.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Bandar Seri Putra

Di hari-hari terakhir Ramadhan ZALDECO terus tanpa henti menyiapkan semua pemasangan lantai kayu lamina yang sudah dipesan pelanggan. Meski pun 1 Syawal berbaki 2 hari sahaj lagi, namun ZALDECO masih punya 7 tempat pemasangan yang perlu dibuat. Pemasangan terakhir kami jangkakan bermula jam 2 pagi (menjelang raya) dan bakal berakhir jam 6 paginya, jadi masih sempat pelanggan mengemas rumah lebih kurang 2 jam sebelum takbir bergema. doakan kami agar pemasangan terakhir berjalan lancar nanti




Pemasangan ini berlaku di kediaman pelanggan di Bandar Seri Putra. Kediaman indah ini akan tampil lebih baik dengan lantai kayu lamina. pemasangan dibuat di bahagian ruang tamu bahagian bawah dan bahagian keluarga di tingkat atas.




Dua rona dan corak dipilih agar mewujudkan kombinasi berbeza antara ruang. Lantai kayu lamina sesungguhnya menghasilkan impak yang lebih kaya dan mewah. Pemilihan lantai dari jenis mozek dan jubin tidak lagi digemari kini malah semakin dilupakan.




Dalam hanya beberapa jam, lantai kayu lamina telah mambawa satu pembaharuan buat kediaman ini. Lihatlah hasilnya yang cukup menonjol dan lebih menceriakan buat pelanggan ini saat menyambut tibanya Lebaran.



No comments:

Post a Comment