.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Nah...kini semakin banyak kediaman yang sudah mendapat sentuhan rekaan Faizal Zain yang cukup ekslusif iaitu Pelekat Cermin Dekorasi. Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO merupakan ciptaan yang cukup istimewa, anda tidak akan dapat memperolehinya di mana-mana.

Pelekat yang direka khas untuk dekorasi permukaan cermin pintu gelongsor dan juga tingkap ini banyak membantu menaikkan lagi mood dekorasi. Antara yang sempat kami paparkan adalah pemasangan pelekat ini tempoh hari di sebuah rumah pelanggan ZALDECO di Taman Melati.


Cermin pintu gelongsor tanpa pelekat cermin dekorasi tampak hambar dan tidak langsung menaikkan mood.




ZALDECO menawarkan pelbagai pilihan untuk Pelekat Cermin Dekorasi untuk anda suaipadankan dengan konsep kediaman anda. Kali ini pemilik kediaman memilih Pelekat Cermin Dekorasi 'Winter Sonata' dari koleksi siri Damai.


Lihatlah perbezaannya. Tiada lagi ruang polos, malah kini ruang yang hambar tampil menyerlah.



Anda juga seharusnya memiliki koleksi istimewa ini. Selain sebagai satu sentuhan dekorasi, Pelekat Cermin Dekorasi juga kalis haba, tahan panas dan mencegah retakan pada permukaan cermin. Maka ianya lebih selamat buat anda, anak-anak dan keluarga.

Hampir sebulan pereka dalaman Faizal Zain mengumpul idea dan membuat kajian tentang materialnya, lalu kini tampil koleksi ini yang memberi menfaat kepada semua pelanggan yang memilikinya. Ramai yang sudah mendapatkannya anda pula bagaimana?...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment