.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur Di Kondo Rakyat, Desa Pantai

Meskipun hanya tinggal 2 hari sahaya lagi seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan 1 Syawal dan ramai pula mereka yang sudah melupakan tugas seketika dan berpusu-pusa pulang ke kampung halaman, namun bagi ZALDECO dan team kami, masih banyak lagi kerja-kerja renovasi yang perlu disiapkan dan apa pun yang berlaku kami harus memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlaksanaan tugas-tugas yang masih berbaki sebelum menjelang hari raya.




Apapun jenis kediaman sudah tentu kabinet dapur menjadi satu kemestian. Buat kediaman di Kondo Rakyat, Desa Pantai ini, keluasan dapur yang terhad memerlukan satu sentuhan rekaan yang ringkas dan menggunakan ruang sebaik mungkin.




Jadi tercetuslah rekaan ini. Dengan gabunga warna putih dan hitam, kehadiran kebinat dapur pada ruang yang sempit tidak akan kelihatan menyesakkan ruang. Malah warnanya yang terang menyempurnakan lagi sentuhan.




Dengan penghasilan ruang simpanan yang banyak dan ruang memasak yang lebih baik pastinya mengundang seribu keselesaan saat menyediakan pelbagai juadah di hari mulia nanti.


1 comment:

Qurrata Ain Mohd Khairi said...

salam

berapa upah tbuat mcm ni?

Post a Comment