.

Pengikut Blog Zaldeco

Cetusan Idea Bilik Mesyuarat Petronas Gas Berhad

Terus melangkah setapak lagi apabila kini Zaldeco mendapat kepercayaan sepenuhnya syarikat PETRONAS GAS BERHAD untuk memberi sentuhan idea dekorasi & renovasi terhadap bilik mesyuarat yang berpusat di Shah Alam.


Zal sebaik tiba di perkarangan ibu pejabat Petronas Gas Berhad.

Bilik mesyuarat ini telah dibina seusia bangunan itu sendiri. Mungkin juga telah melalui beberapa fasa perubahan sejak dari zamannya. Namun dek peredaran masa yang begitu pantas, akhirnya sentuhan yang mungkin suatu masa dahulu dilihat sebagai satu sentuhan yang cukup ideal buat bilik mesyuarat syarikat gergasi ini sudahpun ditelan zaman.


Zal berbincang dan memberi pandangan.

Jadi untuk mengangkat sentuhan dekorasinya seiring di zaman ini, Zaldeco tampil memberikan beberapa sentuhan dan idea bagi menukar keseluruhan konsep bilik mesyuarat ini. Ukuran yang tepat, pemilihan material, gabungan warna dan jenis perabut perlulah dipastikan dengan bijak untuk menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan.


Zaldeco cuba sedaya upaya menampilkan kelainan.

Mendalami latar belakang syarikat ini, akhirnya Zaldeco tampil dengan cetusan idea bilik mesyuarat kotemporari elektif. Menolak ketepi segala jenis perabot yang sarat Zaldeco memilih padanan dari perabot kayu cerah dan pencahayaan neo.

Bilik mesyuarat asal...dan selepas mendapat cetusan idea Zaldeco.

Keseluruhan cermin di bilik pejabat ini ditampal dengan pelekat lutsinar pantulan cahaya bergambarkan menara berkembar PETRONAS. Tampil ringkas namun bilik mesyuarat ini diberikan nafas baru yang sepenuhnya.

2 comments:

Shigim Fadzil said...

Really Nice... tetiba rasa cam kat KLCC...nice job Zal...

zaldeco said...

thanks

Post a Comment