.

Pengikut Blog Zaldeco

Renovasi Pusat Gym Leanbodies




Pereka dalaman Faizal Zain mencetuskan idea buat sebuah pusat gym yang beroperasi di Solaris Dutamas. Tidak mahu stereotaip dengan rekaan-rekaan pusat gym yang sedia ada, ZALDECO menzahirkan satu penampilan pusat gym yang lebih santai, moden dan menarik.


Bermula dari kerja-kerja pemecahan ruang, segalanya berjalan dengan lancar. Pelan cadangan awal yang dikemukakan pelanggan diteliti dengan baik agar segala renovasi berjalan seperti lakaran awal.


Ruang kedai yang agak terhad ini mampu menghasilkan suasana maya yang lebih luas dengan penambahan cermin-cermin agam. Pantulan yang tercipta dari dinding ke dinding dapat memberikan gambaran yang lebih besar dan membuatkan suasan masih selesa meskipun mempunyai ramai pelanggan yang sedang berlatih pada waktu-waktu yang sama.


Seluruh lantai pula dilitupi lantai kayu lamina agar permukaan lantai lebih selesa dan lembut. Pilihan dari jenis kayu berjalur cerah membuatkan ruang tampak lebih luas.


Dinding pula sahaja dibina dengan lebih banyak cermin telus, agar ruang yang sempit terasa lebih luas malah ianya juga dapat memberi keselesaan kepada pelanggan yang melakukan senaman kerana dapat melihat suasana di luar.


Mainan neon biru dan kuning menepati warna logo gym ini, tampil memberikan elemen moden dan unik. Akhirnya kini anda boleh berkunjung ke pusat gym ini yang dikenali sebagai Leanbodies untuk mendapatkan pelbagai pakej senaman yang ditawarkan…jom!



No comments:

Post a Comment