.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur Di Segambut


Bila bercerita tentang ruang dapur, sudah tentulah kabinet dapur akan menjadi titik tumpu perhatian bagi melengkapi suasana di ruang dapur. ZALDECO yang sememangnya amat sinonim dengan rekaan kabinet dapur ringkas malah amat praktikal seringkali menjadi pilihan utama para pelanggan.


Kebiasaannya sentuhan dan rekaan kabinet dapur ZALDECO tidak sarat, malah mengetengahkan elemen-elemen moden dan santai. Pereka dalaman Faizal Zain gemar menghasilkan rekaan sedemikian kerana baginya rekaan yang ringkas dan moden membuatkan kabinet dapur itu tidak ditelan zaman malah rekaannya tidak akan membosankan.


Sesemangnya ZALDECO sering menawarkan harga yang jauh lebih murah, apa yang kami mahu adalah setiap masyarakat harus mampu memilikinya tidak kira apa jua latar belakang atau pun apa jua jenis kediaman. Harga yang kami tawarkan juga tiadk dapat ditandingi malah kami sering mengasingkan kos barangan dan upah pemasangan agar anda lebih jelas akan sejumlah wang yang akan anda bayar.


Ini bagi memastikan kami telus dan tiada kos yang tersembunyi malah anda sendiri juga boleh menentukan harga kabinet dapur yang anda mahu mengikut bajet anda sendiri. Untuk kediaman di Segambut ini, rekaan ringkas gabungan hitam dan ‘red cherry’ hasil sentuhan Faizal menjadi pilihan pelanggan ini.


Kehadiran kabinet dapur semestinya membuat ruang dapur anda lebih tersusun dan anda kini punya lebih ruang buat simpanan pelbagaia barangan dapur. Rekaan ZALDECO selalunya tampil dengan ruang simpanan polos, agar pelbagai jenis saiz kelengkapan dan perkakas dapur dapat disimpan di dalamnya dengan mudah.

No comments:

Post a Comment