.

Pengikut Blog Zaldeco

Casa Idaman 2


Casa Idaman Kondominium

Beberapa unit kediaman di Casa Idaman Kondominium yang baru sahaja dibina di Batu Muda, Gombak telahpun mendapat sentuhan Zaldeco Inspirations. Namun kali ini sekali lagi Zaldeco kembali mencurahkan idea bagi memenuhi impian pemilik kediaman yang seterusnya.

RUANG TAMU
Sebelum.....................................................Selepas

Berlandaskan sentuhan minimalis urban modern tanpa melengahkan konsep kotemporari mesra alam, Zaldeco tampil memilih warna segar hijau dan padanan coklat lembut. Setelah mendekorasi beberapa buah unit kediaman di kondominium yang sama, Zaldeco menampilkan satu sentuhan yang cukup berbeza. Dinding ruang tamu menjadi daya tarikan apabila kertas dinding bercorak dari rona hijau terang melatari permukaan. Menghidupkan suasana segar dan nyaman, pasangannya warna coklat tanah pada permukaan yang bebas kertas dinding.


Sebelum......................................................Selepas

Apabila segala konsep dan idea diserahkan ke bahu Zaldeco, nah inilah hakikatnya apabila sentuhan lakaran dekorasi ini cukup memukau mata memandang. Perabot putih tulus menjadi pilihan bagi mempamerkan suasana terang. Kesederhanaan dengan saiznya dapat melegakan ruang kediaman agar tampak lebih luas dan selesa.

RUANG MAKAN

Sebelum.....................................................Selepas

Ruang makan tampil menyerlah walaupun melontarkan sentuhan ringkas. Padanan meja makan bulat, menjimatkan lagi ruang. Dekorasi pelekat dinding menjadi daya tarikan pada ruang yang polos ini. Lampu gantungan lanjut menjulur ke permukaan meja menaikkan lagi suasana ekslusif.


RUANG DAPUR

Ruang dapur digarapkan penuh sempurna. Segar dengan padanan putih & hijau, keseluruhan ruang sempit ini tambil luas. Berlandaskan sentuhan 'modern kitchen' Zaldeco membawakan satu kelainan buat dapur Casa Idaman Kondominium.

1 comment:

Naqiah Aznan said...

kalau cm cth kt ats ni,kos dalam berape ?

Post a Comment