.

Pengikut Blog Zaldeco

Showroom & Kilang ZALDECO INSPIRATIONS


Lebih sedekad memberikan perkhidmatan dekorasi & renovasi kepada masyarakat, ZALDECO INSPIRATIONS berlokasi di Lot 205A, Batu 13, Jalan Hulu Langat, Kg Dusun Nanding, 43100, Hulu Langat, Selangor. ZALDECO juga boleh dihubungi dan wassap di talian: 018-277 5037, atau di email: zaldeco.md@gmail.com atau di facebook kami di https://www.facebook.com/zaldecoinspirations/


Showroom ini juga menempatkan sedikit sudut galeri yang mempamerkan pelbagai penglibatan dan kejayaan selebriti pereka dalaman kami, iaitu Faizal Zain dalam menerajui dunia rekaan dalaman dengan pengalamannya yang sudah melebihi dari sepuluh tahun. Telah menjadi host pelbagai rancangan, duta pelbagai barangan, kerjasama dengan syarikat-syarikat besar serta insitusi pengajian tinggi, Faizal Zain akan terus bersama anda dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan dekorasi bagi menjelmakan kediaman impian anda.


Di sini juga dipamerkan pelbagai sumber bahan mentah dalam penghasilan sesebuah sentuhan dekorasi dan renovasi termasuk pilihan lantai kayu lamina, pilihan permaidani, pilihan langsir dan fabrik sofa, pilihan wallpaper, pilihan kertas dinding, pilihan pelbagai warna cat dinding, pilihan bahan asas kabinet dapur dan wardrobe serta pelbagai lagi.



ZALDECO INSPIRATIONS telah beroperasi sejak sekian lama, sudah menghiasi lebih 5000 kediaman pelanggan. Melalui laman blog ini anda boleh melihat antara hasil-hasil kerja yang telah kami lakukan, juga boleh melihat di laman Facebook kami di: https://www.facebook.com/zaldecoinspirations/


Selebriti pereka dalaman terkenal FAIZAL ZAIN sudah berada di dalam industri ini sejak sekian lama dan berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang dekorasi dan renovasi. Sering menghiasi dada akhbar dan majalah serta mengacarakan banyak program tv berkaitan dekorasi, sentuhan magisnya sering menjadi perhatian ramai.


ZALDECO MANUFACTURING pula menempatkan mesin-mesin dan ruang pekerjaan bagi para pekerja ZALDECO menghasilkan sesuatu tempahan. Ramai yang bertanya mengapa ZALDECO sering menawarkan harga murah berbanding harga pasaran...nah inilah jawapannya...kerana ZALDECO menghasilkan sendiri sesuatu tempahan itu dengan bahan mentah kami sendiri di kilang kami senidiri.


Rutin harian pereka dalaman Faizal Zain teramat sibuk bermula sejak dari awal pagi lagi, selepas berada di ZALDECO SHOWROOM, Faizal Zain selalunya akan mengambil sedikit masa mengemaskini email-email pelanggan yang dikirimkan, purata kami menerima dari 100 hingga 200 email sehari, tidak hairanlah kami memerlukan sedikit masa untuk membalasnya. Setelah itu, Faizal akan menyiapkan penulisannya untuk pelbagai majalah dekorasi tempatan dan akhbar yang sering mahukan artikel sumbangan darinya.


Jadual padat pereka dalaman Faizal Zain tidak menghalang beliau untuk menjenguk ke bahagian kilang pembuatan. Faizal kerap turun ke 'gelanggang' bagi memastikan setiap kerja-kerja berjalan dengan rapi dan situasi bekerja berjalan dengan lancarnya.


Di sinilah tempat pereka dalaman Faizal Zain memberi pandangan dan memantau setiap rekaan dan tempahan pelanggan. Memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan menepati citarasa. Di bahagian kilang ini menempatkan pelbagai bahan mentah untuk pelbagai jenis pembuatan rekaan kami. Bertulang belakangkan antara 10 hingga 15 orang pekerja, kadang kala ianya masih kesuntukan masa memandangakan tempahan yang masuk setiap hari puratanya melebihi dari 30 tempahan untuk pelbagai barangan. Tidak hairanlah ada diantara pelanggan kami yang terpaksa menunggu sedikit lama, namun kami masih menjanjikan sentuhan yang terbaik. Terima kasih atas kesabaran anda.

Di ZALDECO juga menempatkan pelbagai peralatan yang canggih dalam industri pembuatan dan rekaan bahan-bahan hiasan dalaman, tidak hairanlah sentuhan dan rekaan ZALDECO sering kehadapan dan seiring perubahan zaman. Dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih, namun ciri-ciri keselamatan juga sering kami ketengahkan bagi kebajikan para pekerja.


Para pekerja kami terlatih dan mahir dalam bidang-bidang sendiri, melakukan kerja-kerja dengan penuh dedikasi dan tulus, bagi memastikan tempahan pelanggan dapat disiapkan dengan sempurna. Kehadiran pereka dalaman Faizal Zain dalam pemantauan kerja-kerja juga membuatkan pembuatan berjalan lebih lancar. Namun ada masanya Faizal terpaksa memenuhi undangan pengambaran dan keluar daerah atas urusan perniagaan, tugas pantauan diambil alih oleh pembantunya.


ZALDECO sudah sekian lamanya mendapat kepercayaan pelanggan, tempahan yang tidak pernah putus membuktikan perkhidmatan kami mendapat perhatian masyarakat. Berdiri di atas tema 'Small budget, big ideas' ZALDECO sedaya upaya ingin terus menjadi peneraju harga rendah dalam sentuhan dekoarsi kediaman.


ZALDECO menawarkan khidmat:
Dekorasi & Renovasi
Kabinet Dapur
Wardrobe
Rack TV
Divider
Bar Counter
Wallpaper
Wallsticker
Glass Decoration Sticker
Pergola
Awning & Grill
Laminated Flooring
Carpet Flooring
Vinly Flooring
Painting
Plaster Ceiling
Makeover
Langsir & Blind
Gubahan Bunga & Hantaran
Set Buaian Berendui
Signboard & Signange
Stage Design
Celebrations Concept
Event Management
dan lain-lain lagi yang berkaitan.

ZALDECO Tel/Wassap: 018 - 277 5037
BloG:http://zaldeco.blogspot.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zaldecoinspirations/
Email:zaldeco.md@gmail.com

2 comments:

Solah Din said...

Ada buat tak pemasangan di taiping perak...mcm mane nk dptkn khidmat zaldeco jika saya di taiping?

Are Ziz said...

Assalam..
Tahniah, hebat .Amat kagum dengan pencapaian tuan...Teringin saya nak menimba pengalaman kerja dengan tuan....

Post a Comment