.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina di IM Training Center, Shah Alam

Semestinya ZALDECO bukan sahaja menjadi pilihan pemilik kediaman dalam pemasangan lantai kayu lamina, sejak sekian lamanya ZALDECO juga diyakini dalam memasang lantai kayu lamina kepada syarikat-syarikat perniagaan.




Pemasangan kami yang professional dan pelbagai pilihan lantai kayu lamina, membuatkan ZALDECO menjadi pilihan utama pelbagai syarikat dalam melatari lantai ruang pejabat untuk bilik mesyuarat, ruang rehat, bilik pegawai-pegawai atasan dan sebagainya.




Terbaru pemasangan lantai kayu lamina di sebuah pusat latihan yang terletak di Shah Alam Selangor. Lantai asal pejabat ini adalah menggunakan permaidani. Sudah semestinya material ini tidak tahan usia malah penjagaannya yang amat sukar juga membuatkan permaidani bukan lagi pilihan utama untuk pejabat di masa kini.




Pemilihan lantai kayu lamina adalah yang paling tepat bersesuaian dengan cirri-cirinya yang mesra alam, selesa, fleksibel, ekslusif dan istimewa.




Ruang pejabat yang dahulunya kurang menyerlah kini tampil lebih kemas dengan permukaan lantai kayu lamina. Ini amat bersepadan dengan pusat latihan ini yang menawarkan pelbagai kos, maka semua pelajar bakal merasai keselesaan yang lebih maksima dengan lantai kayu lamina.




Keadaan kelas akan lebih praktikal, bersih dan tersusun rapi. Anda juga harus memilikinya di kediaman mahupun ruang pejabat anda. Rujuklah kepada kami.


No comments:

Post a Comment