.

Pengikut Blog Zaldeco

Zaldeco di TV3





Tonton siri Intai-Intai Deko bersama Pereka Dalaman Faizal Zain

Selesailah sudah sesi pengambaran sebuah rancangan dekorasi kediaman terbitan Media Prima untuk siaran TV3 yang mengundang juru hias dalaman Faizal Zain dari Zaldeco Inspirations untuk berkongsi tip-tip dan memberi ulasan semua yang berkaitan dengan hiasan dalaman.


Para kru sibuk memasang peralatan pengambaran




Rancangan yang diberi judul 'INTAI-INTAI DEKO' dan diterbitkan oleh penerbit Norlizah Yusoff bakal menampilkan pelbagai jenis kediaman indah dengan sentuhan artistik rekaletak dan cetusan dekorasi terbaik. Ianya akan bersiaran di TV3 dalam slot Senda Pagi, setiap Khamis jam 11.30 pagi.

Di sini kami bawakan sorotan belakang tabir sewaktu sesi pengambaran sedang berlangsung. Nantikan Zal, dari ZALDECO INSPIRATIONS di kaca TV anda untuk terus berkongsi cetusan rasa idea dekorasi...terima kasih atas sokongan tanpa henti!


Zal bersiap sedia sebelum sesi pengambaran bermula.

2 comments:

abglan said...

AiyakK... cam best je keje.. tak nak pembantu ke??

Farazila Wahab said...

Tahniah!

Post a Comment