.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di Kuala Selangor.

Bagi rumah bertingkat, permukaan tangga dari jenis mozek & jubin kini amat membosankan. Apatah lagi jika tangga dengan pemukaan simen. Selain dari tidak selesa, tangga dengan permukaan seperti itu amatlah bahaya bagi kita terutama anak-anak kecil, kerana ianya keras, mudah licin apabila terkena air malah mudah juga tersandung.


Permukaan mozek dan jubin kini tidak lagi digemari untuk menjadi permukaan tangga.




Jadi memasang lantai kayu lamina pada permukaan tangga sudah menjadi kegemaran pelanggan hari ini. Bukan sahaja menghasilkan keselesaan berganda malah dengan lantai kayu lamina, kini tangga di dalam rumah anda sudah menjadi kawasan yang lebih selamat. Ianya tidak mudah licin, dan lebih lembut jika terjatuh bagi anak-anak.




Jika anda memilih untuk memiliki lantai kayu lamina pada permukaan tangga anda, ZALDECO adalah pilihan yang tepat. Kru kami yang sudah mahir dalam kerja-kerja pemasangan untuk bahagian tangga bakal menghasilkan satu kemasan yang boleh dibanggakan.





Dengan adanya lantai kayu lamina pada permukaan tangga anda, anda tidak lagi bimbang dengan keselamatan seisi keluarga. Selain dari aspek keselamatan, tangga dengan lantai kayu lamina juga tampil lebih menyerlah dan cantik. Malah jika dahulu tangga anda hanyalah ruang untuk naik dan turun, kini tangga anda juga sudah menjadi satu ruang dekorasi.





Anda lihatlah sendiri transformasi yang dibawakan oleh lantai kayu lamina yang menaikkan taraf bahagian tangga kediaman anda kepada satu tahap yang jauh lebih baik.


No comments:

Post a Comment