.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur Di Bandar Sunway



Kali ini ZALDECO kembali memebrikan sentuhan kabinet dapur ringkas tetapi menarik buat kediaman di bandar Sunway ini. Melihatkan keadaan asal dapur pelanggan mungkin ramai yang termanggu, tidak banyak yang dapat di lakukan dengan keluasan yang cukup terhad.

Namun sudah menjadi kebiasaan, ZALDECO bakal mencetuskan ilham ringkas tetapi menawan buat keluasan kecil ini.




Gabungan hitam & coklat kali ini menjadi temanya. Ciptaannya cukup ringkas. Kabinet dapur separa ini dihasilkan untuk menepati ruang yang ada.



Kabinet jari jenis laminate melamine ini memang ringkas dan cepat pembuatannya. Malah setiap kayu kami sudah dilengkap dengan ubat anti serangga membuatkan dapur anda nanti tidak digemari oleh lipas-lipas untuk bersarang.





Rekaan tulus dari pereka dalaman Faizal Zain, memainkan peranan penting apabila setiap ruang yang ada digunapakai sepenuhnya bagi mendapatkan kabinet yang ringkas tetapi berguna untuk ruang yang sempit ini.




Dengan harga yang cukup murah, kini sesiapa sahaja mampu untuk memiliki kabinet dapur untuk kediaman mereka. Kami menawakan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran beserta sentuhan yang cukup terperinci.


Sebelum & selepas

Nah...hasilnya...lihatlah bertapa mahirnya kami merubah keadaan. Kini bergayalah dengan dapur yang serba indah.

No comments:

Post a Comment