.

Pengikut Blog Zaldeco

Pancuran Air (Fountain)

Pancuran air yang mengalir bisa menghasilkan suasana yang mendamaikan. Apatah lagi di gabungkan dengan taman-taman hijau yang sesungguhnya menyegarkan mata memandang.



Kini terdapat pelbagai pilihan Fountain yang bertepatan dengan citarasa anda dan sekaligus bersesuaian dengan tema taman yang ingin diketengahkan. Fountain ini juga diperbuat dari pelbagai medium. Antara yang paling popular ialah dari jenis seramik mahupun fiber glass.



Ada yang berkonsep moden dan ada juga yang berkonsep natural. Ianya datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Namun keluasan ruang yang anda miliki semestinya mempengaruhi size fountain yang ingin anda pamerkan. Barulah deko laman terserlah dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment