.

Pengikut Blog Zaldeco

Kabinet Dapur ZALDECO di Setiawangsa


Faizal di ruang dapur asal pelanggan.

Seperti biasa sentuhan dan rekaan kabinet dapur minimalis melamin ZALDECO sering mencuri perhatian pelanggan. Memberikan konsultasi terhadap ruang dapur kecil buat seorang pelanggan di Setiawangsa Kuala Lumpur, Faizal tampil dengan rekaan sempurna minimalis berkonsepkan moden.




Ruang dapur apartment ini agak terhad sama juga seperti kebanyakkan ruang dapur apartment-apartment masa kini yang lain. Jadi ZALDECO tampil memberi satu rekaan yang ringkas buat ruang dapur ini.




Faizal memilih rona warna putih dan cherry red untuk padanan kali ini. Warna terang itu sengaja dipilih agar impak moden jelas kelihatan malah gabungan warna cerah itu bisa menolong meluaskan ruang dapur yang agak sempit.




Kerja-kerja pemasangan bermula. Dalam tempoh yang singkat kabinet dapur milamin ini siap di bina. Tanpa menggunakan lepaan simen, atau batu-bata, ruang dapur anda tidak akan berselerak waktu pemasangan berlaku, malah dalam beberapa jam sahaja anda sudah boleh bergaya dengan kabinat dapur istimewa ini.




Dari warna kabinet sehinggalah warna dapur memasak, Faizal memilih warna sedondon. Kali ini dapur memasak dari jenama Milux dipilih. Ronanya yang sedondon beserta rekaan istimewa dapur memasak ini bakal melengkapkan lagi aura kebinet dapur cherry red ini.




Kabinet dapur melamin yang moden melengkapi ciri-ciri kayu anti anai-anai, tampil dalam pelbagai warna, corak dan permukaan. Malah pembinaanya yang kompak membuatkan mereka yang menggunakan kabinet dapur melamin lebih selamat dari serangan lipas dan serangga perosak.





Ruang dapur pelanggan kini tampil lebih sempurna dengan rekaan yang ringkas tetapi menepati ruang dan dengan gabungan warna yang menawan.

No comments:

Post a Comment