.

Pengikut Blog Zaldeco

ZALDECO & Kerja-kerja Kontraktor

Sejak sekian lama bertapak dalam dunia perniagaan hingga kini, ZALDECO bukan sahaja terkenal dalam sentuhan dekorasi buat kediaman, selain telah menghiasi ribuan kediaman ZALDECO juga sering menjadi kontraktor pilihan dalam menghasilkan pelbagai renovasi dan kerja-kerja pertukangan.


Selain menjadi pilihan syarikat-syarikat kecil ZALDECO juga sudah lama bekerjasama dengan pelbagai syarikat gergasi tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai bentuk kerja-kerja penghasilan, diantaranya ialah PETRONAS, TM Malaysia, AGRO Bank, 21st Century, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ampang Park Shopping Centre, House Of Healin, DRH dan banyak lagi.


Selain terkenal dengan sentuhan kreatif dalam menghasilkan bahan-bahan dekorasi kediaman seperti kabinet dapur, kertas dinding, wardrobe, lantai kayu lamina, dekorasi & renovasi, ZALDECO juga terkenal dan mahir dalam menghasil dan mengendalikan kerja-kerja:
Papan tanda / signboard
Tanda jalan / signage
Bahan-bahan besi dan kaca
Rekaan Pentas /stage design
Konsep Perayaan / celebration concept
Majlis makan malam / annual dinner
Majlis keramaian
Persembahan pentas
dan pelbagai lagi kerja-kerja kontraktor yang berkaitan.


Diasaskan oleh pereka dalaman terkenal tanah air, Faizal Zain sering memberikan idea-idea segar dalam pelbagai sudut dan bidang perekaan termasuk berasaskan kayu, besi, pertukangan dan sebagainya.


Dalam perekaan papan tanda untuk premis perniagaan mahupun papan tanda simbol, ZALDECO juga menyediakan khidmat rekaan papan tanda merangkumi pemilihan typeface, warna, rekaan latar belakang dan rekaan logo perniagaan.


ZALDECO juga sering menjadi pilihan pelbagai syarikat dalam menjayakan sesuatu majlis. Bermula dari majlis kesyukuran sehinggalah majlis makan malam dan majlis-majlis keramaian yang lain. Dalam kerja-kerja ini ZALDECO merangkumi semua aspek seperti rekaan pentas, rekaan backdrop, dekorasi majlis dan sebagainya.


Jadi boleh dikatakan ZALDECO adalah perniagaan dekorasi dan renovasi di bawah satu bumbung. Bermula dari kediaman sehinggalah ke premis perniagaan anda, anda tidak perlu membuang masa tercari-cari kontraktor yang sesuai, segalanya serahkan sahaja kepada ZALDECO. Lebih sedekad dalam perniagaan dan memiliki ribuan pelanggan, ZALDECO sudah mengetahui pelbagai selok belok perniagaan, memahami pelbagai krateria dan pelbagai jenis material yang terdapat di dalam pasaran. Jadi ZALDECO adalah pilihan tepat anda dalam menghasilkan sesuatu cetusan istimewa.


Selain dari kerja-kerja berat ZALDECO juga terkenal dalam kerja-kerja kesenian rekaan majlis berendui dan bercukur jambul bersama cetusan segar dan ringkas menyerlahkan lagi majlis anda.

No comments:

Post a Comment