.

Pengikut Blog Zaldeco

Renovasi Rak Kasut Sediabina

Ruang yang tersedia di dalam kediaman anda seharusnya digunapakai sebaik mungkin. Melalui perbualan telefon Zal bersama pelanggan, apa yang difahami adalah pelanggan mahu memiliki sebuah rak kasut moden di suatu sudut kediamannya. Namun setelah Zal tiba di lokasi, rak kasut itu tidak sesuai dibina pada ruang yang pelanggan mahukan. Namun satu alternatif telah Zal keutarakan, iaitu menggunapakai suatu ruang yang lebih sesuai. Ruang yang dimaksudkan adalah satu lekukan dinding yang sememangnya sesuai untuk didirikan rak kasut sediabina. Ianya lebih praktikal malah turut menjimatkan kos.

Zal membuat ukuran asas pada ruang asal.

Dari membiarkan ruang ini begitu sahaja, Zal syorkan satu rak kasut sediabina yang ringkas didirikan di sini. Ianya bukan sahaja dapat menyimpan kasut-kasut malah turut menjadi ruang untuk menyimpan barang-barang keperluan yang lain.


Kerja-kerja pembinaan rak kasut sediabina bakal bermula.

Setelah mendapat ukuran dan memberi lakaran idea kepada pelanggan, kerja-kerja pembinaan pun bermula dengan teliti. Zaldeco hanya menggunakan tenaga-tenaga kerja yang mahir dalam menghasilkan sesuatu sentuhan buat kepuasan pelanggan.



Pemilihan material yang ringkas memudahkan lagi proses-proses pembinaan. Rekacitanya yang moden amat bersesuaian dengan jiwa pemilik kediaman ini. Sapuan cat putih mutiara menjadikan rak dan ruang ini tampak luas dan bersih.


Kerja-kerja akhir pembinaan rak kasut sediabina.


Rak kasut sediabina sudah siap sepenuhnya.

Nah, inilah yang pelanggan nantikan, sebuah rak kasut ringkas dan moden, menyerlahkan lagi ruang kediaman. Anda juga pasti ingin memilikinya. Jadi mengapa fikir lagi, hubungi ZALDECO hari ini dan berbicaralah tentang apa yang anda impikan...

No comments:

Post a Comment