.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Bandar Baru Bangi

ZALDECO masih terus menerus menyiapkan kerja-kerja pemasangan lantai kayu lamina di saat-saat akhir Ramadhan. Meski pun 1 Syawal hanya tinggal beberapa hari lagi, namun tempahan yang sudah dibuat oleh pelanggan masihlah banyak.




Oleh itu kami berpecah kepada 6 kumpulan, dan setiap hari sepanjang Ramadhan boleh dikatakan ZALDECO memasang lantai kayu lamina pada 7 hingga 8 kediaman dengan 6 kumpulan. Bayangkan bertapa suntuknya masa dan bertapa terkejar-kejarnya kami ke sana-ke mari. Apa pun terima kasih kepada semua kru kami yang memberikan komitmen yang cukup baik.





Seperti biasa...pemasangan lantai kayu lamina menjadi pemangkin kepada tercetusnya aura dekorasi. Buat pelanggan ini ketibaan Syawal pasti disambut lebih meriah dengan kediaman yang kini berlantaikan kayu lamina.




Tidak seperti pemasang lantai kayu lamina yang lain, ZALDECO lebih istimewa apabila tidak mengenakan sebarang caj pemotongan pintu mahupun kerja-kerja anjakkan pintu disamping memberikan kemasan pemasangan yang baik.





Kediaman tampil menarik dan indah dengan lantai kayu lamina...

No comments:

Post a Comment