.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Kabinet Dapur



Dari Senihias...Anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur? perkara utama yang perlu anda ketahui adalah ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain.

Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui.


• A - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci
• B - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci
• C - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci
• D - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci kedalaman
• E - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci
• F - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci
• G - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci


Lebar perkakasan juga penting untuk anda ketahui untuk merancang layout dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, anda boleh melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran - peti sejuk misalnya mempunyai beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas.

Selain itu anda juga perlu memastikan apakah ruang dapur yang anda miliki, samada kecil, sederhana, luas atau sangat luas. Ruang dapur lazimnya bergantung kepada jenis-jenis rumah. Jadi tidak semua rekabentuk kabinet dapur yang mungkin anda impikan akan bersesuaian dengan ruang dapur yang anda miliki. Berbincanglah dengan kami agar kami dapat memberikan pandangan untuk anda. Terdapat beberapa contoh pilihan kabinet dapur yang boleh mencetuskan idea, yang dimana, rekabentuk-rekabentuk ini selalu menjadi pilihan para pelanggan:-

-----------------------------------------------------------------------


Pilihan kabinet dari rona cerah dapat meluaskan lagi ruang dapur anda. Dengan penggudaraan yang baik berserta dengan ruang tingkap yang luas, pilihan rona cerah dapat membangkitkan suasana segar sepanjang berada di dapur. Pilihan rona putih menjadi tema asas yang selalunya di padankan dengan warna kelabu, cream, kelabu pekat dan hitam. Ianya satu gabungan warna yang dapat membangkitkan aura menarik.


-----------------------------------------------------------------------

Pilihan kabinet dari rona terang pula bersesuaian dengan tuan rumah yang mahu tampil dengan imej berani. Sesalunya kami menggabungkan warna-warna panas seperti kuning, merah dan oren untuk membangkitkan suasana ceria. Gabungan warna hijau dan biru muda juga bersesuaian untuk menampilkan satu impak yang tersendiri. Selalunya rona cerah ini sesuai untuk rekabentuk dapur yang lebih moden.

-----------------------------------------------------------------------

Pilihan kabinet rona gelap bersesuaian dengan ruang dapur yang luas. Ini untuk menggelakkan ruang dapur yang amat luas kelihatan berongga. Dengan pemilihan kabinet dapur dari pilihan warna gelap, ianya akan menaikkan imej eksklusif dengan padanan cahaya samar dari neon kekuningan. Suasan akan menjadi lebih sejuk dan elegan.

---------------------------------------------------------------

Pilihan kabinet rona asas asalah yang cukup biasa dan sering diadaptasikan buat rumah pelanggan memandangkan harganya yang amat berpatutan. Hadir dalam pilihan pelbagai warna kayu, kabinet rona asas ini juga tidak akan kalah jika sentuhan dekorasi serta pengcahayaan berjaya memainkan peranan dengan baik.