.

Pengikut Blog Zaldeco

Gubahan Hantaran & Dekorasi Pengantin ZALDECO

Gubahan Hantaran - 'Rahsia Hati'



Seperti biasalah bila tiba musim cuti-cuti sekolah, maka saya amat sibuk menerima tempahan gubahan bunga, hantaran, pintu gerbang dan sebagainya. Almaklumlah, kesempatan dengan datangnya cuti sekolah pertengahan tahun, ramai pasangan yang melansungkan perkahwinan. Dan jutaan terima kasih juga kepada pelanggan-pelanggan yang terus memberi sokongan dan terus menempah hantaran dari ZALDECO.



Walaupun sibuk dengan konsultasi dan dekorasi, Faizal tidak menyerahkan tugas-tugas menggubah kepada para pekerjanya, dia mahu menghasilkan sendiri hantaran agar sentuhan adalah dari hasil tulen tangannya.

Seperti biasa gubahan-gubahan hantaran saya selalunya lain dari yang lain. Saya gemar lari dari kebiasaan dan hantaran-hantaran ZALDECO selalunya tidak sama dengan apa yang ada dijual di pasaran. Jadi dengan memilih gubahan hantaran bersama ZALDECO maka anda akan memperolehi hantaran istimewa pada hari yang penuh bersejarah nanti.



Sireh junjung artifisial hari ini menjadi pilihan, namun teknik gubahannnya memerlukan kemahiran yang tinggi.

Gubahan hantaran untuk pelanggan ini, Faizal membawakan tema 'Rahsia Hati'. Kali ini gabungan rona warna putih & hitam dipilih. Ramai yang tidak berani menggunakan dua warna ini memandangkan ianya tidak megghasilkan mood yang meriah. Namun dengan teknik gubahan yang betul dan kreativiti, dua rona kusam ini bisa menyerlah dan memukau mata hadirin.




Lihatlah hasil sentuhan Faizal, 'Rahsia Hati'....




----------------------------------------------------------------------------------------------

Gubahan Hantaran -'Hati Emas'



Tempahan hantaran oleh pelanggan kami kali ini adalah untuk majlis pertunangan beliau. Memilih warna tema kuning keemasan, pelanggan kami yang bernama Siti meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada ZALDECO untuk menampilkan satu sentuhan hantaran yang istimewa. Bersesuaian dengan warna tema, ZALDECO memilih tajuk 'Hati Emas' untuk 9 dulang hantaran yang ditempah.



Hantaran sejadah sedang digubah.

Memang terdapat pelbagai gubahan hantaran di pasaran tetapi hantaran-hantaran gubahan ZALDECO selalu tampil berkonsep, penuh kelainan dan pembuatannnya juga lebih halus dan terperinci. Kami mudah memahami kehendak pelanggan, tema dan kesesuaiannya. Jadi mengapa perlu pening kepala memikirkan gubahan hantaran apakah yang bersesuaian dengan majlis anda, serahkan segalanya kepada kami.



Zal sering memastikan sentuhannya menepati citarasa pelanggan.

Berikut adalah 9 dulang hantaran yang telah pun disiapkan. dengan Judul 'Hati Emas' semuanya tampil menyerlah keemasan. Pilihan bunga artificial diselitkan dengan kehadiran kekwa segar membangkitkan lagi seri hantran-hantaran ini. Bagi mereka yang juga berminat mendapatkan sentuhan kami, boleh terus menghubungi ZALDECO hari ini.






----------------------------------------------------------------------------------------------

Gubahan Sireh Junjung - 'Impi Kasih'

Gubahan juga menjadi aset penting untuk sudut dan ruang-ruang. Gubahan juga merupakan asas kepada sesuatu dekorasi. Gubahan terbahagi kepada elemen bunga hidup, bunga artifak atau bunga yang sudah dikeringkan. Setiap satunya mempunyai seni-seni yang berbeza.

Kali ini Zaldeco membawakan teknik gubahan sireh junjung untuk hantaran. Zaldeco juga menerima tempahan gubahan-gubahan bunga dekorasi dan juga tempahan set-set hantaran.

Untuk edisi ini Zaldeco menyiapkan set hantaran salah seorang pelanggan kami. Ini adalah salah satu dari 12 dulang hantaran yang disiapkan. Inilah gubahan sireh junjung bertajuk 'Impi Kasih'.


Sentuhan Zal amat teliti untuk mendapatkan hasil yang terbaik buat para pelanggannya.


Hanya daun-daun sireh yang segar sahaja menjadi pilihan untuk melatari gubahan ini.



Langkah demi langkah bagi memastikan hantaran kukuh dan mudah dibawa


Bunga-bunga haruslah segar supaya hantaran kekal menyerlah.


Nah...kini hasilnya tersergam indah untuk menyerikan majlis mempelai.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Gubahan Hantaran - 'Serindit Kayangan'

Gubahan hantaran Serindit Kayangan tampil ekslusif dalam temanya sendiri. Gabungan kilauan perak dan biru muda menafsirkan identiti kayangan, ditambah dengan kehadiran sepasang beburung pada setiap set hantaran menaikserikan lagi gubahan ini.










----------------------------------------------------------------------------------------------

Gubahan Hantaran - 'Mekar Syurgawi'

Gubahan hantaran Harum Syurgawi ini sesuai bagi mereka yang berjiwa ringkas. Berkonsepkan 'suasana ringan' Harum Syurgawi masih tampil menyerlah. Gabungan warna putih mulus, putih krim dan hijau membuatkan set hantaran ini tampil segar dan bersih. Padanan bunga baldu dan bekas hantaran berukir, walaupun ringkas tetapi konsep ini punya auranya tersendiri.








----------------------------------------------------------------------------------------------

Gubahan Tangga Pengantin - 'Puncak Kasih (Zhang)

Hiasan tangga buat majlis perkahwinan hari ini sudah menjadi ‘trend’ bagi mereka yang mempunyai kediaman jenis bertingkat. Kali ini ZALDECO di beri kepercayaan untuk mendekorasi kan ruang tangga sebagai persiapan menjelangnya hari perkahwinan seorang pelanggan kami.

Pereka dalaman, Faizal Zain cuba membawakan aura oriental untuk dekorasi tangga kediaman 2 tingkat ini. Warna merah dan warna keemasan menjadi tunjang hiasan tangga pengantin kali ini. Tema oriental yang disuntik pada dekorasi ruang tangga ini mencerminkan ke aslian dekorasi ‘zen’ atau pun lebih kepada ‘chinese style’.


Ruang Tangga sebelum mendapat sentuhan dekorasi.

Dalam dekorasi ini satin merah dan organza berbunga disatukan, tirai benang berwarna merah pula menjadi titik tumpu. Kelopak mawar ditaburkan sepanjang ruang tangga sehingga ke atas, menyegarkan lagi sentuhan ini malah bakal mengiringi pasangan pengantin menuju ke atas. Ikutilah senario semasa kami menyiapkan dekorasi ini.


Kerja-kerja dekorasi bermula.


Organza berbunga emas menjadi asas, satin lembut merah menjadi pelengkap.


Dekorasi hampir siap.


Nah, inilah gaya Oriental yang megah untuk dekorasi tangga pengantin, yang bakal melengkapkan hari bahagia buat pelanggan kami ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Gubahan Tangga Pengantin - 'Puncak Kasih (Zhang)

Menjelang musim cuti sekolah maka bermulalah juga musim kanak-kanak berkhatan. Tidak ketinggalan ZALDECO juga turut meraikannya dengan menyediakan perkhidmatan Set Gerbang Berkhatan untuk menyerikan lagi majlis-majlis kenduri kesyukuran dan sebagainya yang sering dilakukan untuk meraikan kanak-kanak berkhatan.

Sentuhan set gerbang istimewa kami, anda dapat mengabadikan detik-detik bersejarah anak-anak anda melewati hari-hari berkhatan. Jadikanlah ianya satu memori yang indah. Tempahan adalah pada waktu terhad, jadi mengapa tunggu lagi, tempahlah ianya hari ini.



Pereka Dalaman, Zal sibuk menyiapkan tempahan Set Gerbang Berkhatan yang ditempah pelanggan.



Bermotifkan hijauan segar, Zal menciptakan suasana segar dalam taman.



Kanak-kanak menyambut ketibaan hari berkhatan akan lebih gembira dan bermakna.


Set Gerbang Berkhatan yang sudah selesai dibina.

Dengan adanya hiasan tangga seperti ini, pasangan pengantin boleh mengabadikan detik-detik indah mereka diraung ini selain ruang pelamin. Hiasan tangga juga menjadi alternative bagi pasangan yang tidak bersanding dan tidak menempah sebarang pelamin.

Bagi mereka yang turut berminat mendapatkan sentuhan pelamin dan hiasan tangga pengantin, bolehlah berurusan bersama ZALDECO INSPIRATIONS.

No comments:

Post a Comment