Sentuhan selebriti pereka dalaman Faizal Zain (ZALDECO) sering tampil dengan tema-tema unik. Terbaru buat kamar beradu seorang pelanggan, Faizal mengetengahkan rekaan peribadinya yang diberi tema Maskulin Mistik bersesuaian dengan tuan rumah yang masih bujang.
Gabungan rona mistik hitam dan putih menjadi tunjang disamping warna tambahan merah jambu dipilih bagi mewujudkan sedikit kelainan. Faizal cuba keluar dari kepompong hiasan dalaman, apabila warna merah jambu sering diketepikan dalam rekaan kediaman seorang lelaki. Tetapi kali ini rekaan Faizal tampil menyerlah dan sekaligus membuktikan warna merah jambu juga mampu tampil berciri maskulin.
Pemilihan tema ini memerlukan sentuhan yang berhati-hati agar aura maskulin dapat dibangkitkan. Jika salah tempatnya maka aura maskulin mudah tenggelam kerana gabungan warna yang manis. Namun kepakaran Faizal jelas terpancar apabila warna manis digabungkan dengan warna-warna mistik tampil berjaya.
No comments:
Post a Comment