.

Pengikut Blog Zaldeco

Sentuhan Dekorasi Dan Renovasi


Sebuah program baru akan menemui anda, 😁'SANA-SINI DEKO bersama Faizal Zain😁'...
Adakah anda memiliki kediaman atau ruang hasil sentuhan dekorasi sendiri? tidak semestinya mewah tetapi mestilah kreatif dan menarik. Tidak kira apa pun jenis kediaman, rumah kampung, teres, pangsapuri, kondominium, studio unit, banglo dan sebagainya...
Apa kata jom kongsikan bersama para penonton.
Sertakan beberapa keping foto kediaman/ruang beserta alamat lengkap, nama dan nombor telefon,
Emailkan kepada kami di: zaldeco1@gmail.com

Jom sertai sekarang!!!
BLOG: zaldeco
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Memiliki ilham dalam menata hias kediaman memang agak sukar. Tambah-tambah lagi kurang pengetahuan dalam ciri-ciri gabungan sentuhan dekorasi. Jadi kepada semua yang mengimpikan kediaman dengan sentuhan pereka dalaman bolehlah berurusan dengan ZALDECO. Anda boleh bertemu pereka dalama terkenal tanah air, FAIZAL ZAIN untuk mendapatkan sentuhan magisnya, mengubah ruang kediaman anda kepada sesuatu yang lebih menawan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Ruang Tamu




Kredibiliti pereka dalaman terkenal Faizal Zain dalam menatahiasi kediaman sememangnya menjadi rebutan. Permintaan bukan sahaja datang dari kediaman sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan Selangor, malah sentuhan magisnya juga menjadi dambaan masyarakat di luar Lembah Kelang sehingga ke Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Pahang. Begitu juga dengan pemilik kediaman ini yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang yang mendapatkan sentuhan dekorasi sepenuhnya dari pereka dalaman Faizal Zain.


Untuk kediaman apartment yang berkeluasan lebih kurang 950 kaki persegi ini, Faizal Zain bersama syarikatnya ZALDECO telah menghasilkan sepenuhnya sentuhan renovasi & dekorasi yang melibatkan keseluruhan ruang di dalam kediaman ini. Antara kerja-kerja yang dilakukan di kediaman ini termasuklah, kabinet dapur, rak kasut, wardrobe dan meja solek, wallpaper, laminate floor, plaster siling dan L-Box, lighthing dan wiring, custome curtain dan sofa, rak tv, renovasi bilik air dan banyak lagi sehingga sentuhan dilakukan sepenuhnya dari sebuah kediaman kosong sehingga kedaiaman siap lengkap untuk diduduki.


Untuk ruang tamu ini pereka dalaman Faizal Zain mengetengahkan pilihan warna biru terquoise dan hijau terquoise sebagai warna tunjang manakala melengkapkan lagi sentuhan dengan warna tambahan utama putih dan kelabu. pada dinding utama ruang tamu ini di lengkapi dengan penggunaan kertas dinding atau wallpaper ringkas dan moden juga dari rona hijau terquoise. Pada bahagian dinding yang bertentangan pula di hiasai dengan cat pastel krim dan dilengkapi dengan hiasan dinding 3D brick bewarna putih, sebuah hiasan dinding 3 dimensi yang moden dan ringkas.


Hiasan-hiasan dekorasi tambahan juga berasaskan warna yang sama agar sentuhan dekorasi kelihatan padan dan sedondon. Kebijaksaan pereka dalaman Faizal Zain bermain dengan konsep, warna dan ruang tidak dapat disangkal lagi apabila setiap sentuhannya kelihatan begitu tepat dan padan serta memukau mata memandang.


Pemilihan reka bentuk perabot yang tepat, warna, pencahayaan dan susun ataur amat di titik beratkan oleh pereka dalaman Faizal Zain agar kediaman pelanggan yang mendapatkan sentuhannya akan tempil begitu menyerlah dan mempunyai aura sentuhan magisnya.



Paduan warna kertas dinding, langsir dan perabot utama di ruang tamu seperti sofa 3 tempat duduk ini disatukan dengan tepat dan berhati-hati kerana ianya akan menjadi tarikan utama di ruang tamu. Ilmu dan pengetahuan luas dan tinggi dalam dunia rekaan dalaman yang dimiliki oleh pereka dalaman Faizal Zain dicurah dan digunakan sepenuhnya setiap kalibeliau menata hias kediaman pelanggan.


Pemilihan permaidani, hiasan dinding dan langsir perlu diberi perhatian yang tinggi untuk mendapatkan hasil sentuhan yang terbaik. Untuk kediaman ini pereka dalaman Faizal Zain memilih langsir kelabu polos dengan fabrik jenis 100% blackout dan disertai dengan Italian sheer bagi menjelmakan hasil langsir custom yang menawan.


Kabinet tv juga direka secara ringkas untuk menepati citasrasa moden tuan rumah dan diletakkan pada dinding utama sebagai titik tumpuan. Sedikit pasu dekorasi dan table runner juga dari tona terquoise menghiasi kabinet tv ini.


Bagi kemasan lantai pula pereka dalaman Faizal Zain memilih untuk menggunakan laminated floor dari koleksi warna krim muda dengan corak urat kayu. Warna lantai yang terang amamt mempengaruhi ruang agar kediaman yang kecil tampak lebih luas dan selesa. Malah penggunaan laminated floor dilihat cukup praktikal selain memberikan lebih impak dan aura dalam sentuhan dekorasi, ianya juga lebih selesa dan selamata kerana tidak sejuk dan tidak licin.


Peranan kertas dinding amat kuat dalam satu-satu sentuhan dekorasi. Namun pemilihannya harus tepat agar sebuah ruang yang hadir bersama kertas dinding atau wallpaper tampak sejajar dan tidak canggung. Untuk kediaman ini Faizal Zain mereka sebuah sofa 3 tempat duduk khas, di perbiat dari fabrik baldu lembut dari rona terquoise untuk melengkapi hiasan ruang tamu ini.


Peranan penataan cahaya juga begitu penting, oleh itu kebijaksanaan dalam pemilihan padanan lampu dan cahaya harus dititik beratkan dalam sentuhan dekorasi. Buat siling ruang tamu ini, pereka dalaman Faizal Zain menampilkan rekaan L-Box ringkas dengan paduan cahaya T5 putih mulus setelah lampu-lampu gantungan menggunakan warna kuning neon.


Pembuatan L-Box, kerja-kerja mengecat rumah, pemasangan lantai kayu lamina atau laminate floor serta kerja-kerja pembuatan perabut rekaan custome dilakukan dengan amat berhati-hati bagi mendapatkan mutu dan kualiti keja yang diinginkan.




Lihat bagaimana kerja-kerja yang kami lakukan dalam menghasilkan sentuhan yang tebaik, bermula dari sebuah ruang tamu kosong akhirnya lengkap menjadi sebuah ruang tamu yang begitu indah dan memukau.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Ruang Makan



Untuk penataan runag makan yang hanya bersebelahan dengan ruang tamu, pereka dalaman Faizal Zain masih mengekalkan konsep dan warna yang sama iaitu dari kombinasi warna biru terquoise dan hijau terquoise. Ruang makan yang terhad ini dihias ringkas sahaja agar tidak tampak sarat kerana keterbatasan ruang yang ada.


Meja makan 4 tempat duduk bewarna hitam menjadi pilihan. Ruang makan ini juga turut dihiasi dengan sejambak bunga utama bagi menyerikan suasana beserta tisu serta table runner atas alas meja dari rona yang sedondon.


Siling L-Box dengan kemasan lampu T5 dibuat dari ruang tamu sehingga melengkapi ke ruang makan dengan rekaan ringkas supaya suasana tampil selesa tetapi eksklusif.


Dinding utama ruang makan ini dicat dengan warna kelabu, kemudian sebuah cermin diletakkan sebagai titik tumpu hiasan. Walau ruang makan ini kecil dan terhad namun dengan sentuhan yang tepat dan terperinci, ruang akan tampil sempurna.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Bilik Tidur Utama



Untuk sentuhan dekorasi di bilik tidur utama pula, pereka dalaman Faizal Zain membawa elemen merah sebagai warna tunjang disamping warna sampingan yang lain terdiri dari kelabu, hitam dan putih.


Katil bersaiz queen custom rekaan khas Faizal Zain menggunakan fabrik baldu kelabu sepenuhnya, kelihatan begitu eksklusif sekali dengan dipadankan dengan koleksi cadar dan throw pillow dari rona merah berkilat.


Untuk bilik tidur ini pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan rekaan wardrobe beserta meja solek pasang siap dari koleksi Brassavola Zaldeco. Disesuaikan dengan rona pilihan, wardrobe ini juga dihasilkan menggunkan rona kelabu. Wardrobe full height yang tinggi dan luas menjadikan ianya sebuah ruang penyimpanan yang cukup praktikal.


Selain itu hiasan-hiasan dekorasi seperti lampu meja dan lampu tidur turut menghiasi ruang bilik ini. Bagi bilik ini juga pereka dalaman Faizal Zain memilih langsir kelabu polos dengan fabrik jenis 100% blackout dan disertai dengan Italian sheer bagi menjelmakan hasil langsir custom yang menawan selain dapat menapis cuaca sejuk dan panas secara maksimum.


Wardrobe dan dressing table koleksi Brassavola dari ZALDECO amat luas dan besar membuatkan pelbagai keperluan dapat disimpan di dalamanya, bukan sahaja pakaian tetapi selimut, cadar dan bantal juga dapat di simpan di dalam wardrobe yang luas ini.


Susun atur dan tatahias kediaman sentuhan dari pakar hiasan dalaman seperti Faizal Zain sememangnya menghasilkan satu sentuhan yang cukup memukau. Biarkan sentuhan bersahaja namun dari teknik yang betul ianya kelihatan padan dan serasi.


Katil queen custom dari ZALDECO amat istimewa sekali dengan seratus-peratus buatan tangan dari bahan bermutu, membuatkan katil yang dihasilkan begitu berbeza dengan katil-katil yang sedia jual di pasaran. Katil custom kami mempunyai pelbagai pilihan dari koleksi fabrik mahupun ratusan warna yang boleh disuai padankan.


Ruang bilik juga dilengkapi dengan pamasangan lantai kayu lamina atau laminate floor begitu juga dengan kerja-kerja pendawaian serta pemilihan pencahayaan dilakukan dengan teliti bagi emndapatkan hasil yang terbaik.


Begitu juga kerja-kerja mengecat yang dilakukan dengan baik dengan menggunakan teknik mengecat yang betul bagi mendapatkan hasil yang maksimum. Lihatlah bagaimana kami menyerlahkan sebuah ruang bilik yang kosong sehingga menjadi sebuah kamar impian.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Bilik Tidur Tamu


Untuk bilik tidur tamu pula pereka dalaman Faizal Zain memilih warna biru muda bagi menjadi warna utama bilik ini. Dengan ruang bilik yang terhad tidak perlu sarat, Faizal Zain hanya menghasilkan sebuah katil queen custom dan sebuah wardrobe full height bagi melengkapi bilik kecil ini.


Teknik penggunaan warna yang sesuai dan saiz perabot yang berpadanan membuatkan sebuah bilik kecil tampak lebih luas dan selesa.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Di Tanah Rata, Cameron Highland - Ruang Dapur


Bagi ruang dapur, pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan rekaan kabinet dapur dengan bentuk L. Menggunakan material milamin untuk permukaan pintu manakala untuk permukaan top menggunakan solid surface dari koleksi glitter black.


Ruang dapur ini menggunakan konbinasi warna walnut, hitam dan krim sebagai warna utama. Selain itu ruang dapur ini juga menggunkan lantai vinyl sepenuhnya dari corak kayu dan pada ruang tingkap di sertakan dengan roller blind custom made dari ZALDECO.


Team ZALDECO sibuk memjalankan tugas masing-masing bagi memastikan ruang dapur ini tampil sempurna.


Kerja-kerja pemasangan roller blind tempahan khas dari ZALDECO dengan kombinasi warna krim teras. Blind ini kalis air dan begitu mudah dijaga dan amat tahan lama.


Disebalik kerja-kerja pemasangan lantai vinyl bercorak kayu di ruang dapur.


Dari sebuah ruang dapur kosong kini tampilah sebuah ruang dapur lengkap dan menarik


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Ruang Tamu

Pereka dalaman terkenal Faizal Zain sering diberikan kepercayaan untuk menghasilkan renovasi dan dekorasi keseluruhan rumah oleh banyak pelanggan lebih sedekad yang lalu. Ratusan kediaman pelbagai jenis sudahpun menerima sentuhan kreatif beliau dalam melahirkan kediaman impian.

Sebuah kediaman 3 tingkat dengan 7 bilik tidur yang terletak di Taman Desa Mas, Bangi ini juga telah mandapat 100% sentuhan Faizal Zain dalam kerja-kerja renovasi dan dekorasi. Jadi kami kongsikan bahagian demi bahagian untuk tatapan semua.

Pada ruang tamu utama kediaman ini, pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan satu rekaan sofa 3 tempat duduk custome made dengan penggunaan fabrik lembut bewarna hijau terang. Rekaan ini diberi kelainan dengan sedikit sentuhan pada bucu penyandar sofa yang melengkung, membuatkan pemiliknya menjadi lebih eksklusif kerana rekaan Faizal Zain ini tidak sama dengan rekaan sofa yang terdapat di kedai-kedai perabot yang ada.

Rekaan sofa 3 tempat duduk ini juga dilengkapi dengan bantal-bantal kecil atau throw pillow custome made yang direka khas menggunakan warna hijau terang dan warna kelabu berkilat. Feature wall pada belakang sofa pula dicatkan menggunakan warna pastel kelabu lembut bagi mengimbangi rekaan ruang tamu ini yang menggunakan warna asas hijau dan kelabu.

Langsir rona kelabu berkilat dari fabrik tebal 100% blackout disertakan dengan sheer putih mulus menghiasi keseluruhan ruang pintu sliding door pada ruang tamu ini.

Pada bahagian siling, rekaan L-Box menggunakan neon T5 warm white membangkitkan suasana yang lebih menarik. Walaupun ringkas, namun kekemasan rekaan ini menyuntik sentuhan dekorasi yang lebih sempurna. Pereka dalaman Faizal Zain memberikan lagi kelainan dengan penggunaan kipas siling dari kombinasi gangsa dan putih. Amat berlainan sekali!

Pada bahagian dinding satu lagi dicatkan dengan warna hijau muda lembut. Kemudian Faizal Zain mereka 2 buah sofa single ringkas dengan penggunaan fabrik dari rona kelabu. Sofa single ini direka ringkas tanpa lengan dan dihiasi juga dengan bantl-bantal kecil empuk bagi menyerlahkan lagi rekaan.

Hiasan-hiasan kecil seperti meja kopi,lampu meja dan pokok-pokok renek hiasan memberikan kelengkapan dalam sesebuah sentuhan.

Tengok tu bertapa sibuknya team ZALDECO menyiapkan kerja-kerja di ruang tamu ini.

Ruang menonton juga tidak dilupakan, sebuah rekaan rngkas kabinet tv lekap dinding menghiasi ruang menonton. Rekaan kali ini untuk tv 50 inci dengan kombinasi rona coklat muda dan putih.

Jom kita lihat seterusnya kerja-kerja renovasi, memecah dan menambah dinding serta kerja-kerja pendawaian yang dilakukan oleh team ZALDECO.

ZALDECO sentiasa bekerja keras demi memberikan yang terbaik buat pelanggan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Ruang Dapur Kering

Untuk ruang dapur kering, pereka dalaman Faizal Zain menyuntik elemen segar dan ringkas yang menjadi kekuatan sentuhannya setiap kali melakarkan idea. Sebuah set kabinet dapur berbentuk lurus dihasilkan untuk ruangan ini. Kombinasi hijau segar dan krim oak dipilih sebagai warna utama kabinet dapur ini.

Selain penggunaan permukaan milamin, rekaan kali ini juga menggunakan pintu kaca frosted bagi menyerlahkan lagi rekaan. Turut dilengkapi dengan ruang tall unit yang direka khas bagi menyimpan lauk-pauk dan melindungi makanan daripada hinggapan lalat...menarik bukan...

Jom kita lihat kerja-kerja bagaimana kabinet dapur ini disiapkan oleh team ZALDECO.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Ruang Dapur Basah

Untuk ruang dapur basah ini pula,selebriti pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan rekaan kabinet dapur berbentuk L dengan dengan pelbagai aksesori dimasukkan sekali termasuk dish rack, bottle rack, dish drawer dan pelbagai lagi. Ini bagi memudahkan pelbagai pinggan mangkuk serta keperluan memasak disimpan dengan baik.

Selain itu tall unit juga direka di bahagian bucu bagi memperbanyakkan lagi ruang penyimpanan. Bahagian tall unit juga dilengkapi aksesori bottle dan spice rack bagi memudahkan segala bahan-bahan memasak dapat diletakkan dengan sempurna. Di bahagaian bucu yang satu lagi pula dilengkapi dengan pull out dish rack dryer bagi memudahkan pinggan mangkuk yang baru dibasuh dikeringkan.

Dibahagian tingkap pula reakaan custome made blind dari rona putih diletakkan agar memudahkan kerja-kerja memasak di dapur. Ianya boleh digulungkan ke atas saat hendak membuka tingkap dan boleh dilepaskan ke bawah untuk lebih privasi. Blind dari jenis sintetik tebal ini mudah dicuci dan dibasuh, malah cukup mesra pada air...tiada masalah.

Seterusnya jom kita lihat team ZALDECO yang sibuk menyiapkan sentuhan di bahagian dapur basah ini.

Di bahagian yard pula turut dilengkapi dengan tempat penyidai boleh laras stenless steel dan dibahagian belakang pula dipasangkan grill serta awning polycarbonate bagi melengkapi sentuhan pada ruang ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Ruang Makan


Untuk ruang makan,selebriti pereka dalaman Faizal zain menggunanakan warna kuning terang sebagai warna tarikan feature wall. Di bahagian ini juga terdapat set meja makan custome made rekaan Faizal Zain menggunakan rona kayu disertakan dengan kerusi sebanyak 8 set rekaan Faizal Zain. Rekaan kali ini memberiakn kombinasi 6 set kerusi sandar dan 2 set kerusi berlengan yang diletakkan di bahagian bucu meja.

Meja makan custome made rekaan Faizal Zain yang kukuh kelihatan begitu utuh berbanding meja makan yang sedia ada yang dijual di kedai-kedai perabot. Pemilihan fabrik tebal ;embut untuk rekaan kerusi meja makan juga kelihatan begitu menyerlah dengan kombinasi coklat gelap dan rona berjalur-jalur.

Kerusi meja makan yang empuk ini menjadikan suasana menikmati hidangan bersama keluarga menjadi lebih selesa dan seronok. Di bahagian meja makan ini juga rekaan plaster ceiling L-Box dengan pencahayaan T5 menjadikan ruang makan tampil cukup menyerlah. Semestinya rekaan Faizal Zain sering tampil ringkas bersahaja tetapi penuh aura dekorasi.

Bunga lily hiasan meja makan utama menjadi tumpuan disertakan dengan table runner rona hijau cerah. Kombinasi ini tampil begitu segar dan nyaman sekali serta di lengkapi hiasan cermin besar pada bahagian feature wall. Teknik pencahayaan lainnya di bantu dengan penggunaan lampu lantai rinkas yang diletakkan di bahagian sudut dinding bagi mengimbangi sentuhan dekorasi.

Pada bahagian bersebelahan meja makan pula pereka dalaman Faizal Zain menggunakan runag tersebut sebagai ruang santai. Di sini pereka dalaman Faizal Zain mereka sebuah sofa ringkas L-shape bagi memenuhi keseluruhan ruang yang ada. Rekaan sofa santai ini juga menggunakan kombinasi yang seakan sama dengan set kerusi meja makan bagi menjelmakan keserasian ruang di antara keduanya.

Seterusnya jom kita lihat di antara foto-foto team ZALDECO yang sibuk menyiapkan sentuhan di ruang makan ini.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Bilik Tidur Utama

Untuk sentuhan dekorasi dan renovasi di bilik tidur utama pula, pereka dalaman Faizal Zain mengetengahkan rekaan moden minimalis tetapi menggunakan keseluruhan ruang yang ada agar tampil praktikal dalam memaksimumkan penguasaan ruang bilik. Bilik tidur ini juga dilakukan sedikit renovasi pada balkoni yang ada, iaitu memperbesarkan lagi ruang bilik sedia ada.

Pereka dalaman terkenal Faizal Zain memilih kombinasi warna biru lembut untuk bilik tidur utama ini. Warna biru dipercayai merupakan warna terapi yang boleh membangkit perasaan tenang dan damai dan amat sesuai untuk warna pada bilik tidur.

Sentuhan dekorasi di bilik tidur utama ini dilengkapi dengan penggunaan wallpaper dari rona biru lembut dengan corak ornament dan turut dilengkapi dengan rekaan built in wardrobe dari rona putih berjalur. Rekaan wardrobe yang ringkas dengan kombinasi kaca frosted menyerlahkan lagi suasana bilik ini. Begitujuga dengan penggunaan langsir. Custome curtain dari rona biru muda polos dan tebal menghiasi bilik ini menjadikan ianya satu kombinasi yang cukup baik.

Built in wardrobe direka dengan begitu terperinci sekali agara setiap ruang yang ada di dalam bilik tidur ini dapat digunakan sepenuhnya. Rekaan full height sungguh praktikal kerana membuatkan kita dapat menggunakan ruang penyimpanan semaksima yang mungkin.

Selain turut mendapat sentuhan penggunaan kertas dinding, untuk bilik tidur ini juga mendapat sentuhan rekaan custome katil queen saiz hasil rekaan Faizal Zain. Pereka dalaman Faizal Zain memilih fabrik baldu kelabu lembut untuk menjadi based dan headboard katil. Fabrik baldu kelabu lembut ini kelihatan sungguh mewah sekali dan menghasilkan permukaan bersinar saat ditempiasi cahaya lampu.

Sebelum bilik tidur utama ini tampil begitu menyerlah, team ZALDECO sibuk melakukan pelbagai sentuhan dekorasi dan renovasi. Jom kita ikut saat kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Taman Desa Mas 1, Bangi - Bilik Tidur Anak-anak

Untuk sentuhan di bilik anak-anak pasangan ini kombinasi warna unggu, merah jambu dan kelabu diadaptasikan pada bilik masing-masing berdasarkan warna kegemaran mereka. Untuk bilik ini, ianya dilengkapi dengan rekaan custome curtain dengan fabrik mewah 100% blackout tanpa telus cahaya diikuti lapisan day curtain polos putih bersih. Pada setiap bilik dihiasi dengan penggunaan wallpaper bagi membangkitkan aura dekorasi dan ditambah dengan teknik pencahayaan yang baik.

Warna-warna pastel dengan penggunaan custome made curtain rekaan Faizal Zain menjelmakan keperibadian setiap anak-anak untuk bilik masing-masing. Penggunaan wallpaper amat membantu dalam menyerlahkan lagi suasana bilik agar kelihatan lengkap dan berketerampilan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya

Sebuah banglo mewah yang terletak di Putrajaya iaitu Danau Mutiara yang dilengkapi dengan 8 bilik tidur ini telah pun mendapatkan sentuhan renovasi dan dekorasi keseluruhan oleh pereka dalaman terkenal Faizal Zain melalui syarikatnya ZALDECO. Di kediaman ini sentuhan dekorasi dan dekorasi dilakukan untuk kesemua ruang mengikut konsep yang tersendiri. Jom kita lihat satu persatu.



Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Bilik Tidur Anak-anak Perempuan

Untuk sentuhan di bilik anak-anak perempuan ini kombinasi warna kuning dan biru menjadi warna utama berdasarkan warna kegemaran masing-masing. Untuk bilik ini, ianya dikongsi seramai 2 beradik. Jadi untuk bilik yang agak besar ini memerlukan susun atur yang bijak agar pembahagian ruang cukup berjaya dalam menghasilkan suasana selesa untuk berkongsi.


Bilik ini dilengkapi dengan sebuah wardrobe besar dengan permukaan pintu gelongsor dari jenis cermin penuh. Turut dihiasi 2 unit meja belajar dengan warna kegemaran masing-masing. Meja belajar ini juga direka dwifungsi selain menjadi meja belajar ianya juga adalah sebagai pembahagi ruang.


Untuk sebuah lagi bilik untuk anak perempuan yang lebih ramaja, warna unggu dipilih sebagai warna tema. Bilik ini juga dilengkapi dengan rekaan wardrobe besar dengan pintu gelongsor dari jenis cermin, dihiasi juga dengan meja belajar serta sebuah buit in book rack yang terletak di bahagian balkoni bilik ini.


Warna-warna lembut dan ceria dipilih bersesuaian dengan usia si penghuni bagi menghidupkan suasana yang tenang dan santai di bilik tidur masing-masing. Untuk kesemua bilik tidur ini, Faizal Zain menghasilkan rekaan langsir dengan warna tema masing-masing dengan fabrik 100% blackout disertai dengan lapisan sheer ringkas putih susu. Langsir yang tebal amat sesuai diletakkan di bilik tidur agar cahaya matahari dapat dilindungi jika anda masih mahukan suasana gelap saat hari sudah siang dan panas.


Maka marilah kita lihat kerja-kerja sewaktu team ZALDECO sibuk menyiapkan kedua-dua bilik ini sehingga menghasilkan satu sentuhan yang cukup menarik dan ceria.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Bilik Tidur Utama


Untuk sentuhan dekorasi dan renovasi di bilik tidur utama pula, pereka dalaman Faizal Zain mengetengahkan rekaan moden minimalis tetapi menggunakan keseluruhan ruang yang ada agar tampil praktikal dalam memaksimumkan penguasaan ruang bilik. Bilik tidur ini juga terdapat 2 buah balkoni, satu sebuah balkoni bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil serta sebuah bilik air yang tidak kurang besarnya.


Bilik tidur utama ini asalnya terbuka luas tanpa sempadan jadi agak sukar jika pemilik kediaman ini tidak menggunakan idea ZALDECO dalam menatahias bilik tidur yang besar seperti ini. Jadi ruang yang besar telah dibahagikan kepada beberapa ruang agar bilik tidur yang besar ini mempunyai pelbagai ruang yang saling melengkapi.


Antara pembahagi ruang yang direka cipta termasuklah sebuah wall tv rack divider yang menjadi pembahagi antara kawasan letaknya katil dan juga tempat bersiap dan meletakkan pakaian. Rekaan ini juga didatangka bersama dengan sebuah wall book divider. Ianya direka hingga ke paras siling dan dilengkapi dengan pintu-pintu kecil yang di mana di dalamnya adalah ruang-ruang penyimpanan terutama untuk meletakkan buku-buku dan bahan bacaan.

Di hujung katil juga kami hasilkan sebuah set study table yang lengkap dengan wall unit. Ini amat praktikal untuk tuan rumah yang mungkin ada masanya perlu menghabiskan masa dirumah untuk menyiapkan kerja-kerja dari pejabat.


Pada asasnya bilik tidur utama ini dihiasi dengan langsir rekaan kami yang amat tebal iaitu 100% dari jenis blackout fabrik dari koleksi bewarna maroon. Warnanya yang mewah dan kombinasi yang tenang memperlihatkan bilik ini tampil menjadi bilik tidur yang selesa.


Tidak lupa di sebahagian ruang lagi kami lengkapi dengan rekaan wardrobe pasang siap L-shape yang cukup besar. Kesemua pintu wardrobe ini kami gunakan dari jenis kaca cermin agar menampkan ilusi ruang yang cukup hebat. Di sebahagian ruang yang telah kami bahagikan tadi, kami reka pula satu ruang untuk bersolek dan meletakkan pelbahagai keperluan berdandan. Ruang ini tersorok dan tampil lebih privasi bagi si isteri bersolek dan bersiap-siap.


Gabungan warna krim, maroon dan putih cukup menyerlahkan rekaan kami untuk ruang bilik tidur ini. Sudut pencahayaan juga tidak dilupakan apabila sebuah lampu lantai diletakkan bagi menaikkan seri ruang.


Jadi jom kita lihat gambar-gambar seterusnya yang memperlihatkan kerja-kerja team ZALDECO yang sedang sibuk menyiapkan sentuhan untuk bilik tidur utama ini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Bilik Tidur Anak Lelaki


Menghiasi bilik si bujang amat memerlukan penataan dekorasi yang bijak justeru itu pereka dalaman terkenal Faizal Zain melakukan penyelidikan terlebih dahulu dan cukup berhati-hati bagi menghasilkan sentuhan untuk citarasa si bujang yang adakalanya sukar dijangka.


Untuk bilik anak bujang ini, Faizal Zain menggunakan pendekatan rekaan yang lebih ringkas dan penggunaan warna yang menjelmakan sisi kelelakian. Penggunaan warna silver ataupun perak akhirnya dipilih bagi melatari keseluruhan ruang bilik ini.


Bilik tidur si bujang ini dihiasi dengan rekaan study table yang memanjang memenuhi ruang. Rekaan ini sahaja dimaksimumkan kerana ada kalanya sibujang kurang gemar menyusun atur perkakas membuatkan mereka memerlukan ruang yang lebih luas. Selain berfungsi sebagai study table ianya juga boleh dijadikan tempat meletak tv atau permainan video memandangkan sebahagian dari mereka gemar bermain game dan menghabiskan masa di dalam bilik tidur.


Bilik ini juga dilengkapi dengan sebuah balkoni tinjauan. Daripada pintu gelongsor sehingga kesemua tingkap yang ada, rekaan langsir dari fabrik satin tebal berwarna perak menghiasi keseluruhan bilik ini.


Bilik ini juga dilengkapi dengan wardrobe besar dengan pintu berkaca bagi menghasilkan ilusi yang lebih luas. Selain wardrobe ini, bilik ini juga direka dengan walk in wardrobe yang terletak di hadapan pintu bilik air. Walk in wardrobe selalunya lebih privasi bagi sibujang bersalin dan mengenakan pakaian.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Ruang Tamu


Bagi ruang tamu pula rekaan custome made set sofa dan stool direka dari koleksi fabrik bald lembut dan tahan lasak dari kombinasi warna jalur-jalur maroon dan coklat. Dipadankan pula dengan rekaan rak tv yang dilekatkan terus pada dinding dari rekaan ringkas menggunakan warna coklat walnut bagi disedondonkan dengan warna set sofa.



Selain itu kertas dinding daripada koleksi glitter & shinning dipilih untu dilekatkan pada dinidng utama sebagai titik tumpu perhatian. Kertas dinidng ataupun wallpaper dari jenis ini akan kelihatan berkilat-kilat saat terkena pantulan cahaya lampu. Hiasan lampu gantung juga tidak dilupakankan untuk menghiasi ruang tamu ini.


Dua warna langsir dipilih, iaitu warna coklat mewah berkilat dari fabrik satin tebal untuk ruang tamu utama dan warna hijau jambu air pula dipilih bagi menghiasi sebahagian ruang lagi. Langsir tebal ini menyerlahkan lagi kemewahan sesebuah kediaman.


Kediaman ini juga menggunakan hampir 15 unit pendingin hawa bagi mendapatkan suasana nyaman dan bersih untuk ruangan dalaman rumah. Pembahagi dengan rekaan istimewa bertingkat juga diletakkan di antara ruang tamu utama dan ruang makan bagi memisahkan kedua-dua ruang ini yang asalnya terbuka luas tanpa sempadan.


Jom kita lihat kesibukan team ZALDECO dalam memberikan hasil terbaik dalam setiap sentuhan untuk kepuasan pelanggan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Ruang Dapur Kering & Basah


Ruang dapur semestinya menjadi ruang yang penting dalam sesebuah kediaman, tidak hairanlah mengapa sehingga kini rata-rata pelanggan amat mempercayai kredibiliti ZALDECO dalam menghasilkan sentuhan yang sempurna berlandaskan lebih dari sedekad pengalaman syarikat kami dalam perniagaan ini.


Untuk kediaman ini terdapat dua ruang dapur iaitu ruang dapur kering dan ruang dapur basah. Pada bahagian ruang dapur basah, pereka dalaman Faizal Zain menggunkan warna coklat dan krim, menterjemahkan dua kombinasi warna gelap dan terang dalam menjadikan ruangan dapur tampak menarik.


Manakala untuk ruang dapur kering pula kombinasi dari gabungan warna hujau terang dan putih menghasilkan suasana yang lebih moden dan segar.


Jom kita ikuti gambar-gambar kesibukan team ZALDECO semasa menyiapkan ruang dapur ini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Danau Mutiara, Putrajaya - Ruang Makan


Baiklah semua runag sudah disentuh, kini tiba masa pula untuk ruang makan. Di ruang ini direkakan sebuah meja makan custome made dengan rekaan corak kayu yang agak 'rare' atau pun pelik hasil cetusan idea pereka dalaman Faizal Zain.



Kemudian dipadankan pula dengan hiasan meja dari gubahan bungaan segar, dari koleksi bunga lily import yang berkualiti. Kebiasaan hiasan bunga hidup tidak dapat bertahan lama, jadi disamping itu pereka dalaman Faizal Zain juga turut menghiasi satu lagi hiasan bunga plastik yang juga menggunakan bunga lily tiruan.


Meja makan yang direka khas ini boleh menampung sehingga 8 orang membuat kan rekaan custome made kerusi makan juga dihasilkan sendiri. Pereka dalaman Faizal Zain mencipta 6 kerusi dengan tempat sandaran yang tinggi manakala 2 buah lagi kerusi berlengan. Dua kombinasi warna dipilih iaitu dari warna coklat dan hiaju epal yang menyerlahkan lagi suasana.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Park Home


Sentuhan Dekorasi Di Tiara Parkhomes - Ruang Tamu

Seorang pelanggan datang kepada kami dan menyatakan hasrat mahu melihat sebuah kediaman yang baru dimilikinya menjadi sebuah mahligai impian. Sebuah kondominium mewah yang terletak di Kajang dengan keluasan 1500 kaki persegi akhirnya mendapat sentuhan pereka dalaman terkenal tanah air iaitu Faizal Zain bersama syarikatnya ZALDECO.

Menyerahkan keseluruhan ruang rumah kepada Faizal Zain untuk suatu cetusan magis, akhirnya kini keseluruhan rumah sudah menjelma seperti mana yang diimpikan. Lihat kronologi rekaan kami yang meliputi setiap bahagian di dalam rumah ini.

Untuk ruang tamu, Faizal Zain memilih konsep segar dengan mengetengahkan warna hijau sebagai warna utama. 

 
 

Hasil rekaan ini sungguh eksklusif apabila hampir kesemua perabot adalah rekaan custome oleh pereka dalaman Faizal Zain dan bukan dibeli dari mana-mana kedai perabot. Hiasan kelihatan mewah tetapi elemen moden masih diterapkan buat kediaman ini untuk citarasa pemilik kediaman ini yang masih muda.

 
 
 

Faizal Zain menghasilkan rekaan sofa 3 tempat duduk beserta 2 armchair serta 1 ottoman, semuanya dengan permukaan fabrik baldu lembut hijau muda dan baldu berbulu hijau tua. Keselesaan dan kelainan sofa cukup terserlah. Bukan itu sahaja, meja kopi juga direka sendiri oleh Faizal Zain dengan menggunakan medium yang sama iaitu baldu hijau dengan batu-batu kristal beserta permukaan becermin. Ini membuatkan ianya lain dari yang lain.

 
 
 

langsir custome made mewah dari dua warna dengan lapisan langsir jarang menghiasi laluan ke bahagian balkoni. Rak tv juga direka amat berlainan sekali bagi menjelmakan elemen moden yang tersendiri. Keseluruhan  dinding ruang tamu dihiasi dengan 3 corak wallpaper dari koleksi 'glitter' yang boleh memantulkan kilatan apabila terkena cahaya.

 
 

Keseluruhan lantai ruang tamu juga menggunakan lantai kayu lamina dari corak urat kayu dengan skirting lebih gelap bagi menghasilkan kontras. L-box dan plaster ceiling melitupi keseluruhan raung siling bagi raung tamu ini.

 
 
 
 

Pengcahayaan dari L-box dan downlight menjadikan suasana lebih mewah. Dari sebuah kediaman kosong, Faizal Zain menjadikannya sebuah mahligai dengan perancangan kerja-kerja renovasi dan dekorasi yang terperinci bersandarkan pengalaman luasnya lebih sedekat dalam dunia rekaan dalaman.

 
 
 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Parkhomes - Bilik Tidur Utama

Pereka dalaman kami, Faizal Zain memang bergitu pakar dalam menghadirkan aura buat bilik tidur. Sentuhannya telah menghiasi ratusan bilik tidur pelanggan dari golongan selebriti, vviip, kenamaan mahupun golongan biasa. Jadi pelanggan kami ini bergitu teruja untuk mendapatkan sentuhannya dalam menghasilkan sebuah bilik tidur yang penuh elemen eksklusif dan kelihatan mewah.

 
 

Warna unggu digunakan oleh Faizal Zain untuk menjadi warna utama bilik ini. Keseluruhan dinding bilik ini dilitupi oleh 2 rekaan wallpaper yang menghasilkan pantulan 'glitter' tatkala terkena cahaya.

 
 

Wardrobe berbetuk L menghiasi keseluruhan bilik ini. Direka bersambung antara tv shelve, meja solek dan lamari pakaian. Rekaan wardrobe berwarna putih dengan sebahagian permukaan pintu menggunkan frosted glass. Hiasan cadar dan bantal juga dipilih bersesuian dengan tema yang ingin disampaikan.

 
 

Teknik pencahayaan juga dilakukan dengan teliti. Lampu utama menggunakan downlight dari plaster ceiling dan dibantu oleh dua lampu sisi kristal yang kelihatan cukup mewah. langsir untuk bilik tidur ini dari koleksi fabrik tebal bewarna unggu kelihatan cukup indah sebagai padanan keseluruhan ruang.

 
 
 
 

Untuk pelanggan ini, rekaan katil juga dihasilkan secara custome made oleh Faizal Zain bagi menjelmakan kelaian. Kepala dan badan katil dari baldu unggu membuatkan katil ini cukup peribadi dan tidak terdapat di mana-mana kedai. Kepala katil di reka tinggi dengan dihiasi batu-batu kristal bagi menghasilkan sentuhan mewah.

 
 
 

Rekaan katil juga didatangkan sekali dengan dua rekaan meja sisi dari baldu unggu dan batu krital. Bahagian atasnya diletakkan kepingan kaca. Kedua-dua meja sisi ini juga dilengkapi dengan ottoman yang diletakkan di kaki katil sebagai tempat duduk santai di dalam bilik ini.

 
 

Bilik utama ini mendapat sentuhan sepenuhnya oleh kami dengan penghasilan wardrobe, plaster ceiling, langsir custome made, katil, meja sisi dan ottoman custome made, wallpaper, lantai kayu lamina, pengcahayaan dan lampu, wiring dan penghawa dingin dan banyak lagi.

 
 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Parkhomes - Dapur Kering & Dapur Basah

Bagi ruang dapur pula, Faizal Zain menggunakan lebih sedekat pengalamannya dalam dunia rekaan bagi menghasilkan dua ruang dapur yang lebih sempurna. Bermula dengan kerja-kerja renovasi, termasuk pemecahan dinding, penyambunagn dinding, membina ruang pintu, membina ruang tingkap, akhirnya ruang dapur yang terhad ini dapat dibahagikan menjadi dua, iaitu untuk ruang dapur kering dan basah.

 
 

Ruang dapur kering direka secara 'open kitchen' yang bersambung terus dengan ruang makan. Rekaan ringkas tetapi moden menyerlahkan lagi keterampialn dapur ini. Hitam dan putih menjadi warna utama buat kabinet dapur. Untuk lantai di ruang dapur kering, lantai kayu lamina dari corak urat kayu dipilih dan lantai untuk ruang dapur basah pula jubin hitam berkilat menjadi pilihan. Divider dengan tiang kayu sebanyak 5 tiang diletakkan disisi dapur bagi menutup sedikit laluan dari pintu masuk utama.

 
 

Pada bahagian dapur basah, rekaan lebih ringkas tetapi cukup praktikal untuk suasana memasak. masih menggunakan warna hitam dan putih ruang dapur memasak juga direka beserta dengan ruangan membasuh.

 
 
 

Kerja-kerja renovasi dilakukan dengan terperinci oleh team ZALDECO, bagi memastikan plug point, ligthing dan punca saluran air semuanya terletak pada tempat yang strategik dan menghasilkan sebuah rekaan yang sempurna.

 
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Parkhomes - Ruang Makan

Untuk ruang makan, pelanggan kami ini mahukan kelainan. Beliau mahu ruang makannya kelihatan moden tetapi mewah dan tidak terlalu sarat. Jadi pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan sendiri rekaan meja makan custome made dan set kerusi custome made.

 
 

Meja makan dengan permukaan solid surface ini direka melengkung dan bersambung terus dengan island yang terletak di dry kitchen. Faizal Zain menggunakan warna krim dan hijau sebagai warna utama dalam rekaan ruang ini.

 
 

Table setiing juga dihasilkan oleh pereka dalaman kami, agar suasana meja makan kelihatan lebih menarik dengan susunan pinggan dan gubahan bunga. Bunga dan buah artificial menghiasi tengah meja untuk menjadi titik tumpu utama hiasan table setting.

 
 

Ruang makan juga dihiasi rekaan L-box dan plaster ceiling. Bahagian lantai pula dihiasi laminate floor dengan corak urat kayu bagi menjelmakan suasana lebih mewah.

 
 

Rekaan meja makan custome made dan kerusi makan custome made oleh Faizal Zain membuatkan ianya cukup eksklusif dan istimewa buat pelanggan ini. fabrik baldu dengan warna krim serta corak berjalur coklat dan hijau dipilih untuk melitup set kerusi ini

 
 
 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Parkhomes - Bilik Pejabat

Pelanggan kami ini gemar menghabiskan masa dirumah bagi menyiapkan kerja-kerja pejabatnya, lalu meminta kami menghasilkan satu sentuhan 'pejabat mini di rumah' untuk salah satu bilik di dalam kediaman ini. Pereka dalaman kami, Faizal Zain menggunakan sentuhan warna hitam dan putih sebagai warna utama untuk bilik pejabat ini. Tampil dengan sentuhan ringkas bersahaja, namun segala kelengkapan di dalamnya membuatkan anda berasa seperti di dalam pejabat sebenar.

 
 

Sentuhan Faizal Zain dengan gabungan wallpaper millenium hitam dan perak menimbulkan suasana korporat. Bilik ini dilengkapi dengan rekaan rak lekat pada dinding memudahkan peyimpanan buku-buku, file dan barang-barang lainnya. Sebuah rak buku dengan cermin frosted menghiasi penjuru bilik. Rak dengan raung penyimpanan luas ini memudahkan untuk menyimpan segala keperluan pejabat.

 

 
 

Sebuah meja panjang dengan bentuk L berlaci menjadi item utama bilik ini. Meja ini memudahkan pelanggan kami meletakkan komputer dan sebagainya. penambahan plug point juga amat perlu kerana selalunya bilik pejabat memerlukan sumber elektrik yang banyak kerana penggunaan komputer, printer dan sebagainya.

 
 

Langsir polos bercorak hitam matelik rekaan khas Faizal Zain bagi menampakkan bilik ini cukup eksklusif dengan padanan wallpaper yang boleh menghasilkan ilusi 3 dimensi apabila terkena pantulan cahaya.

 
 
 

Bilik pejabat ini juga dilitupi keseluruhannya dengan lantai kayu lamina dari warna terang, agar bilik yang terhad ini kelihatan lebih luas.

 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Parkhomes - Bilik Anak

Bilik anak juga jangan diabaikan dalam sentuhan dekorasi kediaman. Bilik anak yang cantik dan ceria akan membuatkan anak anda berasa selesa untuk bermain dan tidur di dalamnya. Untuk bilik anak ini pereka dalaman Faizal Zain menghasilkan satu sentuhan ringkas tetapi penuh ceria. Warna biru dipilih kerana warna biru muda merupakan antara warna yang sesuai buat bilik kanak-kanak.

 
 
 
 
 
 

Dengan team ZALDECO, bilik anak ini di hiasi dengan pemasangan lantai kayu lamina dari warna terang, plater ceiling dengan 4 downligt, rekaan langsir custome made berwarna biru polos, hiasan dinding dengan wallpaper dari corak kartun ceria, pemasangan wardrobe dua pintu dengan dua pintu cermin dan perabot kanak-kanak.

 
 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Parkhomes - Bilik Air

Dalam sesebuah kediaman, bilik air juga memainkan peranan yang penting. Bilik air yang bersih dengan rekaan ringkas tetapi parktikal akan membuatkan anda berasa selesa berada di dalamnya walaupun keadaannya agak sempit dan terhad. 

 
 
 

Hasil sentuhan Faizal Zain bersama team ZALDECO, menjadikan bilik air sempit ini semaksima yang mungkin dengan rekaan cermin pengadang tempias, sinki bowl empat segi, cabinet aluminium di bawah sinki, cermin muka dengan tempat penyimpanan, pilihan jubin lantai dan dinding dan pencahayaan terang.

 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Tiara Parkhomes - Balkoni

Untuk ruang balkoni yang asalnya kelihatan hambar, sentuhan Faizal Zain akhirnya menjadikan ruangan balkoni kediaman ini sebuah ruang berehat yang santai dan ringkas.

 
 

Dengan buaian beserta bantak custome made rekaan Faizal Zain, dihiasi pula dengan pokok-pokok renek menghijau, pasti momen berehat menjadi lebih bermakna.

 
 

Keseluruhan jubin lantai ruang balkoni ini ditukar menggunakan teknik decking. Dencking kami menggunakan kayu chengal bermutu yang tahan pada air dan cahaya. Sapuan cat kilat mengakhiri kerja-kerja pemasangan decking membutakan lantai ruang balkoni ini tampil lebih menarik.

 
 
 

Dari sebuah ruang hambar, balconi di kediaman pelanggan ini bertukar menjadi ruang yang lebih istimewa dengan kepakaran ZALDECO.

 
 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Kediaman Selebriti Chef Dato Jaafar Onn


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Vista Alam, Shah Alam - Ruang Tamu, Ruang Makan & Bilik Tidur

Satu pasangan muda yang baru berkahwin membeli sebuah soho yang terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam, amat menginginkan sentuhan pereka dalaman terkenal tanah air, Faizal Zain bagi menatahias kediaman baru mereka agar tampil lebih menarik lalu mereka mendapatkan perkhidmatan ZALDECO sepenuhnya.


Akhirnya inilah hasilnya. Cukup menyerlahkan segenap ruang yang ada, pereka dalaman Faizal Zain membawakan sentuhan ringkas dan moden buat kediaman soho ini agar bersesuaian dengan cara hidup bandar yang serba minimalis.


Pengunaan warna krim dan merah menguasai hasil sentuhan ini. Pemilihan warna cat dan kerja-kerja mengecat dilakukan dengan terperinci oleh ZALDECO agar kesinambungan warna akan kelihatan senada buat rumah yang bersambung terus antara ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur ini.


Segenap ruang yang ada diletakkan cermin termasuk di bahagian dinding ruang tamu dan keseluruhan pintu wardrobe. Penggunaan cermin terpaksa di maksimumkan untuk ruang terhad ini kelihatan lebih besar. Bagi mengurangi impak ilusi. Faizal Zain menggunakan cermin lepaan gelap bagi cermin di bahagian ruang tamu.


Ruang bilik yang terhad juga di gunakan sepenuhnya oleh Faizal Zain dalam rekaan wardrobenya bagi memaksimumkan penggunaan. Di atas kepala katil juga diletakkan rekaan wardrobe shelve bagi memperbanyakkan lagi ruang penyimpanan.


Bilik air juga dihiasi oleh Faizal Zain dengan ruang penyimpanan bercermin bagi memudahkan segala keperluan dibilik air. Warna terang digunakan untuk keseluruhan ruang bilik air agar ianya tampil lebih luas dan segar.


Teknik pencahayaan juga dihasilkan dengan rapi temasuk lampu hiasan dan lampu di sekeliling l-box pada plaster siling. Rekaan plaster siling yang ringkas menjelmakan citarasa moden hari ini. Ikutilah gambar-gambar selanjutnya dari susunan sesudah siap sehingga dari awal kerje-kerja bermula. Seluruh kediaman ini menggunakan khidmat ZALDECO sepenuhnya seperti pemasangan lantai kayu lamina, kerja-kerja wiring, kerja-kerja mengecat, pemasangan wardrobe, pemasangan cermin besar pada dinding, langsir custome made, teknik lampu, plaster siling dan l-box, hiasan dekorasi, kabinet dapur, rekaan bilik air dan sebagainya lagi.


Kerja-kerja dilakukan dengan penuh teliti bagi memastikan hasil yang memuaskan. Pemasangan wardrobe besar pada bahagian bilik tidur dengan keseluruhan pintunya adalah cermin adalah bagi menghasilkan ilusi ruang yang lebih luas.


Rekaan ringkas plaster siling dan l-box menepati ruang yang terhad ini agar hiasan siling tidak terlalu sarat dan kelihatan berlebihan.


Pengalaman luas ZALDECO bersama pereka dalaman terkenal Faizal Zain sering menampilkan rekaan hiasan dalaman yang memukau mata memandang. Lihat dan bandingkanlah ruang ini sebelum dan selepas mendapat hasil sentuhan kami.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Vista Alam, Shah Alam - Ruang Dapur


Untuk ruang dapur yang terhad buat kediaman soho ini pula pereka dalaman Faizal Zain menggunakan kemasan warna hijau muda bagi menghasilkan suasana segar dan terang sekaligus dapat menjadikan ruang kelihatan lebih besar.


Segala ruang yang ada digunakan sepenuhnya untuk rekaan kabinet dapur jenis memanjang ini agar setiap inci ruang yang ada dapat memberikan manafaat dan tiada pembaziran ruang yang berlaku.


Rekaan ringkas ini walaupun terletak pada ruang yang sempit, ianya kelihatan amat praktikal dan cukup selesa sekali saat melakukan aktiviti memasak di dapur. Inilah keseluruhan sentuhan ZALDECO buat kediaman soho ini meliputi ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan juga dapur.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Bukit Kuda

Sentuhan Dekorasi Di Bukit Kuda - Ruang Tamu

 
 

Seorang pelanggan kami yang menetap di sebuah flat di Bukit Kuda menyatakan hasrat untuk mengubah kediaman flatnya menjadi seperti sebuah kondominium mewah, Beliau mendapatkan sentuhan pakar, pereka dalaman terkenal Faizal Zain untuk merealisasikan impiannya.

 
 

Faizal Zain tampil dengan cetusan idea menggunakan warna merah, hitam, kelabu dan putih sebagai kombinasi warna utama untuk menghiasi ruang ini dengan menggunakan elemen moden kotemporari dan sedikit sentuhan pop.

 
 

Kediaman ini mendapat sentuhan kerja-kerja mengecat, wiring, pemasangan kertas dinding dari koleksi 3 dimensi yang menjelmakan pantulan, pemasangan lantai kayu lamina, pemasangan L-box dan lighthing bagi seluruh ruang siling dan semua kerja-kerja lainnya.

 
 
 

Faizal Zain juga mencipta langsir custome made dari koleksi fabrik kilauan perak kusam, agar memberikan suasana yang lebih tenang dan dipadankan dengan kertas dinding dari tona warna sedondon. Hiasan dinding seperti kanvas lukisan, cermin dan jam dinding semuanya disediakan oleh Faizal Zain.

 
 
 

Kerja-kerja pemasangan kertas dinding dilakukan pada dua bahagian, manakala pemasangan lantai katu lamina pula pada keseluruhan ruang.

 
 

Pengunaan warna panas seperti merah menyuntik elemen tenaga dan moden, bersesuaian dengan pemilik kediaman ini yang masih muda dan berkaliber.

 
 
 

Set sofa lama dan kerusi ottoman yang sudah lapuk dan lusuh mendapat sentuhan Faizal Zain untuk ditukar span dan fabriknya. Faizal Zain memilih fabrik baldu berjalur merah dan hitam dan kerja-kerja penjahitan semula set sofa berkenaan dilakukan dengan teliti.

 
 
 

Inilah keadaan asal set sofa dan ottoman lama yang sudah lusuh sebelum mendapat sentuhan semula pereka dalaman terkenal Faizal Zain. Lihatlah suasana asal kediaman ini yang hambar, akhirnya bertukar secara drastik kepada suasana yang lebih hebat hasil sentuhan Faizal Zain dan team ZALDECO. 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Bukit Kuda - Ruang Makan

 
 

Bahagian ruang makan masih mengekalkan elemen dan warna yang sama dengan ruang tamu oleh kerana ruang yang terhad. Namun sentuhan dekorasi pereka dalaman Faizal Zain berjaya mencipta suasana santai dan serba ringkas di ruang ini.

 
 
 

Table setting tidak dilakukan buat meja makan ini kerana bersaiz kecil, tetapi sedikit sentuhan dekorasi di atas meja makan ini sudah cukup membuatkan ianya menyerlah.

 
 

Proses dekorasi dilakukan berperingkat setelah pemasangan kertas dinding, lantai kayu lamina, selepas semua cat kering dan juga selepas semua perabot di masukkan semula.

 
 

L-box di bahagian siling menyerlahkan lagi ruang makan ini diikuti pemasangan lantai kayu lamina dari corak terkini memberi satu suasana yang cukup berlainan.

 

Keadaan asal ruang makan milik pelanggan ini kelihatan hambar, namun lihatlah perbezaannya setelah mendapatkan sentuhan ZALDECO.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Bukit Kuda - Bilik Tidur

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Bandar Tun Razak - Ruang Tamu


Mendambakan sebuah ruang tamu yang mempunyai aura dan citarasa, pelanggan kami yang memilik kediaman di Bandar Tun Razak ini membuat pilihan bijak apabila mendapatkan sentuhan pereka dalaman Faizal Zain untuk menatahias kediaman beliau.


Sebuah ruang tamu yang agak terhad ini, dibahagikan menjadi dua ruang dengan rekaan divider tv shelve oleh Faizal Zain. Pemisah ruang ini menjadi titik tumpu utama apabila membezakan ruang tetamu dan ruang santai keluarga.


Faizal Zain menggunakan warna biru nilai sebagai warna utama dalam sentuhan kali ini. Warna biru nilam mudah menghasilkan suasana santai dan tenang tambahan lagi dengan suasana pencahayaan yang redup dan suram menghasilkan aura mendamaikan.


Hampir keseluruhan item dekorasi seperti pasu kaca, bunga hiasan, lampu meja dan selainnya menggunakan warna biru nilam bagi mendapatkan keserasian sentuhan dan kelihatan sedondon.


Warna kelabu pula dipilih sebagai warna sampingan dan penyokong dalam sentuhan ini. Warna kelabu menjadi pilihan buat set sofa, langsir dan beberapa item lainnya.


Untuk pelanggan ini Faizal Zain menghasilkan rekaan sofa custome made dengan berbentuk L. Rekaan khas Faizal Zain kali ni menggunakan fabrik baldu lembut dari koleksi warna silver dan hitam. Dipadankan dengan bantal kecil biru nilam, hitam dan unggu terang bagi menghasilkan suasana serba moden.


Kerja-kerja merangkumi pemasangan lantai kayu lamina, cat dinding, pendawaian dan lampu, memasang wallpaper, memasang divider tv shelve, rekaan custome made sofa oleh Faizal Zain, pemasangan langsir dan item-item dekorasi yang lain.


Pengalaman luas Faizal Zain dalam dunia rekaan dalaman bersama syarikat ZALDECO membuatkan kami sering menjadi rujukan dan sering dipilih pelanggan tidak kira status dan jenis kediaman bagi mendapatkan sebuah sentuhan dekorasi terbaik buat kediaman masing-masing.


Pereka dalaman Faizal Zain mudah menyelami kehendak pelanggan dan sering menghasilkan sentuhan dekorasi diluar jangkaan. Rekaannya yang ringkas dan bersahaja tetapi mempunyai nilai-nilai sentuhan dekorasi yang tinggi membuatkan pelanggan tidak pernah putus-putus mendapatkan hasil sentuhannya.


Lihatlah hasil sebelum dan selepas sentuhan oleh Faizal Zain yang nyata membuatkan sesiapa sahaja yang melihatkan terkesima akan keindahan sentuhannya.



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Cheras - Bilik Belajar


Seorang pelanggan kami buntu akan memikirkan bagaimana menjadikan sebuah ruang stor yang kecil kepada sebuah ruang yang boleh di gunakan sebagai ruang pejabat kecil di rumah atau runag untuk belajar bagi anak-anak, atau lebih mudah dikenali sebagai bilik study. Beliau menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada pereka dalaman terkenal Faizal Zain untuk memanfaatkan ruang yang ada.


Faizal Zain akhirnya tampil dengan sebuah sentuhan ringkas namun memaksimumkan sepenuhnya penggunaan ruang terhad ini. Kerana ruang yang agak terhad pemilihan warna cerah amat membantu untuk menghasilkan ilusi terang dan luas, jadi pemilihan warna putih dan kelabu cair menjadi warna utama.


Hiasan meja yang minimalis memberikan lebih ruang untuk melakukan kerja-kerja atau mengulangkaji pelajaran di atas meja berbentuk L ini. Bidai fabrik putih menjadi pilihan bagi diletakkan di bahagian tingkap untuk melindungi bias cahaya matahari yang masuk.


Kerja-kerja keseluruhannya termasuklah mengecat dinding di bahagian yang rosak, menampal wallpaper, memasang lantai kayu lamina dari koleksi warna terang, memasang custome made study table berbentuk L dengan permukaan milamin putih dan kerja-kerja dekorasi yang lainnya.


Lihatlah bagaimana ZALDECO menghiasi sesuatu ruang hambar menjadi sebuah ruang yang bermanfaat. Bersama cetusan idea Faizal Zain bersama tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Seksyen 18, Shah Alam

Mengimpikan sebuah kediaman dengan sentuhan pereka dalaman memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Tidak kira apa jua jenis kediaman samada kediaman baru mahupun kediaman lama, jika di dalamnya punya sentuhan pereka pasti segalanya menyerlah.

Sebuah perumahan teres 2 tingkat yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam ini bukanlah kawasan perumahan baru, jadi dengan memilih untuk mendapatkan sentuhan dekorasi pastinya suasana kediaman akan tampil dengan imej baru yang lebih segar justeru itu pemilik kediaman ini mendapatkan sentuhan pereka dalaman Faizal Zain dari ZALDECO bagi menjelmakan sebuah kediaman lama kepada citarasa yang lebih baru dan menyerlah.


Untuk ruang tamu, pereka dalaman Faizal Zain menggunakan kombinasi 'earth tone' namun dalam rona yang lebih terang. Sofa 3 tempat duduk bewarna kuning pisang menjadi titik tumpu beserta dengan kehadiran kertas dinding dari koleksi 'glitter' yang mempunyai effect kerpilan dan bercahaya saat terkena pantulan lampu. Kertas dinding dengan 2 corak pilihan melatari hampir keseluruhan ruang tamu sehingga ke ruang makan. Mengekalkan konsep moden kotemporari, kesemua perabot pilihan Faizal Zain adalah dari jenis ringkas dan polos.


Di ruang makan Faizal Zain meletakkan set meja makan dengan 6 tempat duduk dari material kaca hitam berkilat. Hiasan meja juga tampil ringkas dengan jambangan bunga dari rona jingga hangat untuk menjadi daya tarikan.


Pencahayaan memainkan peranan penting dalam sentuhan dekorasi jadi 2 buah lampu lantai diletakkan di sisi sofa untuk mendapatkan sentuhan yang lebih tersusun. Lampu juga dihias semula oleh Faizal Zain dengan gaya kretivitinya sendiri dengan meletakkan gelungan bunga-bungaan bagi menambah seri lampu yang polos.


Untuk bilik anak lelaki pula warna hijau pucuk pisang menjadi warna utama pilihan pereka dalaman Faizal Zain dalam melahirkan suasana ceria buat si manja ini yang berkongsi bilik tidur bersama-sama.


Sebahagian dinding dihiasi dengan wallpaper bercorak geometri hijau dan biru muda dan sebahagian lagi di cat semula dengan warna hijau pucuk pisang.


Dua set katil putih melengkapkan bilik adik beradik ini dihiasi cadar dengan rona kartun penuh ceria. Di penjuru bilik diletakkan 2 set almari pakaian bersaiz kanak-kanak bagi memudahkan mereka berdua mencapai segalan pakaian dan keperluan.


Untuk bilik yang terhad ini tidak banyak yang dapat diletakkan namun dengan pemilihan perabot yang minimalis dengan susun atur yang bijak dapat menghasilkan sentuhan dekorasi yang sempurna. Dari sebuah bilik tidur yang hambar kini bertukar kepada sebuah bilik tidur yang penuh ceria buat sepasang adik beradik lelaki ini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Kajang Perdana


Selesai sudah kerja-kerja makeover di sebuah kediaman pelanggan kami di Kajang Perdana. Sentuhan makeover bukan mudah, bagi yang tidak berpengetahuan dan kurang pengalaman,ianya memang boleh dilakukan sendiri namun hasilnya masih kurang impak.


Seperti pelanggan ini yang cuba menghasilkan dekorasi kediaman dengan sentuhan sendiri, akhirnya mengalah apabila masih tidak berpuas hati dengan sentuhan dekorasi sendiri dan terus mendapatkan pandangan pereka dalaman terkenal tanah air, Faizal Zain dari ZALDECO INSPIRATIONS.


Pereka dalaman Faizal Zain yang hadir kelokasi kediaman pelanggan terus membuat analisa tentang dekorasi sedia ada. Tenyata pilihan corak wallpaper, gabungan perabut, susun atur dan teknik pencahayaan gagal ditampilkan dengan sempurna. Lalu pereka dalaman Faizal Zain mengubah keseluruhan ruang ini daripada tema asal iaitu warna coklat dan kuning kepada tema baru dengan gabungan warna unggu dan hitam.


Tema asal di kediaman pelanggan kelihatan kurang bermaya kerana terdapat banyak gabungan dan teknik dekorasi yang salah. Jadi pereka dalaman Faizal Zain memberikan satu nafas baru kepada ruang tamu dan ruang makan kediaman pelanggan ini dengan tema ciptaannya yang di namakan 'The Velvet Passion'.


ZALDECO menawarkan tenaga pakar dan mahir dalam sentuhan makeover, bermula dari pereka dalamannya sehinggalah kesemua kru yang terlibat. Semuanya terlatih dan cekap dalam melakukan kerja masing-masing.


Ruang kediaman ini akhirnya mendapat perubahan seratus peratus. Bermula dari pemasangan lantai kayu lamina dengan warna walnut, penukaran wallpaper dari warna coklat dan kuning kepada warna unggu dan hitam, penukaran warna dan fabrik sofa lama kepada rekaan baru oleh Faizal Zain, lampu dan pengcahayaan baru yang turut dimasukkan, set perabut makan baru, rak tv baru dan pelbagai lagi sentuhan dekorasi baru oleh Faizal Zain.


Kepada anda di luar sana yang masih tercari-cari konsep kediaman, atau pun masih berpening kepala dalam mencipta sentuhan dekorasi ruang, mengapa masih membuang masa dan tenaga? dapatkan sahaja sentuhan pakar terkenal Faizal Zain dari ZALDECO INPSIRATIONS, pasti kediaman anda bertukar kepada yang lebih hebat bersama sentuhan magis beliau. Mengapa tunggu lagi?


Nilaikan dan lihatlah transformasi yang telah dilakukan. Jadilah seperti para pelangan kami yang sudah mendapatkan sentuhan makeover oleh Faizal Zain.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Taman Langat Jaya


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Dusun Tua


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di D'Casa, Ampang














-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Puteri Permai, Ampang






















----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentuhan Dekorasi Di Lestari Putra, Sri Kembangan




















----------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment