.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur Di Bukit Subang

Selalunya bila tiba musim perayaan seperti ini tempahan kabinet dapur ZALDECo tersangatlah banyaknya. Namun kami sudah biasa dengannya kerana waktu-waktu begini lah pelanggan mendambakan sentuhan buat kediaman mereka terutama sekali di bahagian dapur.


Kabinet asal yang sudah rosak kerana faktor usianya.

Menjengah ke kediaman pelanggan di Bukit Subang, Shah Alam dari jenis teres 2 tingkat, keluasan dapurnya agak selesa meskipun masih lagi dengan keluasan sederna. Sudah memiliki kabinet dapur tetapi agak uzur kerana usia kabinet itu yang sudah agak lama. Kebanyakkan pintu sudah renggang dan terkopak dan kerosakan didapati di pelbagai bahagian. Jadi segalanya mudah sahaja, lalu ZALDECO melahirkan satu sentuhan yang ringkas tetapi menarik. Berpaksikan snetuhan moden dan kotemporari, maka lahirlah dari gabungan warna putih dan hitam.


Kru ZALDECO sedang membuat ukuran.

Meskipun kabinet ini direka sejajar dan bukan dari bentuk L, namun keselesaan pelanggan tetap diutamakan. ZALDECO menzahirkan pelbagai jenis ruang simpanan agar pelanggan mudah meletakkan pelbagai kelengkapan dapur.


Lakaran pereka dalaman Faizal Zain menjadi panduan untuk pemasangan.




Kerja-kerja pemasangan dilakukan dengan teliti agar setiap bahagian dapat disiapkan dengan sempurna. Kemahiran kru amat diperlukan demi menjamin kabinet dapur dapat disiapkan serupa seperti lakaran pereka dalaman.



Nah akhirnya kini pelanggan sudahpun memiliki sebuah kabinet baru dari rekaan ringkas dan lebih moden. Dengan ruang yang lebih luas membuatkan barang-barangan yang tadinya tiada tempat untuk diletakkan kini sudah pun tersimpan rapi.



Ruang oven juga disediakan.



Dengan kabinet dapur yang serba indah kini pasti anda lebih selesa untuk menyiapkan masakan untuk seisi keluarga.

No comments:

Post a Comment