.

Pengikut Blog Zaldeco

Awning Pergola - Selayang

Awning Pergola hari ini menjadi satu kegemaran ramai, bukan sahaja lebih ringkas, malah bumbung tambahan ini lebih mudah disuai padankan dengan pelbagai jenis kediaman.

Awning Pergola menggunakan kayu bagi menggantikan besi untuk struktur sokongannya. Lapisan atap pula menggunakan material dari jenis polycarbonate, menggantikan jenis atap genting.

Material polycarbonate tampil lebih moden, malah sifat telus cahayanya membuatkan ruang bawah bumbung tidak terlalu gelap dan bergedup. Pencahayaan semula jadi mudah berlaku tetapi bahang panas matahari tetap tidak terasa.

ZALDECO telah menyiapkan pelbagai siri bumbung tambahan mahupun dari jenis pergola dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin menambah bumbung untuk halaman mahupun bagi bumbung tempat meletak kenderaan bolehlah mendapatkan cetusan idea kami.


Kediaman ini bakal mendapat sentuhan bumbung tambahan jenis 'Awning Pergola'.



Kerja-kerja tahap pertama kini bermula.



Pereka dalaman, Faizal mahu memastikan setiap rekaannya terlaksana sempurna buat pelanggan.



Setiap susun atur harus tepat dan mengikut nisbah serta ukuran yang betul bagi memastikan kestabilan bumbung dan rekaan.



Kerja-kerja di tahap akhir.


Nah...kini Awning Pergola tersergam indah...

Terdapat pelbagai rupa bentuk awning dan juga grille. Jadi disini Zaldeco paparkan koleksi Vintechnic Skylight awning dan grille yang merupakan sebahagian dari reka bentuk dan corak yang terdapat di pasaran supaya anda mudah memahami jenis-jenisnya dan supaya anda senang untuk membuat pilihan.


Polycarbonate;


Timber Pergola;


Stainles Steel;


Wrought Iron;

1 comment:

az ha d' said...

Ada ke pergola dari metal/besi?

Post a Comment