.

Pengikut Blog Zaldeco

ZALDECO Makeover

ZALDECO Makeover di Selayang Resident.


Sentuhan selebriti pereka dalaman Faizal Zain (ZALDECO) sering tampil dengan tema-tema unik. Terbaru buat kamar beradu seorang pelanggan, Faizal mengetengahkan rekaan peribadinya yang diberi tema Maskulin Mistik bersesuaian dengan tuan rumah yang masih bujang.


Gabungan rona mistik hitam dan putih menjadi tunjang disamping warna tambahan merah jambu dipilih bagi mewujudkan sedikit kelainan. Faizal cuba keluar dari kepompong hiasan dalaman, apabila warna merah jambu sering diketepikan dalam rekaan kediaman seorang lelaki. Tetapi kali ini rekaan Faizal tampil menyerlah dan sekaligus membuktikan warna merah jambu juga mampu tampil berciri maskulin.


Pemilihan tema ini memerlukan sentuhan yang berhati-hati agar aura maskulin dapat dibangkitkan. Jika salah tempatnya maka aura maskulin mudah tenggelam kerana gabungan warna yang manis. Namun kepakaran Faizal jelas terpancar apabila warna manis digabungkan dengan warna-warna mistik tampil berjaya.


Elemen-elemen mistik dibawakan dengan lengkap dan ringkas. Antaranya seperti lilin merah, bantal dengan geomatrica mystic, bingkai-bingkai gambar dengan paparan topeng-topeng beserta cermin hitam berunsur gotik yang menghiasi penjuru dinding.


Di akhir sentuhan segala elemen dan rona pilihan dilihat tampil bersatu. Walaupun ringkas dan bersahaja namun tema yang ditampilkan jelas mengambarkan satu kelainan. bagi mereka yang juga mengimpikan sentuhan kreatif Faizal, apa lagi...dapatkan konsultasi dari ZALDECO.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

ZALDECO Makeover di D'casa Kondominium, Ampang.



Makeover yang dilakukan ke atas kediaman ini simple dan jelas. Pemilihan lantai kayu sebagai medium utama lantai pastinya lebih menyerlah dan membangkit aura keselesaan dan kelihatan lebih mewah. Bersama palitan dinding dengan rona merah jambu, beserta kertas dinding ornament, membuatkan kediaman ini kelihatan agak elegant.




Pilihan lampu-lampu gantungan daripada koleksi klasik menyerlahkan lagi kemewahn yang mahu ditonjolkan.




Pemasangan lantai kayu lamina memenuhi keseluruhan ruang amat membantu dalam menjayakan sentuhan dekorasi.









---------------------------------------------------------------------------------------------------------

ZALDECO Makeover di Puteri Permai, Ampang.

Apa pun jenis kediaman, anda masih berhak untuk mendapat sentuhan dekorasi terbaik. Memiliki kediaman indah dan beraura semestinya menjadi igauan dan angan-angan semua. Namun masih ramai yang masih meletakkan impian itu ke tepi apabila berpandangan bahawa kediaman mereka yang datang dari jenis flat dan pangsapuri tidak sesuai untuk dekorasi.


Rekaan ZALDECO begitu fleksibel dengan apa pun jenis kediaman.

Segalanya bukan mustahil bagi ZALDECO. Amat dekat di hati masyarakat ZALDECO tidak pernah memandang sebelah mata pada kediaman jenis ini kerana ZALDECO amat percaya, kediaman jenis kecil ini juga bisa menambat hati apabila kena dengan sentuhan dekorasi yang tercipta.




Kali ini dengan rekaan minimalis dalam budget yang cukup sederhana, ZALDECO mengubah kediaman pangsa ini kepada satu sentuhan yang lebih ekslusif. Ketepikan segala kerisauan dan serahkan segalanya kepada kami.




Kediaman hambar semakin menyerlah dengan lantai kayu lamina.

Seluruh ruang utama kediaman ini adalah dari jenis jubin telah digantikan dengan pemilihan lantai kayu lamina yang lebih istimewa. Tidak dinafikan lantai kayu lamina membawa satu rasa yang berbeza bagi mereka yang memilkinya.





Malah ruang dapur dan juga ruang balkoni kediaman ini turut menggunakan aplikasi lantai kayu lamina bagi membangkitkan lagi aura dekorasi.



Kemudian satu bahagian dinding utama dipilih bagi menghiasinya dengan kertas dinding dengan permukaan bunga bertektur. Pilihan warna wallpaper ini juga begitu sinonim dengan warna-warna dinding kediaman ini yang kebanyakkan menggunakan warna krim, kelabu dan putih.





Banyak mereka yang menawarkan perkhidmatan pemasangan wallpaper, tapi tahukah anda bahawa wallpaper bukan sewenang-wenangnya dipasang oleh semua orang. Kemahiran dan kepakaran yang tinggi amat di perlukan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.



Wallpaper ZALDECO semuanya datang dari jenis kalis air, terdapat pelbagai koleksi dari yang licin sehingga yang bertektur bagi memenuhi kehendak anda. Wallpaper kami juga datang dengan jenis pantulan cahaya dan sesuai bagi mereka yang mementingkan kesan dan sinaran.


Bagi ruang yang sempit seeloknya elakkan sebarang jenis rak TV, anda boleh memilih untuk mengantungkan TV anda terus ke dinding ataupun memasang rak TV ciptaan kami.



Kanvas hiasan dinding dari ZALDECO kali ini cukup istimewa apabila mengabadikan gambar perkahwinana pelanggan. Sudah semestinya detik indah hari bahagia terpahat di hati namun ianya juga boleh diabadikan di dinding utama sebagai hiasan istimewa.




Lihatlah hasil sentuhan istimewa ini ke atas kediaman jenis pangsapuri. Satu sentuhan minimalis tercipta segar, ringkas dan sempurna. Kami pasti anda juga amat mengiginkannya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

ZALDECO Makeover di Lestari Putra, Sri Kembangan.

Sentuhan makeover hari ini sememangnya diidamkan ramai orang. Namun masih ramai di kalangan mereka yang ragu-ragu dan takut untuk mendapatkan sentuhan pakar pereka dalaman. Manakan tidaknya kebanyakkan pereka dalaman mahupun syarikat rekaan dalaman mengenakan caj yang amat tinggi dan mereka yang menentukan budget untuk dekorasi kediaman anda.


Kerja-kerja makeover baru bermula.

Namun segalanya berbeza jika anda berurusan bersama ZALDECO. Pereka dalaman Faizal Zain amat dekat di hati para pelanggan apabila begitu sinonim dengan masalah budget yang dihadapi pelanggan. Di ZALDECO kami tidak menentukan budget makeover anda malah andalah yang menentukannya.


Pada awalnya pereka dalaman Faizal Zain melahirkan rekaan dan bijak mengira kos yang berpatutan.

Kami lebih senang menghasilkan dekorasi kediaman anda dengan budget yang diberikan oleh anda sendiri. Atas kepakaran kami, kami akan laksanakan tugas makeover sebaik mungkin. Melimpah dengan pelbagai idea dan sentuhan anda sepatutnya mendapatkan perkhidmatan kami.
Sebuah sentuhan makeover di Sri Kembangan kami lakukan dengan budget yang diberikan sendiri oleh pelanggan, ZALDECO mencetus ilham yang berjudul Cyber Violet apabila mengetengahkan pilihan rona kelabu dan unggu.


Pemilihan wallpaper dari koleksi ZALDECO untuk feature wall.

Dari ruang polos dan hambar, sedikit demi sedikit ZALDECO melahirkan perubahan. Masih mengekalkan beberapa perabot lama, maka pelanggan akan dapat lebih berjimat namun kepakaran kami masih tetap terserlah.

Seperti biasa, ZALDECO sering menggunakan lantai kayu lamina sebagai permukaan lantai makeover. Ianya amat membantu apatah lagi dengan permukaan kayunya yang bercorak melahirkan suasana moden dan elegan. Kediaman dengan lantai kayu lamina juga tampil lebih ekslusif malah amat selesa untuk seisi rumah.








Tenaga mahir pemasangan lantai kayu lamina yang sering mendapat kepercayaan pelanggan.

Rona warna pula kali ini ZALDECO memilih dari warna unggu velvet. Dengan 2 tonasi digabungkan dengan warna kelabu lembut untuk mendapatkan suasana moden dan sejuk. Ianya juga sedondon dengan pemilihan warna kelabu berkilat.

Wallpaper kali ini adalah dari siri Cyber dimana permukaannya yang berkilat dan bertektur bakal melahirkan pantulan 3D saat terbias kepada cahaya dan pancaran.



Pemilihan cat dari jenis 'Easy Clean' amat digalakkan bagi mereka yang mempunyai anak kecil.


Faizal sedang menyiapkan dekorasi lampu dan gubahan bunga meja.
Lampu juga memainkan peranan penting terhadap sentuhan makeover. Kepakaran dalam meilih jenis lampu harus di tahap maksimum. Kali ini ZALDECO memilih lampu dari rona putih bersih. lampu pada ruang tamu tampil moden dengan pengcahayaan samar manakala lampu untuk ruang makan dibiarkan lebih rendah agar cahayanya dekat keatas meja makan.

Lampu gantung dalam rona yang sama tetapi rekabentuk yang berbeza.

Kali ini pereka dalaman Faizal Zain galak menggunakan langsir dari rona unggu. 2 jenis material di pilih, satu dari pada kain separa tebal dan satu lagi dari kain jenis nipis ataupun mesra disebut oganza. Pemilihan haruslah tepat. Selalunya langsir tingkap akan dibiarkan sedikit labuh manakala langsir dalaman atau langsir pembahagi akan dibiarkan sedikit tergantung dan tidak mencecah lantai.



Langsir dari pilihan unggu dan hitam.

Pelanggan membuat pilihan bijak apabila memilih untuk memiliki 'Wall TV Cabinet ZALDECO'. Ini kerana dengan memilikinya anda sudah jauh berjimat daripada membeli pelbagai rak tv yang jauh lebih mahal di pasaran. Rak TV ZALDECO bukan sahaja lebih murah malah ianya adalah dari jenis pasang siap. Ianya terus melekat di dinding anda dan paras TV terletak tepat pada paras tontonan. Dengan pelbagai pilihan warna anda mampu memilikinya.




Di bawah ini adalah di antara pilihan Wall TV Cabinet ZALDECO. Untuk melihat butiran lanjut mengenainya anda boleh layari pautan berikut:- http://zaldeco.blogspot.com/2012/01/promosi-wall-tv-cabinet-rm800.html



Wall TV Cabinet ZALDECO tampil dengan pelbagai plilihan.


Suasana sewaktu makeover dilakukan.

Akhirnya kediaman pelanggan ini telah bertukar rupa. Dari kediaman tanpa aura dan sentuhan kini lahirlah kediaman dengan tema Cyber Velvet yang mendapat sentuhan sepenuhnya daripada ZALDECO.


Ruang tamu pelanggan kini tampil lebih istimewa selepas makeover.


Ruang makan pula tampil lebih memukau dan menawan dalam rona lembut bersahaja.

Nah kini anda boleh nilaikan sendiri hasil sentuhan dan kepakaran kami. Jangan terus dibelenggu untuk memiliki kediaman indah. Berbicaralah dengan kami dan dapatkan sentuhan kami untuk kediaman anda.

Ramai pelanggan sudah berbangga dengan kediaman mereka selepas makeover oleh ZALDECO, jadi anda bagaimana?


Ruang makan sebelum dan selepas makeover.


Ruang tamu sebelum dan selepas makeover.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


ZALDECO Makeover di PV8 Taman Melati.

ZALDECO menzahirkan sentuhan dekorasi pada kediaman jenis kondominium yang terletak di Taman Melati Kuala Lumpur, Platinum Victory. Mencetus sebuah pengubahsuaian ataupun lebih segar disebut ‘Makeover’ dalam budget yang rendah dan sederhana memanglah amat sukar. Segala bahan, material dan kos perlu diambil kira. Namun atas kepakaran kami yang telah menerajuinya bertahun-tahun, ianya bukanlah sesuatu halangan buat ZALDECO.



Platinum Victory kondo yang terletak di ibu kota didiami golongan yang bekerjaya dan gemar akan kehidupan di tengah metropolis. Dengan keluasan melebihi 1300 kaki persegi kediaman mudah tampil polos dan kosong jika pemilik gagal menemui formula dekorasi yang sesuai.




Oleh yang demikian penggunaan wallpaper amat membantu. Dengan keluasan ini bersama pilihan perabot yang sedikit pemilihan wallpaper dari corak berbunga amat digalakkan agar ruang yang luas kelihatan sedikit padat dengan kehadiran corak berbunga yang bertabur dan berserakkan pada permukaan dinding.





Dalam sentuhan makeover ini, ZALDECO memadankan warna terang dan ceria, fantasy green pada ruang makan. Sebahagian dinding dilitupi wallpaper dari jenis berbunga manakala sebahagian lagi dengan wallpaper dari rona kosong. Keseimbangan gabungan ini amat menyerlahkan langi ruang makan. Pada sebahagian yang lain pula, cermin dinding digantung agar terciptanya refleksi imej.





Pada ruang tamu pula warna hijau terkois menjadi pilihan. Seperti ruang makan, wallpaper pada ruang tamu juga menggunakan formula yang sama di mana sebahagian dinding dilitupi wallpaper berbunga manakala sebahagian lagi dengan corak polos. Pemilihan pengcahayaan juga memainkan peranan penting, seperti biasa warna suram dan samar melahirkan kediaman lebih moden dan urban.



Ruang makan yang tampil menyerlah dengan wallpaper warna terang.

Akhirnya sentuhan makeover kali ini tampil berjaya dengan mencetuskan aura ceria pada ruang makan. Suasana tampil lebih bertenaga namun masih simple dan bersahaja.



Ruang tamu yang kini tampil dengan kelainan.

Dalam budget mampu milik, akhirnya kediaman ini tampil amat berbeza malah aura keindahannya jelas terasa saat melewati kediaman ini dari sebelumnya. Setiap ruang tambil lebih elegan menzahirkan citarasa penghuni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 comments:

Unknown said...

Aslmkm...sy tinggal di johor bahru...bolekh sy mahu khidmat runding saudara utk makeover rumah sy?...sy xbekerja dan sy buntu bagaimana mahu menghias rumah mnjadi menarik n sedap mata memandang..rumah saya jenis rumah lot persendirian...
Harap sgt dpt membantu...
Krn sy ingin mbuat kejutan buat suami yg akan pulang dari jakarta 10 dec nt...
Harap dpt maklumbalas dari pihak saudara..terima kasih..

Unknown said...

Assalamualaikum ada x wallpaper warna kelabu

zaldeco said...

Unknown ... boleh aje, wassap kami di talian ZALDECO untuk maklumat yang lebih terperinci

zaldeco said...

Nurul, kamia da lebih dari 5000 koleksi wallpaper. macam macam ada

Post a Comment