.

Pengikut Blog Zaldeco

Dekorasi Annual Dinner

Dekorasi Annual Dinner Syarikat Khazanah (DRH)



Seperti biasa, ZALDECO pasti sibuk menerima tempahan dekorasi majlis makan malam tahunan syarikat korporat sekitar Januari hingga Mac saban tahun. Masih mengukuhkan kedudukannya, ZALDECO pasti menjadi pilihan syarikat-syarikat korporat dalam mencetus keindahan dan mengilhamkan tema majlis makan malam tahunan (Annual Dinner).


Sentuhan ZALDECO sebelum dan selepas...

Tempoh hari ZALDECO menjayakan Annual Dinner syarikat Khazanah - DRH bertempat di sebuah hotel ternama, The Saujana Kuala Lumpur - Subang. Untuk kali ini tema 'Shanghai Glomour' diangkat untuk mencetuskan kemeriahan majlis yang bakal dihadiri para kakitangan dan tamu-tamu korporat.


Menyerlah, pintu masuk utama majlis sesudah mendapat sentuhan ZALDECO


Faizal mengilhamkan dekorasi tiang-tiang yang terdapat di ruang legar.



Majlis gilang-gemilang itu juga turut disertai dengan persembahan ekskusif penyanyi terkenal Adibah Noor. Jadi ZALDECO menggalas tugas penting apabila perlu mengangkat tema 'Shanghai Glamor' sekaligus mencipta pentas yang ringkas tetapi cukup selesa buat Adibah memberikan persembahan hebatnya.



Bukan setakat latarbelakang pentas yang perlu dititik beratkan, malah pengcahayaan dan limpahan lampu-lampu juga perlu mendapat sentuhan yang mahir agar sewaktu persembahan nanti pentas kelihatan gah dan menarik.


Faizal sentiasa memastikan pentas ala era 1960an ciptaannya disempurnakan sebaiknya oleh para kru ZALDECO.


Majlis berlangsung penuh gilang-gemilang.

Kepada mana-mana syarikat korporat yang ingin mendapatkan sentuhan dekorasi Majlis Makan Malam Tahunan atau apa jua jenis majlis bolehlah terus menghubungi ZALDECO.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dekorasi Annual Dinner Healwell Pharmaceutical Sdn Bhd

Team Zaldeco sibuk mendekorasi dan menyerlahkan Majlis Makan Malam Tahunan Healwell Pharmaceutical Sdn Bhd di hotel Holiday Inn Shah Alam. Konsep 'Arabian Night' yang di angkat malam itu menyerlahkan lagi suasana kelab tari menari ala padang pasir.



Sentuhan ringkas buat 'cocktail table'.




Faizal memastikan setiap sentuhan terlaksana dengan sempurna.

Syarikat Healwell yang terkenal dengan pengeluaran minuman gamat dan ubat-ubatan ini memberi sepenuh kepercayaan kepada ZALDECO bagi menjayakan majlis makan malam penuh keceriaan ini. Malam bersejarah ini juga bakal diserikan dengan persembahan artis-artis popular tanah air termasuk Fazli Zainal.



Faizal turut turun padang bersama-sama team ZALDECO bagi melaksanakan tugas dekorasi.




No comments:

Post a Comment