.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pembekal & Pemasang Lantai Kayu Lamina - SAPURA HOLDING BERHAD

Kredibiliti ZALDECO usah dipertikaikan lagi, apabila ZALDECO sering mendapat perhatian syarikat-syarikat gergasi, PDRM, PETRONAS, AVON, SIME DARBY dan terkini ZALDECO dilantik sebagai pembekal dan pemasang lantai kayu lamina buat SAPURA HOLDING BERHAD, bermula di SAPURA Break Technologies. ZALDECO terus berada di hadapan sebagai team pemasangan lantai kayu lamina terbaik.



Selain menjadi pilihan pelanggan perumahan, ZALDECO juga sering mendapat tempat dalam syarikat korporat.




Kepercayaan disandarkan ke bahu ZALDECO apabila tugasan diberi adalah untuk membekalkan dan memasang lantai kayu lamina di beberapa kawasan, termasuk ruang surau buat kakitangan syarikat berkenaan.




Bukan mudah membolosi ruang perniagaan di bawah syarikat-syarikat korporat berfofail tinggi seperti SAPURA HOLDING BERHAD ini, namun pengalaman luas, kemahiran dan latar belakang yang dimiliki ZALDECO membuatkan syarikat kami selalunya menepati kretiria-kretiria yang telah di tetapkan.




Pereka dalaman Faizal Zain, cuba memberi suasana baru buat ruang surau ini yang telah dibina sekian lama. Selain menambahkan lagi keselesaan kepada para kakitangan untuk menunaikan solat, ruang surau yang lebih baik ini juga boleh menjadi tempat istirehat sementara kepada kakitangan SAPURA sambil mentelaah buku-buku ilmuan yang terdapat di dalamnya.




ZALDECO terus mencipta barisan saf dengan padanan warna kayu bagi memudahlan lagi para jemaah meluruskan saf. Warna walnut gelap dan kemasan putih dipilih sebagai gabungan pesona buat ruang surau ini.




Akhirnya keselesaan terserlah, moga para kakitangan SAPURA lebih tekun menunaikan fardhu lima waktu. ZALDECO pula akan terus melakukan tugas pada cawangan-cawangan dan syarikat-syarikat korporat yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment