.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Wallpaper ZALDECO - Jalan Klang Lama


Pelanggan di Jalan Klang Lama ini menyerahkan tugasan memilih dan memasang wallpaper sepenuhnya kepada ZALDECO. Selebriti pereka dalaman Faizal Zain hadir ke lokasi meninjau keadaan kediaman sebelum pilihan kertas dinding atau wallpaper dilakukan.


Tuan rumah yang meminati warna coklat dan suasana natural buat ruang tamunya, membuatkan pereka dalaman Faizal Zain memilih kertas dinding dari corak kayu oak. warna coklatnya yang sejati bersama jalinan corak urat kayu menghasilkan satu permukaan 3 dimensi.


Buat bilik tidur utama pula, pelanggan mahukan suasana lebih tenang dan sedikit ceria, jadi warna unggu lembut bersama cetusan merah jambu dipilih. Wallpaper dari corak berkotak-kotak melahirkan suasana yang cukup berbeza.


Lihatlah hasil kediaman ini setelah dilengkapi wallpaper, nyata keadaan jauh lebih indah dan menarik. Anfda juga harus memilikinya...

No comments:

Post a Comment