.

Pengikut Blog Zaldeco

Faizal Zain Sebagai 'Charity Icon'

Selain sibuk menulis artikel untuk pelbagai majalah dekorasi dan akhbar-akhbar tempatan, muncul di kaca TV, sibuk dengan urusan harian di ZALDECO INSPIRATIONS, selebriti pereka dalaman Faizal Zain juga senang digelar sebagai 'Charity Icon'.

Tidak hairanlah beliau banyak kali diundang bagi menjayakan beberapa siri kutipan, tabung mahupun kempen menderma bagi insan-insan yang 'istimewa'. Sesibuk mana pun jadual harian beliau, jika melibatkan tabung kutipan, pasti Faizal akan meluangkan sedikit masa untuknya.

Sejak ZALDECO INSPIRATIONS ditubuhkan, Faizal Zain dan syarikat ZALDECO telah banyak terlibat dalam kerja-kerja amal sebegini. Justeru itu bagi pihak-pihak di luar sana yang ingin bekerjasama atau menggunakan Faizal Zain sebagai ikon kutipan, bolehlah menulis email atau kiriman surat menyatakan hasrat anda. Insyaallah jika kena dengan waktunya, pasti Faizal Zain sudi bersama menjayakan program tersebut.

Di sini dipaparkan antara siri kutipan tabungan, derma, kerja amal dan seumpamanya yang pernah melibatkan beliau sebagai ikon kutipan derma.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

KERJA AMAL & PEMBUKAAN RUMAH BAITULFITRAH, RAWANG


Perpindahan sekumpulan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal ke sebuah kediaman yang lebih selesa berjalan dengan lancar. Justeru majlis kerja amal dan pembukaan rumah anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal Baitulfitrah, Rawang bersama selebriti pereka dalaman Faizal Zain dan kerjasama ZALDECO INSPIRATIONS mendapat sambutan baik pelbagai pihak.


Kediaman baru ini yang jauh lebih besar dan selesa bakal menjadi tempat teduhan baut insan-insan istimewa ini. ZALDECO menaja sentuhan dekorasi cat dinding dan mengadakan program kuiz dan sukaneka untuk anak-anak yatim ini bersama dengan para pelajar dari UITM.


Turut memeriahkan majlis ialah bekas penyanyi tanah air yang popular satu masa dahulu menerusi lagu 'Bagaikan Puteri', iaitu Farra, yang sudi hadir memberi sedikit tazkirah kisah-kisah nabi dan teladan kepada semua penghuni rumah ini.


Sumbangan tajaan ZALDECO dan juga buah tangan oleh Farra sendiri diagih-agihkan kepada anak-anak yatim ini agar terpancar sedikit kegembiraan di kalangan mereka.


Majlis berlangsung dengan sempurna atas izin yang Maha Kuasa, dan segala perancangan terlaksa dengan suasana yang baik. Bagi semua yang turut terlibat menjayakan majlis ini bersama ZALDECO INSPIRATIONS, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga jasa anda akan terus dikenang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUTIPAN AMAL LAMBAIAN SYAWAL 2012

PENGUNGUMAN KHAS

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, sedang Allah yang maha kuasa itu lebih mengetahui segala-galanya. Perancangan ZALDECO untuk mengutip sumbangan ikhlas bagi tabung bantuan Pusat Jagaan Lambaian Kasih Kg. Sungai Penchala bertujuan menambahkan lagi kecerian aidilfitri yang bakal tiba nampaknya seolah bertukar tujuan apabila pusat jagaan yang menempatkan anak-anak yatim dan golongan kurang upaya itu dilaporkan terbakar pada jam 4.20 petang Sabtu tadi.

Amat meruntun perasaan kami apabila kejadian seperti ini berlaku di saat kita hampir menyambut kedatangan ramadhan almubarak. Maka ZALDECO akan lebih terus merancakkan lagi siri promosi kami agar sejumlah kutipan dapat diserahkan kepada pusat jagaan ini secepat yang mungkin.

Ikuti berita selanjutnya di:- HARIAN METRO



Assalamualaikum para pelayar blog, pelanggan-pelanggan dan peminat-peminat laman ZALDECO khususnya. Kini dengan umur yang di panjangkanNYA bertemu kita lagi di ambang Ramadhan, Insyallah, kedatangannya yang penuh berkah dan penuh rahsia pasti selalu dinantikan kita semua.

Seperti biasa, kemeriahan ramadhan dan syawal ini turut di sambut oleh ZALDECO INSPIRATIONS apabila membawakan Siri Promosi ‘LAMBAIAN SYAWAL – ZALDECO'. Di dalam promosi ini terdapat 4 siri, iaitu Promosi Lantai Kayu Lamina, Promosi Kertas Dinding, Promosi Kabinet Dapur & Promosi Kabinet TV.

PROMOSI - PROMOSI LAMBAIAN SYAWAL



Jadi inilah peluang bagi anda untuk mendapakant sentuhan kami yang jauh lebih murah dari biasa. Semua promosi ini bakal bermula dari 1 Jun 2012 sehingga 10 Ogos 2012. Bagi mereka yang benar-benar berminat untuk mendapatkan sentuhan kami dinasihatkan membuat tempahan awal dan segera memandangkan saban tahun promosi Lambaian Syawal ZALDECO mendapat tempahan yang padat.

Jika tahun-tahun yang lepas para krew ZALDECO masih terpaksa menyiapkan sentuhan dekorasi sehingga ke malam raya dan di saat takbir mula bergema, tetapi tidak lagi untuk tahun ini. Segala kerja-kerja dan sentuhan dekorasi bakal berakhir pada 10 Ogos 2012, di mana seluruh kru dan team ZALDECO akan bercuti sehingga 31 Ogos. Ini bagi membolehkan kakitangan kami meraikan hari raya bersama keluarga yang jauh di kampung halaman masing-masing.

Tahun ini juga merupakan tahun pertama saya bakal menyambut ketibaan syawal bersama gelaran yatim piatu, pemergian ibonda tercinta baru-baru ini mengundang seribu kehibaan. Ayahda juga telah lama meninggalkan saya kembali ke sisiNya.Barulah kini saya seakan mengerti kesedihan dan kesayuan perasaan seorang anak yatim piatu.

Dengan itu pada tahun ini Promosi Lambaian Syawal ZALDECO berjalan serentak dengan usaha mengutip sedikit sumbangan ikhlas anda bagi memenuhi tabung untuk Pusat Jagaan Lambaian Kasih Kg. Sungai Penchala, Selangor.





Pusat Jagaan Lambaian Kasih menjadi teduhan bagi anak-anak yatim, golongan fakir miskin, golongan kurang upaya dan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung dan bermanja. Pusat ini amat memerlukan bantuan dari segi makanan, baik pulih tempat tinggal, kos pendidikan dan kos sambutan aidilfitri bagi mengundang rasa gembira dan meriah buat golongan-golongan yang tidak bernasib baik ini.



Dengan itu ZALDECO INSPIRATIONS mengambil inisiatif dengan PROMOSI LAMBAIAN SYAWAL, apabila RM30 dari setiap jumlah kos dekorasi anda akan disumbangkan kepada pusat jagaan ini. Semoga disamping kita menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan kediaman yang cantik, kita juga membuat amal jariah yang berguna untuk keberkatan kita bersama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak-anak yatim maka aku dan dia akan berada di dalam syurga seperti ini, (Rasulullah SAW merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya).” - Hadis riwayat Ahmad

Salam Ramadhan & Syawal
Al-Fatihah buat Ayahda & Bonda

No comments:

Post a Comment