.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Zaldeco Showhouse

Tahun Lalu menyaksikan Showhouse ZALDECO menampilkan tema 'Asian Culture'. Tahun ini pereka dalaman Faizal Zain berubah angin apabila tampil menerusi sentuhan terbaru rekannya iaitu tema 'Kediaman Dalam Taman'


Disinilah tempat Faizal sering memberi konsultasi kepada para pelanggan.

Tema 'Kediaman Dalam Taman' lazimnya sering diadaptasikan ke atas kediaman jenis bertanah seperti kediaman teres, semi-D mahupun banglo, namun Faizal mencabar dirinya apabila membawa tema ini ke atas kediaman jenis bertingkat, di apartmentnya.

Maka ternyatalah tema 'Kediaman dalam Taman' juga boleh anda miliki walaupun anda hanya tinggal di flat, apartment mahupun kondominium.


Sudah menjadi trend, Faizal gemar mendekorasi lampu-lampu gantungan.

Tema ini menampilkan kediaman yang digubah segar dan dingin. Rimbunan kehijauan bersama rona warna alam semulajadi berpadu kukuh melahirkan suasana seolah anda berada di dalam sebuah taman.



Kanvas dinding ini rekaan Faizal sendiri.

Sentuhan Faizal kali ini sarat dengan kehijauan, secara keseluruhan kediaman dengan tema ini akan tampil dengan warna-warna hijau dalam pelbagai rona.





Ruang balkoni digunakan sepenuhnya oleh Faizal agar benar-benar menyerupai taman. Penuh dengan pelbagai tumbuhan dan kehijauan yang menjalar, taman ini sebenarnya hanya menggunakan dedaunan dan bebungaan artificial. Ianya lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai kehidupan yang sibuk yang semestinya tidak mempunyai masa untuk menjaga taman sepenuhnya.

Buaian gantung melengkapka lagi aura taman yang cuba disampaikan. Suasana yang nyaman dan redup pasti membuatkan anda leka seketika dihayun buai saat berehat dan santai.




Tidak ketinggalan bilik tidur utama juga menampilkan tema yang sama. Nah rasakan bagaimana seolah-lahnya anda tidur di tengah-tengah taman nan hijau...menarik bukan...apa lagi...jom deko!



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hasil sentuhan idea Zaldeco untuk 'Zaldeco Showhouse' ini mendapat perhatian ramai. Artikel mengenainya telah pun disiarkan oleh beberapa akhbar dan majalah tempatan. Terbaru nantikan kemunculan majalah Anjung Seri edisi bumber Ramadhan ini untuk mendekati Zaldeco Inspirations dan idea-idea dekorasi kreatif yang dikongsikan bersama.

Di sini disertakan beberapa foto 'Zaldeco Showroom' untuk tatapan anda. Anda inginkan dekorasi sedemikian menjadi milik anda? Usah berlengah lagi hubungi Zaldeco hari ini untuk pandangan dan kerja-kerja dekorasi dan renovasi.

Anda pasti berpuas hati!

Sentuhan kreatif Zaldeco untuk ruang dapur yang terhad ini menjadikan ianya lebih konsisten dan luas. Rimbunan pohon malar hijau segar menenangkan tatkala sibuk menyediakan masakan.



Hasil renovasi tambahan dinding pemisah di antara ruang tamu dan ruang makan membuatkan ruang untuk menjamu selera ini lebih 'privacy'. Lantunan cahaya samar dan mood sejuk yang cuba disampaikan membuatkan suasana menjamu selera lebih bermakna.



Memilih konsep seakan spa, membuatkan Zaldeco mengadaptasikan sepenuhnya rona bumi dan asli di dalam dekorasi ini. Pengcahayaan yang samar terang menjadi tunjang terbangkitnya suasana sejuk nan suram. Seluruh dinding dilitupi kertas dinding kalis air bercorak 3 dimensi memberikan impak berkesan saat terbiasnya cahaya lampu.



Bilik tidur utama diberikan sentuhan yang masih sama dengan konsep asal. Rona polos gelap bermotifkan warna bumi memenuhi ruang bilik ini. Apabila sahaja melangkah masuk, haruman segar yang menusuk hidung diikuti dengan pantulan cahaya malap membuatkan suasana begitu romantis dan tenang.




Keseluruhan bahan-bahan perhiasan dan dekorasi adalah yang berasaskan dari sumber bumi. Ianya cukup sesuai dengan konsep yang cuba diketengahkan oleh Zaldeco Inspirations.

No comments:

Post a Comment