.

Pengikut Blog Zaldeco

Kemasan Lantai

Lantai sesuatu ruang merupakan aspek kepada konsep dan tema dekorasi. Ianya cukup membantu dalam menaiktaraf sesuatu ruang. Hari ini terdapat beberapa medium kemasan lantai. Anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian konsep yang cuba diketengahkan.

Zaldeco akan menghuraikna tiga jenis kemasan lantai yang kerap diguna-pakai dalam setiap dekorasi dan renovasi ruang kediaman mahupun ruang perniagaan.

1.Permaidani Kepingan
2.Mozaik & Marmar
3.Lantai kayu Lamina


-------------------------------------------------------------------------------

1. Permaidani Kepingan


Penggunaan permaidani kepingan memerlukan tahap penjagaan yang cukup rapi.

Kemasan lantai dengan pemasangan kepingan permaidani selalunya diadaptasikan untuk ruang lantai unit-unit perniagaan. Namun masih ada unit kediaman yang menggunakannya. Terpulang kepada selera masing-masing. Selain nampak lebih formal permukaan sebegini yang serap bunyi sebenarnya lebih sesuai digunakan dalam suasana pejabat. Terdapat pelbagai corak, warna dan tahap ketebalan sesetiap permaidani. Pemilihan warna dan corak perlulah mengikut tema dan warna sesebuah dinding. Namun jika digunakan untuk ruang kediaman, penjagaannya agak rumit. Tahap kebersihan haruslah diutamakan bagi menghindari masalah kuman dan kotoran.

Antara corak-corak permaidani kepingan yang boleh dipilih;


---------------------------------------------------------

2. Mozaik dan Marmar


Permukaan kemasan lantai berasaskan batu yang berkilat dan mudah dijaga membuatkan medium jenis ini terus diminati.

Bagi mereka yang meminati kemasan lantai yang berasaskan batu pelbagai pilihan terdapat di pasaran. Yang perlu hanyalah tahap kekreativiti untuk memadankan jenis dan corak lantai batu itu dengan konsep yang cuba dibawakan. Antara lantai berasaskan batu yang popular ialah mosaik dan marmar. Didatangkan dengan pelbagai warna dan corak serta pelbagai jenis permukaan. Ianya terdapat dalam pelbagai saiz. Anda perlu tahu bahawa lantai berasaskan batu ini terdapat dari 2 jenis, iaitu untuk kegunaaan ruang dalaman (indoor) atau ruang luaran (outdoor).

Lantai berasaskan batu untuk ruang luaran (Outdoor);



Lantai berasaskan batu untuk ruang dalaman (Indoor);

---------------------------------------------------------

3.Lantai kayu Lamina

Kemasan lantai dari sumber kayu mempunyai aura yang cukup kuat dalam sesebuah dekorasi.

Zaman kian beredar, tidak hairanlah masa ini ramai yang lebih cenderung memilih medium berasaskan kayuan iaitu kemasan lantai kayu lamina berbanding medium yang berasaskan batu seperti kemasan mosaic, jubin, marmar dan sebagainya untuk melatari ruang lantai. Tidak dinafikan penjagaan lantai jenis kayu lebih rumit berbanding lantai berasaskan kayu. Namun kekuatan aura lantai yang berasaskan kayu lebih kuat membuatkan ianya menjadi pilihan utama. Beberapa jenama yang sedia ada di pasaran menjanjikan lantai kayu lamina yang berkualiti tinggi dengan jaminan melebihi 10 tahun. Apa pun, jika anda bijak menggunakannya lantai kayu lamina tidaklah terlalu sukar untuk di jaga.

Lantai kayu lamina datang dalam pelbagai warna dan jenis permukaan. Ada yang berpermukaan rata dan ada juga dengan permukaan yang berurat atau berjalur. Namun pemilihan ini perlulah tepat kerana tidak semua warna dan jenis lantai kayu lamina bersesuaian dengan kesemua ruang dan tema.

Antara pilihannya ialah;