.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Pelekat Cermin Dekorasi ZALDECO Di Sepah Puteri, Kota Damansara

Selesai sudah pemasangan pelekat cermin ZALDECO di kediaman pelanggan di Kota Damansara. Kebiasaannya pelekat cermin ini dipasang sendiri oleh pembeli namun pelanggan ini mengambil inisiatif menjemput selebriti pereka dalaman Faizal Zain sendiri ke kediamannya sekaligus mahukan sentuhan peribadi beliau dalam pemasangan pelekat cermin.

Pelekat cermin dekorasi mula diperkenalkan oleh pereka dalaman Faizal Zain sejak 7 tahun yang lalu bagi menggantikan langsir mahupun untuk mencipta sedikit kelainan pada ruangan berkaca/bercermin seperti tingkap mahupun pintu. Sejak dicipta hingga kini tempahannya amat menggalakkan dan menjadi salah satu 'hot item' dan pembelian meliputi Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand. Bagi mereka yang ingin mengetahui cara pemasangannya jom lihat di bawah:-


Pertama sekali bersihkan bahagian cermin yang mahu dilekatkan dengan pelekat cermin. sembur sedikit air dengan sedikit sahaja sabun dan pastikan bahagian cermin tersebut bersih dari kotoran dan pastikan bahagian cermin itu terus basah.


Kemudian acukan pelekat cermin untuk memastikan saiz yang betul. Buka lapisan pelekat cermin perlahan-lahan sambil menyemburkan air (sedikit bersabun) terhadapnya. Pelekat cermin tidak boleh dibuka begitu sahaja tanpa membasahkannya untuk menggelakkan ia dari terkoyak dan melekat di tempat lain.


Pastikan semua bahagian pelekat cermin betul-betul basah dan juga permukaan cermin yang hendak dilekatkan dengan pelekat cermin juga dalam keadaan basah.


Secara perlahan-lahan lekatkan pelekat cermin yang dalam keadaan basah tadi terhadap permukaan cermin yang basah dan pastiakn kedudukannya. Kebiasaannya saiz pelekat cermin sedikit besar bagi memudahkan proses pemasangan.


Selepas melekatkannya dan memastikan kedudukannya yang betul, lurutkan segala basahan dan air-air yang terperangkap dengan perlahan-lahan tanpa menggoyakkannya.


Pastikan semua air dilurutkan keluar dan tiada lagi bebola udara yag terperangkap keatasnya. sekarang pastikan semuanya dalam keadaan kering.


Langkah terakhir dengan menggunakan pisau kecil dan pembaris besi, potong lebihan pelekat cermin agar bersesuaian dengan saiz cermin anda. Mudah bukan?...dapatkannya sekarang!

No comments:

Post a Comment