.
.

Pengikut Blog Zaldeco

DEKO DAPUR

selebriti pereka dalaman Faizal Zain dari ZALDECO INSPIRATIONS bakal mengacarakan sebuah rancangan dekorasi istimewa yang mengabungkan teknik dekorasi dan juga penyediaan resepi menarik buat tatapan penonton. Rancangan ini diberi tajuk DEKODAPUR.

Rancangan yang mengabungkan dua segmen sekaligus ini merupakan rancangan pertama seadanya. Rancangan sebanyak 12 episod ini bakal bersiaran di kaca TV anda ramadhan ini Insyaallah.

Faizal akan berkunjung ke rumah-rumah yang terpilih bagi memberikan sedikit tips dekorasi khususnya ruang dapur, kemudian Faizal juga akan membantu tuan rumah menyedikan resepi menarik dan Faizal sekali lagi memberi sentuhan hiasan ringkas meja makan.

Video promo akan disiarkan kepada anda nanti namun ikutilah serba sedikit sedutan di belakang tabir pembikinan program DEKODAPUR ini.



Faizal menghafal skrip, manakala pengarah dan kru sibuk memastikan segalanya berjalan lancar.

Rancangan ini diharapakan bakal menjadi kegemaran ramai, malah amat sesuai kepada mereka yang tercari-cari teknik mahupun idea untuk mendekorasi ruang dapur.



Memastikan setiap peralatan rakaman berfungsi dengan baik.





Nantikan kemunculan rancangan istimewa ini!

No comments:

Post a Comment