.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina (Tangga) di Pandan Mewah, Ampang.

Bagi rumah bertingkat, permukaan tangga dari jenis mozek & jubin kini tidak lagi digemari. Kini sudah menjadi 'trend' apabila ramai di kalangan pelanggan kami yang berlumba-lumba mengaplikasikan lantai kayu lamina pada permukaan tangga mereka.



Tambah-tambah lagi bagi tangga jenis berpolos atau berongga yang sering nampak tidak kena pada kediaman malah menjadi perangkap habuk dan sawang jika tidak selalu dicuci.



ZALDECO telah mendahului pemasangan lantai kayu lamina pada permukaan tangga sejak ianya mula diaplikasi dan diperkenalkan. Team kami yang cukup mahir membuatkan hasil kerja yang kemas dan cepat.




Pemasangan lantai kayu lamina pada permukaan tangga amat khusus dan berbeza dari pemasangan lantai kayu lamina pada permukaan lantai. Tidak semua pemasang lantai kayu lamina boleh memasang lantai kayu lamina pada permukaan tangga dengan baik, ini kerana satu teknik khas amat di perlukan beserta kecekapan dan kemahiran pemotongan, tampalan dan pemotongan.




Jadi jika anda berhasrat untuk memasang lantai kayu lamina pada permukaan tangga, ZALDECO adalah pilihan yang tepat kerana kami telah menghasilkan sentuhan ini sejak bertahun lamanya.




Tangga dengan lantai kayu lamina tampil lebih mewah dan mempunyai ciri-ciri dekorasi yang tersendiri. Kehadirannya juga kini bukan hanya sekadar tangga malah mengindahkan lagi kediaman anda tidak seperti sebelumnnya.





Nah kini lihatlah sentuhan kami ke atas tangga kediaman ini yang tampil jauh lebih baik dan menawan.

1 comment:

wan said...

berapa cost kalau tangga macam dalam gambar ni.

Post a Comment