.

Pengikut Blog Zaldeco

Buaian



Buaian selalunya menjadi alternatif kepada pemilihan kerusi-kerusi kayu biasa. Kehadiran buaian kayu dalam sesebuah deko laman menghasilkan dekorasi yang lebih bersahaja, santai dan tenang. Pilihlah buaian kayu yang bersesuaian dengan keluasan ruang yang anda miliki agar deko laman anda berjaya disampaikan dengan baik.



Buaian juga terdapat dalam beberapa jenis material. Ini termasuklah pelbagai jenis kayu, anyaman rotan, besi dan sebagainya. Apa pun jenis mediumnya, ianya haruslah menepati ciri-ciri tema dekorasi anda. Untuk kediaman jenis bertingkat seperti apartmen dan kondominium, buaian jenis 'single swing' akan menjimatkan ruang dan lebih bersesuaian.


*gambar-gambar dari laman sesawang