Tidak kira kediaman baru ataupun kediaman lama, semestinya kini lantai lamina seolah menjadi trend. Bukan sahaja kerana ianya semakin diminati ramai, malah keselesaannya yang sering diutamakan. Kediaman di Taman Permata, Hulu Kelang ini membuat pilihan yang bijak apabila memilih lantai kayu lamina sebagai ganti kepada lantai asalnya.
Renovasi dilakukan dengan teliti dan pemilihan lantai kayu bercorak isi kayu menjadi pilihan buat kali ini. Tidak kisah apa pun jenis lantai utama, lantai kayu lamina begitu mudah diaplikasikan.
Pengunaan foam tebal menjadi paksi kepada lantai kayu lamina ZALDECO.
ZALDECO memilih foam dari jenis tebal dan sempurna sebagai paksi kepada lantai kayu lamina agar permukaannya nanti menjadi lebih lembut dan amat menyelesakan.
Kepakaran team kami memasang lantai kayu lamina usah diragukan, malah ZALDECO berada di hadapan memonopoli pemasangan lantai kayu lamina terbaik.
Walaupun dalam ruang yang luas, oleh kerana kepakaran team kami membuatkan pemasangan lantai kayu lamina hanya mengambil masa lebih kurang 5 jam sahaja. jadi dalam hari yang sama kediaman anda sudah dapat menikmati lantai yang serba baru.
Nah, lihatlah hasilnya yang cukup memukau. Pasti menjadi impian dan idaman anda semua. Jadi mengapa harus fikir panjang dan tercari-cari lantai kayu lamina, sedangkan kini anda sudah tahu akan kehebatan kami.
No comments:
Post a Comment