.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Lantai Kayu Lamina - (Tangga) di Kuala Selangor.

Seperti biasa, permukaan tangga dari jenis mozek & jubin kini bukan lagi menjadi pilihan. Ramai yang telah menukar kemasan tangga mereka kepada kayu lamina, di mana ianya lebih selamat, selesa dan mencetus kesenian dekorasi kediaman. Lebih-lebih lagi jika tangga anda jenis lopong atau berongga di bawahnya, ianya amatlah bahaya buat anak-anak dan anda sendiri.


Tangga asal pelanggan dari jenis lopong atau berrongga.

Lantai kayu lamina ZALDECO menawarkan dari puluhan rekaan, permukaan dan warna yang mudah anda suai padankan dengan konsep kediaman anda. Malah team pemasangan lantai kayu lamina ZALDECO amat mahir dalam pemasangan di permukaan tangga dan menjadi pilihan utama para pelanggan.



Bahagian berrongga ditutup terlebih dahulu.

Teknik pemasangan lantai kayu lamina memerlukan kemahiran yang tinggi, ianya berbeza dengan cara dan teknik pemasangan lantai kayu lamina pada permukaan lantai. jadi bukan semua pemasang lantai kayu lamina mahir dalam teknik sentuhan untuk permukaan tangga. Jadi jika anda berhajat memilikinya untuk tangga kediaman anda, ZALDECO adalah pilihan yang tepat dan terbaik.



Tidak semua pemasang lantai kayu lamina mahir dalam pemasangan di permukaan tangga.





Jadi dengan pemasangan kayu lamina pada permukaan tangga, kediaman anda tampil lebih menarik malah bahagian tangga kini menjadi satu titik sentuhan dekorasi.



Dan hasilnya yang memukau dari team pemasangan lantai kayu lamina terbaik, ZALDECO.

No comments:

Post a Comment