.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Kabinet Dapur Di PJU, P.Jaya




Kabinet minimalis ZALDECO sememangnya menjadi pilihan utama para pelanggan yang mementingkan budget, rekaan ringkas dan kemas.Dengan kehidupan yang serba moden hari ini kabinet yang mudah dipasang malah melengkapi keperluan harian memang menjadi titik sentuhan dalam rekaan ZALDECO. Pereka dalaman Faizal Zain lebih gemar bermain dengan elemen moden dan ringkas tidak hairanlah lepaan mieco dan gabungan melamin abs sering menjadi permainannya.




Malah kebanyakkan kediaman hari ini menyaksikan keluasan ruang dapur yang kecil, jadi mengapa harus memilih rekaan kabinet yang sarat sedangkan ruang yang anda miliki adalah amat terhad. Jadi rekaan ZALDECO sememangnya mahir untuk keluasan ruang yang sebegini.





Meski pun rekaan tampil minimalis, namun ruang dalaman untuk simpanan segala peralatan memasak amat dititikberatkan oleh kami. Lihatlah ruang-ruang yang luas dan besar ini amat mudah untuk anda menyimpan segala peralatan memasak di dalamnnya.




Maka lihatlah transformasi yang dilakukan oleh kami dalam sentuhan kabinet dapur buat ruang yang kecil. Meskipun ringkas namun kehadirannya melengkapi malah mengindahkan ruang memasak anda.

2 comments:

erranis said...

berminat sangat...boleh saya tahu harga lengkap kabinet ni termasuk kos pemasangan?
email me : erranis@gmail.com

honeybe said...

Salam.. sata beminat .. berapa cost pmsgn .. n budget utuk rum flat

Post a Comment