.

Pengikut Blog Zaldeco

Bilik Tidur Casa Idaman Kondominium

Dan yang kesekian kalinya Zaldeco kembali lagi ke Casa Idaman Kondominium, Batu Muda Gombak bagi memenuhi impian pelanggan kami merealisasikan sentuhan buat 3 bilik tidur yang terdapat pada unit kediaman ini.

Bukaan setiap bilik tidur kediaman ini agak terhad dan tidak terlalu luas, maka inspirasi untuk bermain dengan ruang, pilihan perabot dan pencahayaan amatlah mencabar.


Almari pakaian sediabina sentuhan Zaldeco didatangkan sekali dengan ruang solekan di dalamnya.

Untuk bilik tidur utama, pilihan rona tanah menjadi pilihan. Minimalis pemilihan perabot diketengahkan. Zaldeco mengilhamkan sebuah almari pakaian yang disertakan sekali dengan ruang solekan yang terdapat di dalamnya. Almari pakaian sediabina ini menampilkan ciri moden dengan pemilihan asas kaca fiber, permukaan berkilat melantunkan biasan cahaya membuatkan ruang bilik tampil lebih luas.


Sentuhan keseluruhan bilik tidur utama

Sentuhan keseluruhan bilik tidur utama tampil minima. Tiada sebarang aksesori hiasan melarat yang bisa memakan ruang, Zaldeco hanya menampilkan sebuah pasu besar tanah liat bersama bilahan rotan-rotan kering bagi menyamai mood lampu gantungan rotan yang bergayut di permukaan tempat beradu. Dua meja sisi berserta lampu tidur sedondon dipadankan bergaya.

Pemilihan warna redup nuansa mata memandang menampilkan situasi nyaman dan sederhana. Satu permukaan dinding dipilih untuk dilatari kertas dinding berkilat dari rona yang sama.


Bilik tidur ke-2 buat si bujang

Sentuhan hip dan ringkas tampil untuk bilik tidur kedua yang sesuai menjadi kamar beradu buat si bujang. Rimas dengan saratan dekorasi, tentunya si bujang aktif dan memerlukan suasana yang lebih longgar dan ruang yang luas. Jadi zaldeco mengadaptasikan sentuhan ringkas bersama warna terang.


Kamar beradu si puteri

Perwatakan si gadis yang lembut dan teliti, menyerlah seakan kamar beradunya sendiri. Bilik ke-3 kediaman ini agak sempit membuatkan pemilihan perabot amat dititik beratkan. Zaldeco memilih perabot-perabot dari rona putih bersama lantunan warna manja merah jambu dan jingga membuatkan bilik tidur ini tampil indah bersahaja.

6 comments:

CT Delima said...

Sangat cantik..ruangan yang sempit dah nampak sedikit besar keluasannya. Terima kasih berkongsi idea yang bagus ni :D

zaldeco said...

welcome CT

zures said...

cantikyer....

hadifar-fyda said...

nice entry,,,,bleh guna ni....baru plan nak ubah suai bilik saya...hehehehe....

sha said...

suka almari yg ada tempat bersolek tu..

cantik bilik-bilik yg sudah siap dihias! =)

mayhem ultras said...

Bagaimana pula hiasan bilik untuk kondo / apartment dgn kluasan 877 sqft ?

Post a Comment