.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur Di Sri Gombak

Zaldeco terus bertungkus lumus menyiapkan tempahan-tempahan kabinet dapur yang terlalu banyak di saat menjelangnya Syawal kali ini. Terima kasih kepada semua kru yang sanggup bekerja 7 hari seminggu demi memastikan tempahan-tempahan berjaya disiapkan sebelum menjelangnya 1 Syawal. Namun tidak dinafikan terdapat banyak tempahan yang tidak dapat kami siapkan walaupun bekerja ke tahap maksimum memandangkan tempahan yang masuk terlalulah banyak. Dan banyak juga tempahan yang terpaksa kami tolak dengan baik kerana permintaan yang terlalu tinggi melangkaui dari tenaga kerja yang kami ada meskipun saya menambah hampir 11 orang pekerja tambahan sepanjang Ramadhan ini. Apa pun ribuan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan yang anda berikan. Ini antara kabinet yang sempat disiapkan di saat-saat akhir Ramadhan buat pelanggan di Sri Gombak.



Seperti biasa selepas kunjungan kru ZALDECO ke lokasi atau kediaman pelanggan, ukuran dan gambar yang diambil akan tiba ke tangan pereka dalaman Faizal Zain. Lalu setelah memahami ruang yang dimiliki pelanggan, Faizal akan mencetuskan idea kabinet dapur melalui sentuhan 3Dnya terlebih dahulu. Lalu lakaran tepat terpasuk kiraan dan lukisan mekanikal akan dihasilkan bagi menjadi panduan kepada kru pemasangan. Begitu telitinya kami dalam memastikan setiap sentuhan dari tangan Faizal, tercipta sempurna di kediaman pelanggan.




Berdasarkan gambaran dan lakaran kerja-kerja pemasangan pun bermula dari kru kami yang mahir dan arif dalam teknik pemasangan yang cekap, kemas dan cepat.




Kediaman pelanggan ini seperti biasa, keluasan dapur yang sederhana seperti mana yang selalu dimiliki oleh apartment-apartment lain. Jadi kebijaksanaan rekaan haruslah tepat agar ruang yang ada dapat digunapakai semaksimum mungkin.




Dengan kabinet atas dan bawah bersama rekaan 'L Shape' maka ruang yang ada dapat di manfaatkan sebaiknya. Kehadiran kabinet dapur ini tidaklah membuat ruang dapur semakin sempit kerana rekaannya yang simple dan memadai ruang.





Gabungan 'Red Cherry' dan papan pemuka hitam sudah menjadi kegilaan pelanggan masa kini. Tidak dinafikan gabungan warnanya yang segar dan berani menghasilkan impak dapur yang cukup menawan.



Maka dengan kehadiran kabinet dapur ini pasti ketibaan Lebaran semakin bermakna apabila ketupat rendang dapat dimasak dengan selesa sambil bergaya dengan dekorasi dapur yang baru.

No comments:

Post a Comment