lebih ingin mendekati ruang dalaman pula.



Terfokus pada kediaman jenis teres, bungalow dan kediaman jenis berhalaman, hakikatnya kediaman jenis bertingkat juga boleh mengadaptasikan dekorasi ini. Syaratnya kediaman bertingkat itu mestilah mempunyai ruang balkoni.



Keluasan ruang untuk dekorasi laman atau taman ini menyumbang kepada susun aturnya. Biasa deko laman untuk ruang balkoni akan tampil lebih ringkas berbanding deko laman untuk ruang yang luas seperti untuk rumah teres, bungalow, unit berkembar dan kediaman-kediaman jenis berhalaman yang lain.



Kediaman jenis berhalaman dengan lot tepi selalunya mempunyai keluasan yang lebih besar, membuatkan deko laman mudah diadaptasikan dengan lebih menyerlah. Namun ianya terpulang kepada citarasa masing-masing samada untuk menampilkan deko laman secara ringkas, sederhana atau yang cukup menyerlah.



Ada yang menyukai deko laman yang hadir bersama elemen air (water feature), ada juga yang gemar menghadirkan perabot kayu chengal bersamanya dan tidak kurang pula yang hanya memfokuskan pada tumbuh-tumbuhan malar segar sahaja.



Apa pun citarasa anda, kesesuaian ruang, tempat, pengcahayaan, konsep dan rekaletak yang tepat dan pemilihan tumbuh-tumbuhan yang betul akan menyumbang kepada sebuah deko laman yang cukup berjaya.



--------------------------------------------------------------------------------

KLIK PAUTAN PROMOSI:-

http://zaldeco.blogspot.com/2012/01/promosi-deko-laman-air-pancuran.html


http://zaldeco.blogspot.com/2012/01/promosi-decking-balkoni-halaman.html

AKSESORI DEKO LAMAN :- klik pautan berikut
Pancuran Air (Fountain)
Pasu Bunga
Kerusi & Meja Kayu (Bench)
Gazebo & Wakaf
Pergola
Buaian
Ilham Deko Laman

2 comments:

CikguKembar said...

Hi,
ade tak pic landscap atau deko bg halaman rumah teres yg kecil shj?

Unknown said...

Hi,

saya nak tanya ade tak bekalkan picket fences utk laman? dengarnya bukan dari kayu.. kalau ade boleh tak terangkan cost installationnya?
norkhaizila@gmail.com

Post a Comment