.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur Di PPR Pantai Permai






Keluasan dapur yang terhad sememangnya memerlukan rekaan yang bijak, agar ruang yang kecil dapat digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan kabinet dapur. ZALDECO yang sememangnya arif bermain dengan ruang dan rekaan sering kali dirujuk bagi mendapatkan sentuhan minimalis. Pereka dalaman Faizal Zain memberikan satu sentuhan ringkas tetapi amat berbaloi buat kediaman PPR Pantai Permai ini agar ruang dapur yang sempit dapat tampil menyerlah dengan rekaan kabinet dapur minimalis.






Warna terang dipilih agar dapat memperluaskan lagi ruang. Gabungan hitam dan putih dilihat amat serasi untuk ruang ini. Bahagian bawah masih mengekalkan bentuk L, tetapi kedudukan asal sinki dan paip ditukar agar terletak betul-betul di bawah ‘dish rack’ ataupun para pengering pingan. Manakala kedudukan dapur memasak menghala ke aras tingkap bagi memudahkan asap keluar sewaktu memasak. Rekaan ini dicipta kerana pelanggan tidak mahu menggunakan penyedut asap automatik.






Tampil dengan aksesori ‘dish rack’ ini amat memudahkan lagi dan cukup diperlukan bagi raung dapur yang sempit. Segali gus ianya juga bertindak sebagai tempat menyimpan pingan magkuk yang sering digunakan. Kos keseluruhan rekaan ini amat murah dan terendah yang kami tawarkan buat para pelanggan. Jadi tidak hairanlah mengapa ZALDECO sering menjadi tumpuan pemasangan kabinet dapur ala ‘bajet’.






Akhirnya kini tercetuslah sebuah kabinet dapur ringkas dan moden tetapi amat menyerlah buat ruang yang sebegini. Kesimpulannya ruang dapur yang kecil dapat dimanfaatkan dengan rekaan yang tepat.



2 comments:

Unknown said...

Berapa kos kabinet seperti gambar di atas?

Unknown said...

kos berapa

Post a Comment